APA ITU INFOGRAFIK?

by - 03:45





APA ITU INFOGRAFIK | Infografik berasal dari kata Infographics dalam Bahasa Inggeris yang merupakan singkatan dari Information + Graphics yang dipamerkan dalam bentuk visualisasi data yang membantu untuk memudahkan kefahaman maklumat yang susah menjadi mudah. 

Kenapa zya tetiba cerita dan kaji pasal infografik ni? Sebabnya cuti ni zya kena siapkan assignment dan buat dalam format inforgrafik. Pening juga masa tengok tajuk dan kerja yang dibagi tu. Selalunya buat dalam powerpoint atau microsoft word saja tapi kali ni dalam format infografik. Jadi terpaksa zya kaji selidik dari Mr Google terhormat dan maklumat yang dapat dengan sukacitanya zya nak berkongsi dengan pembaca semua. 

Sebenarnya cara ni bukan sahaja di peringkat universiti boleh guna tapi boleh juga digunakan untuk peringkat tadika, sekolah rendah dan juga menengah. Sebab penyampaiannya adalah yang boleh menarik minat budak-budak untuk mempelajari dan memahami apa yang ingin disampaikan.Infografik ada beberapa jenis yang boleh digunakan yang mana sesuai dengan kerja yang kita kehendaki.

Jenis infografik tersebut ialah:-

Infografik Statis

Infografik statis adalah infografik yang dibuat dalam bentuk visual statis, tanpa konsep audio atau konsep animasi yang boleh bergerak. Jenis infografik ini boleh dikatakan sejenis yang mudah dan paling sederhana serta selalu digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Bahkan, event bertaraf internasional seperti pameran mengenai energi dan migas yang di adakan di Korea Selatan juga kerap memanfaatkan konsep infografik statis untuk menyediakan data dengan cara yang lebih menarik. 

 


Infografik Animasi

Dikenali juga sebagai animated infographics, infografik jenis ini digunakan pada media audio visual seperti television atau youtube. Infografik animasi boleh disediakan dalam bentuk 2 dimensi ataupun bentuk 3 dimensi yang nampak lebih kompleks. Data dan informasi yang disediakan melalui infografik animasi dapat memudahkan kefahaman kita dan menjadi daya tarikan seperti menonton filem. 

Jenis infografik yang menggunakan konsep audio visual ini nampak sangat menarik kerana menggunakan unsur gambar yang bergerak dengan latar belakang suara yang mampu membuatkan sesuatu penyampaian yang ingin disampaikan itu dengan berkesan. Korang boleh klik SINI untuk melihat lebih lanjut mengenai infografik animasi ini. 

Infografik Interaktif

Infografik interaktif adalah jenis infografik yang paling kompleks jika dibandingkan dengan infografik statis dan infografik animasi. Pada infografik ini, target yang menjadi sasaran penyediaan maklumat boleh dilakukan dengan melakukan interaksi terhadap infografik yang disediakan. Untuk mewujudkan infografik interaktif yang baik, memerlukan kerjasama dengan developer atau programmer supaya animasi ataupun program interaksi boleh dijalankan dengan lancar.




Ok ini adalah infografik interaktif  yang mana setiap kali korang tekan tajuk itu maka akan keluarlah gambar animasi dan anda boleh buka di SINI untuk melihat lebih terperinci mengenai infografik interaktif.

Harap korang semua dapat memahami sedikit sebanyak maklumat yang zya kaji ni. Sebenarnya maklumat mengenai banyak terdapat dalam bahasa indonesia jadi zya menulis mengikut kefahaman zya sendir. Sebarang pertanyaan boleh tinggal di kotak komen InsyaAllah kalau zya akan membantu setakat yang zya tahu. 



Sekian!!!!!!














































You May Also Like

7 Comments