Penggemar BBQ Wajib Singgah di BBQ Bounty Buffet Dinner at Amaya Food Gallery | Amari Spice Penang

by - 01:11



Siapa penggemar bbq korang wajib singgah di Amari Spice Penang kerana terdapat BBQ Bounty Buffet Dinner yang baharu di Amaya Food Galerry ini setiap hari Jumaat dan Sabtu dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Amaya Food Gallery ini adalah salah satu tempat makan malam bufet pilihan di Bayan Lepas. 

Amaya Food Gallery ini terletak di Amari SPICE Pulau Pinang dan baru-baru ini mereka telah menerima pensijilan HALAL untuk dapurnya termasuk dapur Amaya Food Gallery dan pasukan kulinarinya yang telah menyediakan pilihan bufet yang banyak untuk korang menghabiskan keseronokan santai pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.




Amari SPICE Penang menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan keanggunan jalinan pengcahayaan semula jadi dari dinding kaca serta digabung dengan cahaya dari lampu-lampu telah membangkitkan suasana selesa, serta mewujudkan persekitaran yang indah untuk santapan yang menyeronokkan.


Korang perlu singgah kerana di sinilah syurga makanan buat korang. BBQ Bounty Buffet Dinner ini menyajikan pelbagai pilihan makanan termasuk seafood on ice, pit BBQ “live’ di open kitchen mereka serta pelbagai pilihan daging dan makanan laut segar mengikut citarasa korang. Di samping itu juga, terdapat pilihan hidangan antarabangsa east-meets-west, masakan tempatan yang popular, serta masakan berasaskan thailand pun ada di sini. Bagi yang gemar dengan dessert di sini juga terdapat pelbagai dessert yang menarik dan sedap dan pasti akan membuat korang rambang mata di sini. Jom kita lihat menu-menu yang terdapat bagi BBQ Bounty Buffet Dinner ini. 

BARBEQUE STATION

      

Roasted rib eye


Boneless lamb leg


Ayam percik


Pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran yang di panggang dan di grill 



Grilled Vegetable


Grilled Corn on the Cob


Roasted Pumpkin


Grilled Eggplant
 

Garlic Mashed  Potato 


Macaroni and Cheese


Pelbagai pilihan sos seperti 

Mushroom Sauce, Black Pepper Sauce, BBQ Sauce, Tomato Ketchup, Chili Sauce, Mayonnaise, Cheese, Sauce Wasabi Dressing




SEAFOOD IN ICE







JAPANESE SELECTION 





Bagi yang membawa mak, ayah, tok, tokwan pasti tekak mereka mahukan nasi serta lauk pauk kan? Jadi jangan risau di sini juga turut menyajikan pembuka selera seperti nasi putih, nasi goreng berserta dengan lauk-pauk seperti yang berikut.

NASI 


Nasi Goreng 


Koey Teow Goreng 


Chinese Kitchen 

Chicken with bbq sauce 


Udang Goreng Oatmeal


Siakap Masam Manis 


Sayur Campur 


KAWAH DISH

Seafood Masak Lemak Cili Api


Seafood Masak Sambal 


Daging Tetel Asam Pedas


THAI CUISINE

Thai Otak-otak Seafood


Thai Garlic & Pepper Fried Crab


Thai Bangkok Steamed Seafood


Thai Squid with Dried Curry Paste


INTERNATIONAL HOT SPREAD

Seafood Jambalaya 


Mutton Masala

Braised Aglio Olio

Fish and Chip with Tartar Sauce

SOUPS WITH BREADS

Seafood Chowder

Tom Yum Seafood Soup

Freshly Baked Mix Breads


LIVE NOODLES COUNTER WITH CONDIMENT

Seafood Moi Sup & Steamed Seafood Hot Bowl


ANEKA JENIS SALAD, BUAH-BUAHAN DAN KERABU





PENCUCI MULUT

Bahagian dessert ini adalah syurga bagi seketul zya akma sebabnya aku ni sejenis yang fanatik dengan dessert. Semua jenis dessert aku suka untuk cuba ya. Pergi mana-mana pun bahagian dessert yang selalu aku akan cari dan yang bawa kana-kanak tu sini pasti jadi tarikan utama mereka. hehehe ok jom kita tengok dessert apa yang menarik dekat sini. 


















BBQ Bounty Buffet Dinner ini berharga RM 148 nett (dewasa) 
dan 
RM 98 nett (setiap Kanak-kanak berumur 
6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas).



Bagi ahli ONYX Rewards menerima diskaun 10%, terpakai pada harga dewasa berbayar penuh. Selain itu, buffet lain yang terdapat di Amaya Food Gallery ialah:

Bufet Makan Tengahari “Melting Pot”.

Setiap Isnin hingga Jumaat, 12 tengahari hingga 2.30 petang Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 98 nett seorang dewasa dan RM 68 nett setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas

Korang boleh nikmati bufet makan tengah hari pada hari bekerja dengan pelbagai hidangan Hidangan Melayu, Thai & Pulau Pinang. Cuba Chef Syor; Nasi Ayam Thai & Mee Thai Sup Bot.

Makan Malam Bufet Panggang & Grill

Setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang hingga 10.30 malam Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 108 bersih seorang dan RM 78 bersih setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas

SeDulang SeKawan.

Bagi anda dan rakan sekerja atau rakan lain, yang ingin mencuba makan tengah hari makanan tempatan bolehlah mencuba SeDulang SeKawan.

Setiap Isnin hingga Jumaat, 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang, sehingga 30 September 2023 dengan kadar RM 78 nett setiap sedulang untuk 2 orang/dewasa. Sesuatu yang ringkas tetapi lazat, nikmati dengan cepat.Set Makan Tengahari SeDulang SeKawan; sesuai untuk 2 atau 4 orang.


Nikmati menu sambutan kemerdekaan tahun ni di Amari SPICE Penang dengan menikmati menu kegemaran tempatan di Amara Food Galery. Terdapat promosi bulan kemerdekaan “Merdeka Special” pada 30 & 31 Ogos 2023.

Merdeka’s Eve Roast & Grill Buffet Dinner 
Tarikh : 30 Ogos 2023 
Masa : 6.30 pm - 10.30 pm
Harga : RM128 nett (Dewasa) | RM98 nett (Kanak2 & Warga Emas) 

Merdeka Day’s Melting Pot Buffet Lunch 
Tarikh: 31 Ogos 2023 
Masa: 12.00 pm - 3.00 pm
Harga: RM108 nett (Dewasa) | RM78 nett ( Kanak2 & Warga Emas). 

Jadi jom cepat rasai dan alami sendiri kesemua hidangan yang ada di Amara Food Galeri ini sebelum penhujung September 2023. Untuk tempahan boleh contact 012-9561030  @ emel fnb.penang@amari.com



 


















You May Also Like

0 Comments