Program ALevel German di INTEC melayakkan pelajar untuk memasuki Universiti di Jerman

by - 23:21


INTEC ada menyediakan program A-Level German yang mana ini adalah antara salah satu program pra-universiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke Jerman. Kenapa pelajar boleh jadikan Jerman sebagai salah satu pilihan melanjutkan pengajian selepas SPM adalah kerana yuran pelajaran di Jerman adalah PERCUMA. Setelah itu aku terfikir dan baru teringat akan beberapa orang kawan aku yang melanjutkan pelajaran di sana 25 tahun dahulu.

Memang betullah! disana yuran pengajian mereka adalah percuma korang.

Jadi inilah satu kelebihan untuk kita, dengan kata lain, bila anak-anak kita enrolled A-Level German ini mereka akan mendapat satu tiket yang paling istimewa untuk memasuki universiti awam di sana. Menarik sungguh program ALG di INTEC ni. Terus aku terfikir akan anak aku dan aku merancang untuk dia melanjutkan pelajaran di sini nanti sesudah tamatnya sekolah menengah.

Hurmm nampaknya dia ada masa berbaki 5 tahun lagi untuk dia persiapkan diri, selepas itu nah! terbuka luas peluang untuk dia melangkah ke university di Jerman. Harapnya mata pelajaran STEM yang akan dia duduki nanti akan membantu dia menjejaki ke univerisiti seperti ini.



MENGENAI INTEC

INTEC Education College yang berdaftar sebagai UiTM Private Education Sdn. Bhd. merupakan sebuah kolej swasta hak milik penuh Universiti Teknologi MARA (UiTM). INTEC telah ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai Kolej Pengajian Persediaan (KPP) untuk program persediaan ke luar negara. Semenjak penubuhannya dari 40 tahun yang lalu, INTEC telah melahirkan lebih 50,000 graduan yang telah menjadi tenaga kerja profesional terkemuka di seluruh negara. Peluang pengajian yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan juga pelajar antarabangsa iaitu Diploma, Pra-Universiti dan Perakaunan Profesional

Korang boleh tengok program-program yang ditawarkan dan terus apply disini di https://intec.edu.my/application-procedure/



SENARAI PROGRAM DI INTEC

Pre-University Programmes
1. A-Level
2. A-Level German (ALG)
3. American Degree Transfer Programme (ADTP) – formerly known as ADFP
4. SACE International Programme – formerly known as AUSMAT
5. Korean Preparatory Course
6. Japanese Preparatory Course

Diploma Programmes
1. Diploma in Business Management (DBM)
2. Diploma in Public Management and Governance (DPMG)
3. Diploma in Scientific Halal Practices (DSHP)
4. Diploma in Islamic Finance (DIF)
5. Diploma in Accounting (DIA)

Professional Accountancy Programmes
1. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK).
2. ACCA Foundation in Accountancy (FIA).
3. The Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) UK.
4. The Certificate in Finance, Accounting, and Business (CFAB).


KELEBIHAN MEMASUKI PROGRAM ALG DI INTEC

Berdasarkan pembacaan aku di website INTEC, mereka juga ada menawarkan 2 major yang penting iaitu Kejuruteraan dan Science & Technology untuk program ALG ini. Tetapi terlebih dahulu mereka mestilah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak INTEC. Mereka perlu menghabiskan pengajian mereka sebanyak 22 bulan bagi program ini dan mereka wajib pelajari subjek-subjek A- Level seperti Matematik, kimia, Fizik atau Biologi dan semestinya Bahasa German sebagai utama di sana nanti.

Selain daripada itu mereka juga perlu menduduki Cambridge Assessment International Education (CAIE) A-level Exam and AS German Language. Mereka juga perlu menjalani latihan amali selama 6 ke 8 minggu terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran disana.


Kenapa pilih INTEC untuk sambung A-Level German berbanding dengan kole lain?

1. INTEC menyediakan pembelajaran Bahasa Jerman dari tahap A1 hingga B2 dalam tempoh 22 bulan.

2. Rekod prestasi cemerlang yang berterusan
100 % lulus, 58% mendapat A* & A dalam semua mata pelajaran yang diambil
91% pelajar mendapat A dalam AS Bahasa Jerman
79% mendapat A* & A dalam Matematik
75% mendapat A & A* dalam Biologi
64% mendapat A & A* dalam Kimia
62% mendapat A & A* dalam Fizik berdasarkan keputusan Nov 2021)

3. Kebanyakan pensyarah yang mengajar sangat berpengalaman & sangat membantu para pelajar

4. Pihak INTEC menyediakan Toastmasters German untuk membantu pelajar berkomunikasi dalam bahasa Jerman, dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka semasa bercakap khalayak ramai.

5. Sesi perkongsian dengan pelajar cemerlang untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di INTEC tentang cara-cara untuk mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan.

6. Para pelajar akan pergi ke Institut für Internationale Kommunikasi (IIK), Berlin (IIK)selama 6 bulan untuk meneruskan pengajian peringkat C1-C2 Bahasa Jerman.

9. IIK juga akan membantu pelajar membuat penempatan universiti di Jerman

LANGKAH PERTAMA KE LUAR NEGARA BERMULA DI INTEC


Banyak kebaikan juga belajar di luar negara ni, anak anak akan terdedah dengan budaya mereka dan paling best kalau dapat belajar cara orang negara maju belajar dan bekerja.

INTEC menawarkan program yang sangat baik dan kondusif untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Keperluan untuk memohon program ini adalah seperti dibawah.
Pass SPM
Minimum of Grade C in five (5) termasuk English & Mathematics/Additional Mathematics



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai IINTEC korang boleh rujuk maklumat yang berikut:

INTEC Education College

Alamat:
Jalan Senangin Satu 17/2A,
Seksyen 17, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Phone (General):
+603 603 7000

Marketing and Student Admission Deparment :
+603 8603 7076

Email:

Website:

















You May Also Like

0 Comments