PEMBERSIH MUKA TERBAIK DARI MINYAK KELAPA DARA

01:05


PEMBERSIH MUKA TERBAIK DARI MINYAK KELAPA DARA | Adakah korang tahu minyak kelapa dara ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sebelum itu korang kena tahu dahulu dari mana datangnya minyak kelapa dara ini. Jadi untuk entri aku kali ini adalah ingin berkongsi dengan korang semua mengenai satu produk pembersih muka yang mana ia berasaskan dari minyak kelapa dara. 

Apa itu Minyak Kelapa Dara?


Minyak Kelapa Dara ialah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang agak cukup matang  dan ia melalui proses yang khas serta tidak akan merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa organik yang segar dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Setelah kajian sains dibuat dan ia menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Jadi dari sini terhasilnya produk untuk pembersih muka setelah menyedari akan kebaikan yang terkandung di dalamnya. 

Apa Itu Tropika Face Cleansing Oil ?

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadinya tersendiri, yang mana ia terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ianya adalah pembersih muka yang sangat baik untuk semua jenis kulit dan dapat mencuci minyak sebum yang berlebihan di muka tanpa mengeringkan kulit. Pembersih ini telah dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mana ia mencipta fungsi 3 dalam 1, mengeluarkan sel kulit mati pada wajah, membersih dan melembapkan kulit untuk memberikan kulit kita menjadi segar. Selain itu, kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga dan telah diuji di bawah kawalan dermatologi. 

Apakah Kandungan Tropika Face Cleansing Oil ?

  • Minyak Kelapa Dara (VCO) - Ianya adalah pelembap semula jadi yang hebat dan mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektannya, membantu menjaga liang pori serta membersihkan dan menghalang cela di wajah
  • Vitamin E - Menampakkan keadaan kulit kelihatan hebat serta untuk mengurangkan garis halus, kedutan, dan juga bintik-bintik.
  • Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.
  • Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata, perubahan warna dan bintik-bintik umur. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.

Bagaimana cara menggunakannya?

Membersihkan kulit anda dengan 3 langkah mudah ini: 
  • Sapukan pada kulit kering atau urut secara bulatan.
  • Tambahkan sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urutan pada wajah mengikut bulatan. 
  • Setelah itu, bilas dengan menggunakan air.

Siapa yang boleh menggunakan Tropika Face Cleansing Oil?

  • Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
  • Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka. 
  • Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka. 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Sekiranya korang ingin mengetahui dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah layari :

             : www.tropikaskincare.my


Nota:
Sekiranya berlaku keradangan, sila hentikan penggunaan sekaligus.

You Might Also Like

2 Comments