ANCHOR FOOD PROFESIONALS MENGADAKAN KEMPEN PIZZART FOOD TRAIL.
07:44
Kempen yang dianjurkan ini adalah kempen yang kedua setelah kempen pertama dulu pada tahun 2017 yang mana telah mendapat sambutan yang hangat dan pada 2018 ini mereka mengharapkan sambutan yang sama pada yang dulu. Kempen ini telah diadakan sebanyak 18 tempat di seluruh Malaysia dan ini termasuklah Sabah dan Sarawak. Zya berkesempatan pergi untuk kempen Anchor Food Profesional ini di US Pizza Bukit Mertajam, Penang. Pada kempen ini kami diperkenalkan dengan dua menu baru yang mana menggunakan cheese yang terbaik dari anchor. Menu tersebut ialah Pizzburger dan juga Cheese Pretzza seperti dalam gambar di atas. Setiap kempen yang diadakan adalah berbeza menunya dan ia dihidangkan mengikut restoran yang dikunjungi. Jadi untuk kempen di US Pizza kami dihidangkan dua menu ini.
CHEESE PRETZZA
Inilah Cheese Pretzza roti diluarnya mengandungi cheese dan inti dalamnya adalah ikan salmon. Sedap tau rasa dia lembut jer roti tu dan bertambah lagi sedap bila dicicah dengan sos tomato yang disediakan sekali.
PIZZBURGER
Ini pula adalah Pizzburger yang mana ia tidak seperti burger biasa yang dijual kerana kita tidak nampak pun isi di dalamnya melainkan setelah dipotong maka akan mengalirlah cheese seperti gunung berapi yang mengeluarkan lavanya. Wah memang sedap tengok dan bila rasa lagi sedap daging burger dia letak dekat dalam memang padat dan secukup rasa dan dicicah pula dengan sos tomato yang disediakan. Untuk pizzburger telah diadakan pertandingan makan seramai tujuh orang telah menyertai pertandingan dan ini termasuklah zya sekali.
Para peserta sebelum memulakan pertandingan makan
Kami dikehendaki makan pizzburger ini dalam jangka masa yang ditetapkan dan siapa yang habiskan semua dikira pemenang. Malangnya zya tidak berjaya menghabiskan pizzburger tersbeut dalam jangka masa yang ditetapkan jadi tempat pertama jatuh kepada lelaki tunggal yang menyertai pertandingan ini. Dia berjaya habiskan kesemua burger dalam tempoh yang agak singkat. Tapi jangka tak tahu zya dapat tempat ketiga tau tapi boleh pula seri dengan si miss Lyana Ishak.hahaha Tapi memang best kami enjoy sangat sepanjang kempen ini dijalankan.
Yeeahh dapat hadiah (bersama dengan manager Anchor Food Profesional dan juga pemilik US Pizza)
Disamping itu, kami juga turut dihidangkan dengan menu pizza yang lain dari pihak US Pizza iaitu Salted Egg Pizza dan juga Italian Aloha Chicken. Untuk Salted Egg pizza zya dah pernah rasa dulu jadi untuk Italian Aloha Chicken pizza ini pertama kali zya cuba dan memang sedap sangat. Jadi bila datang sini zya rekeman korang order kedua-dua menu ini sekali tau.
SALTED EGG PIZZA
ITALIAN ALOHA CHICKEN PIZZA
Memang kenyang sampai ke malam hari ni makan banyak sangat dan semuanya sedap-sedap. Kalau korang nak menu untuk kempen di tempat lain ialah Deep Cheese Pizza, Pizza Roll dan juga Ultimeat Pizza tapi zya tidak ada gambar untuk menu tersebut cuma kami diberitahu ada lima menu yang diperkenalkan masa kempen tapi ia mengikut kawasan tertentu. Sejak Anchor Food Profesional telah dilancarkan pada tahun 2016 mereka sentiasa cuba mendekati para pelanggan dengan pelbagai strategi yang menarik.Kalau korang berminat bolehlah datang ke US Pizza yang berdekatan dengan anda. Terima kasih pihak Anchor Food Profesional dan juga US Pizza Bukit Mertajam atas layanan yang baik kepada kami sepanjang kempen dijalankan.
Sempat lagi ambik gambar bersama dengan rakan-rakan blogger yang terlibat
Macam-macam ragam di US Pizza
Sebelum balik bergambar dulu dengan manager Anchor Food Profesional dan juga pemilik US Pizza Bukit Mertajam.
2 Comments