Mencegah Bintik Hitam dengan Rapid Dark Spot Coreecting Serum Dari Murad

by - 20:20



Bintik hitam adalah menjadi mimpi ngeri bagi wanita yang sudah meningkat usia 30-an ke atas dan pelbagai rawatan canggih, laser dan seumpamanya disediakan di pasaran sekarang. Namun sekarang tanpa perlu berjumpa doktor korang sudah mampu merawatnya sendiri dengan harga kesan yang bagus serta harga yang mampu milik. Produk tersebut adalah produk keluaran Murad yang kini sedia menempa nama di pasaran sekarang yang terkenal dengan keberkesanan merawat bintik hitam serta mengurangkan segala cela-cela di wajah kita. Jadi aku nak kongsi dengan korang mengenai produk Murad ini memandangkan aku terima banyak feedback yang positif setelah menggunakan produk Murad. 

LATAR BELAKANG MURAD


Pada tahun 1989, pakar dermatologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad telah menubuhkan Murad Inc, ianya adalah jenama klinikal moden pertama yang menghasilkan produk penjagaan kulit dengan menetapkan standard baru untuk penjagaan kulit prestasi tinggi. Sebagai seorang pakar klinikal yang telah berpengalaman selama 30 tahun, Dr. Murad telah menghasilkan produk untuk masalah kulit gelap serta bintik hitam untuk generasi akan datang yang memanfaatkan teknologi yang telah dipatenkan untuk menyelesaikan dengan berkesan bintik-bintik gelap dan menghalang wajah menjadi gelap serta kusam. Murad telah memberi komitmen untuk memberi rawatan secara efektif dengan memenuhi piawaian yang teliti untuk menjamin keselamatan, keberkesanan dan penjagaan yang korang harapkan daripada doktor.


TAHUKAH ANDA?

Semua jenis kulit boleh mengalami bintik-bintik hitam yang mana ianya adalah proses penuaan semualajadi. Antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang mengalami masalah ini ialah kerana pendedahan pada UV, kehamilan (melasma/cholasma), keadaan kulit seperti jerawat, trauma atau kecederaan kepada kulit, seperti parut selepas jerawat, dan ubat-ubatan yang diketahui menyebabkan pigmentasi. 

MURAD RAPID DARK SPOT CORRECTING SERUM.


Murad Rapid Dark Spot Coreecting Serum ialah produk yang mampu merawat kulip gelap dengan cepat tanpa berjumpa dengan doktor. Produk ini mampu mengurangkan wajah dari bintik-bintik gelap dan hitam, dan hyperpigmentation. Rapid Dark Spot Correcting Serum ini bebas daripada hidroquinone. Serum intensif ini menggalakkan perolehan sel permukaan untuk kulit yang lebih cerah dan lebih sekata. Rapid Dark Spot Correcting Serum dirumuskan untuk berfungsi pada pelbagai tona kulit, kerana ia menyasarkan kepada bintik-bintik gelap yang boleh muncul pada kulit dengan cara yang berbeza dan bergantung kepada jenis kulit. Di samping itu, produk ini mengandungi gabungan antioksidan dan bahan-bahan yang menenangkan yang dapat membantu mengurangkan penampilan pigmentasi yang disebabkan oleh keradangan. 

Kandungan Bahan: 

Produk yang menggunakan "Patented Resorcinol Technology dan "Tranexamic Acid" adalah sangat membantu meminimumkan penampilan hiperpigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata. Glycolic acid menghilangkan sel permukaan yang terdedah kepada sinaran. Produk ini juga mampu meminimumkan rupa bintik-bintik gelap yang kelihatan serta yang kita sendiri tidak nampak dengan jelas.

Fakta mengenai produk:
  • 84% menunjukkan pengurangan rupa bintik-bintik gelap dalam 14 hari.
  • Ahli panel ujian bersetuju hanya dalam 14 hari keberkesanan.
  • 91% melihat kulit menjadi lebih cerah
  • 94% melihat kulit menjadi lebih licin
  • 89% melaporkan kulit yang lebih berseri

Cara penggunaan: 
  1. Langkah 1: Bersihkan dengan pembersih wajah dan keringkan.
  2. Langkah 2: Sapukan 1-2 pam Rapid Dark Spot Correcting Serum secara sama rata pada kulit wajah, leher dan dada.
  3. Langkah 3: Gunakan pelembap dan pelindung wajah (untuk kesan yang lebih optimum disarankan menggunakan sekali suncreen dari Murad). 
Produk ini sesuai untuk korang yang mengalami kulit normal, berminyak, kering dan kulit kombinasi. 

MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF50 PA+++


City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA+++  ialah pelengkap utama untuk Rapid Dark Spot Correcting Serum. Produk ini mempunyai tahap perlindungan kulit yang baru dengan revolusioner, ultra-cahaya 100% mineral pelindung matahari dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar melindungi kulit dari 5 punca utama kerosakan yang mempercepatkan tanda-tanda penuaan: UVA, UVB, Pencemaran, blue light dari komputer, dan sinaran inframerah. Tambahan pula, dengan penggunaan Matriks polimer yang canggih dapat membantu menghalang lekatan dan penembusan persekitaran toksin, manakala Vitamin C membantu mencerahkan kulit dan menyamakan tona kulit menjadi sekata dan bersih, 

Kandungan Bahan:

• Matriks polimer  unik yang bertindak seperti "kulit kedua" bernafas dan menghalang kepada penembusan toksik dan lain-lain untuk tembus terus menerus kepada kulit wajah kita.
• Vitamin C membantu mencerahkan kulit, dan memperbaiki kerosakan akibat dari sinaran uv.
• Lutein dan Iron Oxides meningkatkan perlindungan spektrum yang luas, menambah pertahanan terhadap sinaran yang kelihatan,blue light, dan sinaran inframerah

Keputusan Klinikal: 

• Melindungi kulit daripada 96% pencemaran*
• Melindungi kulit daripada 89% blue light daripada komputer**


Cara Penggunaan: 
  1. Langkah 1: Bersihkan dengan pembersih wajah dan keringkan.
  2. Langkah 2: Sapukan 1-2 pam Rapid Dark Spot Correcting Serum secara sama rata pada kulit wajah, leher dan dada.
  3. Langkah 3: Gunakan pelembap dan pelindung wajah City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA+++
Korang juga boleh rujuk video di bawah ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi tekstur produk tersebut dengan jelas. 


Keberkesanan produk ini telah meyakinkan aku untuk menggunakannya dan korang boleh lihat keberkesanan dari testimoni-testimoni di bawah. Sekiranya korang berminat korang boleh rujuk link dan maklumat di bawah. 





Website :

atau 

kunjungi mana-mana MURAD Exclusive Facial stores

Facebook

Instagram





You May Also Like

0 Comments