facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

KUALA LUMPUR, 19 DECEMBER 2022 – Every year, we look forward to celebrating the year-end festivities with family and friends. Christmas is a time of joy and happiness and family gatherings, but it is also a time of cleaning, baking, and decorating the Christmas tree, leaving you little time to prepare lunch or dinner. From 20th to 25th December, ShopeeFood has lined up some amazing promos to start the Christmas cheer with RM25 off discounts and up to 99% off with ShopeeFood. Whether you are busy wrapping gifts, decorating the tree or just visiting, ShopeeFood has you covered. And with the ShopeePay mobile wallet, you can take advantage of amazing deals with a secure, rewarding payment and delivery experience with ShopeeFood.

Here are the top three reasons why you should sit back, relax, and take advantage of ShopeeFood amazing deals this Christmas

Value for Money

“I went to a new restaurant recently. It was a little far from my place, but I loved the food. Luckily, I found it on ShopeeFood! Imagine my excitement when I could order in my favourite food from that restaurant. And the best part is that they offer great discounts. It is truly value for money and my Christmas just got better.” Chin Yi Hong, Kuala Lumpur

Variety of Food

“Christmas is my favourite time of the year. With so much to do, from all the cleaning, shopping, and decorating the Christmas tree, and so little time, I turn to ShopeeFood. You can order just about any type of food on the app. The choices are endless, and I can focus on getting ready for Christmas while my favourite foods are delivered right to my doorstep!” Donovan David, Selangor

Convenient and Hassle Free


“When it comes to the festive season, especially Christmas, everyone is busy cooking for Christmas day. With technology being at our fingertips, I have opted to just order in. I can spend quality time with my family and friends and at the same time order great food from ShopeeFood. The safety and convenience of ShopeePay make my life so much easier”. Melanie Siew Li Shean, Selangor.



ShopeeFood connects users to various eateries, from restaurants to local street food stalls, where you can choose from a wide variety of cuisines. ShopeeFood is currently available in six locations: Kuala Lumpur and Putrajaya, Selangor, Penang, Johor Bahru, Ipoh, and Kota Kinabalu. Make your Christmas time extra special with us!

Here’s ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!

Order from a variety of restaurants like Salad Atelier, Kenny Rogers Roasters, Bubble Bee, JuiceWorks, Old Town White Coffee, Baskin-Robbins, Juicy and much much more:

From 20th - 23rd Dec
  • 50% OFF Vouchers
  • Free Delivery min. spend RM0
From 24th - 25th Dec
  • Up to 99% OFF Vouchers
  • Free Delivery min. spend RM0


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2022 Dalam pelbagai cara, kepelbagaian budaya Malaysia telah mempengaruhi rasa dan ramuan kulinari kita yang unik. Menggabungkan rasa keenakan hidangan Cina, India, Melayu dan Borneo, selera kita sentiasa dihidangkan dengan kekayaan variasi yang mungkin tidak boleh didapati di tempat lain.

Inilah yang mengilhamkan ShopeeFood untuk membuat tinjauan di bandar-bandar kita untuk melihat hidangan terbaik yang diberikan lima bintang oleh pengguna ShopeeFood. Sepanjang tiga kempen besar baru-baru ini, seperti 9.9 Shopping Day, 10.10 Brand Sale dan 11.11 Big Sale, ShopeeFood mengumpulkan data tentang trend makanan untuk mengetahui apakah yang gemar dimakan oleh rakyat Malaysia. Melihat pada item yang paling kerap dipesan di aplikasi ShopeeFood, tinjauan itu membuktikan dua kegemaran yang jelas terserlah: hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng.


Tidak dinafikan nasi merupakan nadi kehidupan seharian di negara ini. Selain dengan sawah padi yang luas terbentang di seluruh negara, nasi adalah makanan ruji kita, yang turut diadun dalam makanan bayi, makanan ringan, pencuci mulut dan hampir setiap hidangan. Sama ada semangkuk nasi kukus ala Cina, nasi daun pisang India yang terkenal, dan tidak lupa Nasi Lemak Malaysia yang tercinta, nasi terus ‘hidup’ dalam DNA Malaysia dan rakyatnya.

Walaupun Roti Canai tetap memegang takhta dalam tinjauan lima makanan teratas ShopeeFood, hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng yang pelbagai jenis banyak dipaparkan dalam trend makanan kami. Tidak hairanlah, hidangan ayam terutamanya ayam goreng turut mendapat tempat teratas dalam makanan lima bintang terbaik di aplikasi ShopeeFood, digemari tak kira oleh yang tua dan muda. Bagi sesetengah orang, ayam goreng adalah hidangan yang dinikmati semasa ‘makan besar’ bersama keluarga setiap hujung minggu, dibuat lauk makan tengah hari padahari bekerja, atau dijamah buat makan malam.


Menurut kaji selidik pada 2021, rakyat Malaysia adalah pengguna ketiga tertinggi di dunia untuk daging ayam, dengan hampir 50kilogram ayam dimakan setiap tahun, oleh setiap orang.. Walaupun ia tidak mencecah 82.3-kilogram beras yang dimakan rakyat Malaysia setiap tahun, jika kita melihat pada populasi kita yang hanya lebih 32 juta orang, kedudukan ketiga teratas ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia gemarkan ayam! Tambahan lagi, kita langsung tidak pilih kasih! Sama ada Ayam Goreng Berempah atau ayam goreng ala Korea ‘viral’, rakyat Malaysia menggemari ayam mereka dalam pelbagai gaya. Malah hari ini, kita mempunyai beratus-ratus hidangan ayam yang berbeza hanya di hujung jari – sama ada di kedai makan atau online di ShopeeFood, pilihannya tidak berkesudahan.

Apa yang Dilihat di Trend Pesanan ShopeeFood

Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia beralih kepada platform penghantaran untuk mendapatkan makanan mereka dengan selamat dan mudah. Memandangkan kemudahan dan pelbagai pilihan makanan ada tersedia di hujung jari mereka, rakyat Malaysia semakin memilih kaedah penghantaran makanan atas talian atau online. Terdapat lebih 2,000 hidangan untuk dipilih, terpulang pada mood dan citarasa anda untuk hari-hari tertentu.

“Orang ramai menjadi semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital. Rakyat Malaysia telah menerima pakai penghantaran makanan kerana ia memberikan kemudahan, nilai dan kepelbagaian. Di ShopeeFood kami juga komited untuk membantu lebih ramai peniaga sama ada syarikat besar atau ‘hero’ tempatan untuk mendapat manfaat daripada rangkaian ekosistem Shopee yang luas, di samping mengamalkan cara baharu untuk berniaga dan mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia. “Kami sangat teruja dengan tinjauan ini kerana ia menunjukkan apa yang kita paling gemari sebagai rakyat Malaysia, apabila bercakap tentang makanan. Semasa tempoh promosi kemuncak kami seperti 9.9, 10.10 dan 11.11, hidangan berasaskan nasi telah meningkat lebih kurang 3x ganda dari segi tempahan berbanding hari biasa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati nasi sebagai makanan ruji, tetapi juga berpusu-pusu memanfaatkan tempoh promosi untuk merebut nilai terbaik untuk tempahan mereka,” tambahnya.

ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat manfaat daripada pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, pada nilai terbaik. Membentuk sebahagian daripada ekosistem sedia ada Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ditambah dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun, ShopeeFood turut menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.

Pengguna ShopeeFood Nilaikan Restoran Lima Bintang Kegemaran Mereka

ShopeeFood meninjau pilihan penggunanya untuk mengetahui hidangan nasi dan ayam goreng terbaik di Kuala, Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu. Walaupun Nasi Lemak, Bubur Ayam, Nasi Kukus dan ayam goreng tetap menjadi kegemaran sepanjang zaman - kami turut mendapati bahawa pengguna juga menggemari kepelbagaian hidangan daripada Timur Tengah, Korea, Antarabangsa dan Jepun. Berikut adalah senarai lima restoran terbaik dari seluruh Malaysia yang dipilih oleh pengguna ShopeeFood, sebagai tempat terbaik jika anda teringin untuk menikmati hidangan nasi dan pelbagai jenis ayam goreng.

Kota Kinabalu, Sabah

Sama ada masakan Timur Tengah, Jepun dan tempatan – penduduk Sabah memang sukakan kepelbagaian dan pilihan kegemaran mereka akan membuatkan anda rambang mata!

(Untuk hidangan nasi)
Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
Kopi Ping Cafe @ Gaya Streets
Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
Recipes House Damai Plaza
Miyabi Express (Funky Farm)

(Untuk hidangan ayam goreng)
Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
Miyabi Express (Funky Farm)
Wo Yen Kee @ Jalan Damai
Yam Yam Cafe @ Penampang


Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sama ada Nasi Campur atau masakan Cina, pengguna kami sudah tahu di mana untuk mendapatkan makanan yang enak. Untuk hidangan nasi dan ayam goreng bertaraf lima bintang terbaik, klik sahaja pada pautan di bawah dan pengguna ShopeeFood akan tunjukkan jalannya!

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)
Klasik Aroma Salai Desa Petaling
Nasi Lemak @ Sunny Food Republic KL
Lan Zhou Mee Tarik @ Bukit Bintang
Warung DDTakoyaki Leleh Masok - Kg Baru

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)

Krayz Kitchen Cheras
Restaurant Man Kee Kepong
Minang House @ Segambut Dalam
My Utara Burger Kuala Lumpur
Komo Cafe @ TTDI

Pulau Pinang


Nun di utara, di Pulau Pinang yang merupakan syurga makanan, selain hidangan Pulau Pinang yang unik, pengguna juga menggemari makanan Timur Tengah seperti Mandi Chicken dan burger ayam goreng yang empuk.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)
ZUS Coffee @ Jelutong
Mr. Shawerma @ USM Plaza Ivory
Familymart Jalan Burma Penang
Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas
Mr. Shawerma @ QueensBay Mall

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)

Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas
The BRGR @Jln Nagor
Farmer's Market Promenade
Soft Soya Cafe Teras Jaya
Tunas Bistro Jalan Paya Terubong

Johor

Orang Johor menggemari ayam goreng tradisional mereka yang dhidang bersama nasi. Selain itu, rakyat Johor memilih sup 'hotpot' untuk dihidangkan bersama nasi mereka, ayam goreng dengan herba dan rempah ratus, serta kombo kari dan nasi yang membangkitkan selera.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)
Marrybrown @ Kluang Econsave
Donkey Restoran Restoran Tyson
Bubur Ayam Batu Pahat
Embrace Hall Cafe @ Jalan Impian Emas
Shu Da Xia Hotpot @ Taman Sutera Utama Skudai

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)
Gang Shi Fei @ Taman Nusa Bestari
Bliss Cafe Danga Bay
Tea Garden Aeon Mall Kulai
DMR Segar Dim Sum Halal Sutera Mall
Nasi Kukus Station D Mawar Cafe

Ipoh, Perak

Terkenal dengan budaya Hakka, tokong bersejarah di dalam gua dan bandar lama kolonial, Ipoh sememangnya terkenal dengan makanannya. Selain hidangan warisannya yang pelbagai, nasi lemak, ayam goreng ‘chicken chop’ dan ayam goreng Korea juga berjaya merebut tempat dalam senarai kegemaran orang Ipoh.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)

Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8
Mee Udang Ketam & Masakan Thai @Tmn Tnjg Perdana
R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh
Alieya Cafe @ Taman Mas
Restoran Nasi Kandar Bharkat @ Taman Cempaka

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)
Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8
Cikgu Fuad Catering @ Kampung Jana Sambungan
R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh
Chego Taiping
Restoran Anjung D' Puncak Chemor

Selangor


Dan akhirnya, Asam Pedas bersama nasi mempunyai tempat yang istimewa di hati orang Selangor, tidak lupa juga ayam goreng Ayamas kegemaran sepanjang zaman, serta ayam goreng Korea.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)
Labbaik Ruzz Tent & Cafe @ Taman Melawar
D Westurn Talam Jalan Iskandar
DubuYo Mini Plaza Shah Alam
Salai D'House WgsaMlawati
D Lawang Asam Pedas Klang

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)
Restoran Asmaas Nasi Kandar Kuala Selangor
Kedai Ayamas Seksyen 9
K-Wing @ Taman Perindustrain Ehsan Jaya
Nasi Berlauk Abe @ Klang
Kafe An Nur's @ Denai Alam

Dah Lapar? Nikmati Promosi Jualan 12.12 Promo Istimewa Untuk Anda!

Kini, jualan akhir tahun 12.12 sudah pun tiba! Dapatkan tawaran eksklusif dari pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda dengan tawaran hebat ini:
  • Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan min RM0
  • Tawaran Super Deals sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih seperti Thong Kee Cafe, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen - Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi.
  • Shocking Sale RM12 bermula dari 6hb - 12hb Disember 2022
Mengenai ShopeeFood

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka. Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.





Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Pada 26 Oktober 2022 telah diadakan sidang media bagi konsert search yang bakal menggegarkan warga utara terutamanya warga Penang. Lagenda Rock Tanahair, Search kini kembali mengegarkan Setia Spice Arena Pulau Pinang dalam satu konsert istimewa Rockin’ Arena Penang Live N Louder yang bakal berlangsung pada 24 Disember 2022. Kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop dibumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu memberi inspirasi dan tarikan buat Search Rock Station dan Suria Travel dengan kerjasama Northwind Intellec Sdn Bhd untuk menganjurkan konsert berskala besar di Pulau Pinang. 


Lebih membanggakan Rockin’ Arena Penang ‘Live N Louder’ turut dibantu Home of Champions, 57 Studio, Persatuan Anak Seni Pulau Pinang, Suria Rock Stations (SRS), CODA, Mercikkk.Com, Firefly dan Setia Spice selaku rakan kerjasama. Sekalung perhargaan buat Pejabat Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACE) mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sokongan yang diberikan untuk penganjuran konsert ini. 


Pada sidang media tersebut, Datuk Ismail Hj Jusoh selaku orang kuat Rockin’ Arena Penang memberitahu konsert bertaraf antarabangsa ini dibawa sebagai satu medium jaringan dan tarikan buat Pulau Pinang sebagai ‘Destinasi Live Concert’ di Asia. “Saya amat berbangga kerana dapat membawa Search ke Pulau Pinang dan pastinya kehadiran Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus menarik kehadiran peminat musik rock tanahair khususnya di Wilayah Utara. 


“Kita mensasarkan lebih 10,000 penonton akan hadir dan sesuatu yang istimewa akan diberikan buat peminat setia Search yang setia menyokong dari dulu hingga kini,” katanya ketika sidang media di Setia Spice Arena di sini hari ini. Ismail berkata, perhargaan ini diberikan kepada Firefly selaku Penerbangan Rasmi apabila turut mempromosikan Konsert Rockin’ Arena Penang dengan menawarkan pakej istimewa termasuk tiket penerbangan dan tiket konsert. 


Search juga dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu dalam tempoh 2 jam 30 minit pada konsert ini nanti dan pastinya kejayaan Konsert Rockin On RoofTop di Kuala Lumpur akan berulang di Pulau Pinang pula sebelum meneruskan siri konsert di Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari 2022. Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai dan perkhabaran baik buat peminat Search di Bandung, Indonesia pada Febuari tahun depan. 


Harga tiket biasa untuk konsert ini ialah RM148 dan RM198. Untuk tiket premium RM268 dan RM398 barangan merchandise Search seperti T-Shirt akan diberikan. Untuk tiket VIP BOX bernilai RM798, pakej merchandise, meet and greet dan post event bersama Search disediakan. Tiket telah mula dijual pada minggu ini. Untuk pembelian dalam talian boleh beli di www. fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh didapati: 

Kuala Lumpur 
• Search Rock Station di Kompleks Campbell 
Pulau Pinang 
• Suria Travel di Kompleks Bukit Jambul 
• The Pokok Cafe di Georgetown 
• Northwind Intellec di Setia Spice Arena di Bayan Lepas 
• Ruas Record Store di Georgetown 
• D’Loovi’s di Georgetown 
• Asiawash Autospa di Bayan Lepas 

Kedah 
• Mamu Lepak House di Kulim Kedah 
• Monrods Restaurant di kulim Kedah 

Ipoh 
• Eventually Resources  INTERNATIONAL Rock


SEARCH ROCKIN'ARENA PENANG : LIVE AND LOUDER
9.00 malam
Sabtu
24hb Disember 2022
Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh hubungi agen-agen tiket yang sah , rujukan nama dan telefon dibawah.

Harga tiket :
- RM398 | RM268 
Tiket termasuk Official Search Merchandise ( Tshirt & Tote Bag )

- RM198 | RM148 
Tiket sahaja

Info penting :
  • Untuk semua tiket yang dibeli secara atas talian, pembeli hendaklah membawa slip bukti pembayaran yang diterima melalui email untuk menebus fizikal tiket atau merchandise
  • Semua tiket fizikal atau merchandise boleh di tebus mulai 17hb Disember 2022 bertempat di kaunter khas di Spice Arena dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kaunter penebusan tiket akan dibuka sehingga 24hb Disember 2022.
  • Untuk pembelian tiket melalui agen-agen sah, perlu dapatkan resit pembelian secara rasmi. Sila bawa tiket dan resit pembelian untuk menebus merchandise ( jika ada ) dikaunter penebusan.
  • Sebarang info, kami akan maklumkan melalui official FB Pages Search Band.

LIVE AND LOUDER ‼️

#searchband
#rockinarena
#concert
#ticket


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Hai baru-baru ini telah diadakan grand opening bagi The Petals Event Space di Teluk Kumbar yang mana event space ini telah diadakan dua majlis perkahwinan walaupun ianya belum dirasmikan lagi. 




Pada grand opening tersebut terdapat kira-kira 100 orang tetamu yang hadir dan ini termasuk ahli Penang Wedding Professionals Association, blogger dan influencer yang turut menghadiri majlis makan malam tersebut. Para tetamu yang hadir diraikan dengan hidangan bufet yang mewah dan persembahan live band.



Pengacara majlis yang sangat periang dan memeriakan suasana.


Selain itu, para tetamu juga turut mengambil bahagian dalam kuiz trivia dengan 15 hadiah. Aku salah seorang yang berjaya menjawab kuiz dan mendapat hadiah pendrive dari pihak penaja iaitu, The Granite Hotel (dahulu dikenali sebagai M Summit Hotel) serta terdapat juga sesi cabutan bertuah di mana tiga pemenang bertuah akan dapat menginap di The Hotel Mewah Granite di George Town.


Jurucakap The Petals Moh Wei Ken ada berkata: Ia telah menjadi satu perjalanan roller coaster bagi kebanyakan kita sejak Covid-19 melanda dunia.


“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua orang di sini kerana mampu mengatasi dan harungi untuk tempoh-tempoh yang mencabar sebelum ini. Ya, kami masih berdiri dan kami akan muncul lebih kuat dan lebih baik.”



“Memandangkan dewan sudah dihias, anda boleh menggunakan ruang acara ini seadanya atau melibatkan penghias untuk mencipta tema. Anda boleh mengadakan acara seperti perkahwinan, korporat acara, hari jadi dan perpisahan di sini,” tambah Moh.

Dewan utama Petals mempunyai kapasiti maksimum 350 pax atau 35 meja bulat. Ia dihiasi dengan beribu-ribu faux flower, candelier kristal, pentas kaca dan latar belakang bunga. Ruang berhawa dingin sepenuhnya bersaiz 5,578 kaki persegi. Ia juga disertakan dengan bilik penyimpanan dan pantri. Antara majlis yang boleh diadakan di sini ialah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis sambutan hari jadi, dan lain-lain lagi majlis yang boleh melibatkan tetamu seramai 350 orang dalam satu-satu masa. 




MENGENAI DEWAN:-

5578 sq ft
35 round tables
Up to 350 pax
Full air-conditioned
Car Park available
Main hall, stage area, changing room & pantry



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

THE PETALS EVENT SPACE, TELUK KUMBAR, PENANG.

Facebook : 
https://www.facebook.com/thepetalspg

Instagram : 
https://www.instagram.com/thepetalspg/


#thepetalseventspace #thepetalspenang
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

BERCUTI SAMBIL LAYAN THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA DI IPOH | Pada bulan Oktober 2022 ini bakal diadakan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama dengan Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC) di The Haven Resort Ipoh bersempena dengan kemenangan anugerah All Suite Resort. 

Para tetamu di resort dan peminat muzik boleh menantikan penginapan mewah ini di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah. Korang pasti tidak akan kecewa, selain menikmati suasana resort yang serba cantik, tenang, dan nyaman, korang juga akan merasai suatu pengalaman pertama yang baru dan imersif dengan persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan persembahan yang pertama seumpamanya dengan dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi The Haven Resort. 

Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Alunan musik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok. Bagi aku lebih suka menikmati alunan muzik di tepi tasik bersama suami sambil menikmati suasana yang tenang dan aman di sekitar resort. 

Selain itu, pihak tetamu di resort boleh membuat pilihan ingin menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik korang melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Setiap alunan musik dari tasik ini menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok di The Haven Resort, Ipoh ini. 

L-R: Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin (Senior Technical Director), 

Dr. Richard Ng (Ipoh City Councillor), 

Mr Peter Chan (CEO, The Haven),

 Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh), 

Puan Nurmalis bt Musa (CEO, Tourism Perak), 

Dato Seri Steve Low (CEO, Ab Life).


Semasa majlis pelancaran yang telah diadakan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort iaitu Peter Chan ada berkata, “Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah? Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.

Tambahnya lagi, “Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.”

Datuk Bandar Ipoh iaitu Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud juga ada berkata, “Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.”

Katanya lagi, “Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.”

Pengasas Selangor Symphony Orchestra iaitu Eugene Pook juga ada berkata “SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,”.

THE HAVEN RESORT, IPOH 

Bagi pengetahuan korang The Haven Resort ini merupakan penyokong kepada pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia

THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA 

The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang dan Puan Nurmalis bt Musa, iaitu CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri pasa acara tersebut. Korang pun patut datang juga dan alami sendiri pengalaman manis yang julung2 kali diadakan di Ipoh ini. 

Persembahan konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat jam 8:00 malam. 


(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun & Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi).

Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam iaitu pada 27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022 ini. Bagi harga pakej muzikal ini pula, akan bermula dari harga RM390++/seorang dan pakej ini boleh dibeli melalui laman web: https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, atau WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara: Cik Yee Lai Kuan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.

Keseluruhan pakej yang tersedia adalah termasuk dengan penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.thehavenresorts.com/
*Termasuk akomodasi, tiket ke konsert dan makan pagi.









Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Musuh kepada seseorang yang bergelar wanita adalah jerawat dan masalah ini sentiasa menghantui kehidupan seharian mereka. Jerawat ini telah membuatkan seseorang itu hilang keyakinan dalam diri mereka. Memandangkan sekarang musim pemakaian face mask jadi hal ini menyebabkan semakin ramai yang kulit wajah mereka naik jerawat kerana kulit sensitif dan sebagainya. Kulit wajah yang berminyak juga akan menyebabkan wajah kita mudah naik jerawat. Di samping itu, terdapat kosmetik yang disediakan menggunakan sediaan minyak. Kosmetik jenis ini akan lebih mudah untuk menyebabkan sumbatan pada liang roma kita. Jadi langkah-langkah penjagaan yang betul perlu di titik beratkan agar masalah ini dapat dihindari. Penggunaan produk penjagaan wajah yang betul adalah salah satu langkah yang wajar di lakukan bagi memastikan kulit wajah kita terpelihara dengan baik.


Antara salah satu produk yang mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat ini ialah rangkaian produk dari Fanbo. Produk Fanbo ini telah bertapak sejak tahun 1968 di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit wajah dan tatarias wajah. Kini Fanbo telah menawarkan rangkaian produk terbaru iaitu produk anti jerawat "Fanbo Acne Solution Series". Jom aku kongsikan cara-cara penjagaan kulit wajah mengikut langkah-langkah yang betul.

Langkah-langkah penjagaan wajah dengan menggunakan produk dari Fanbo adalah seperti berikut:-
1. Fanbo Acne Solution Facial Foam
2. Fanbo Acne Solution Toner
3. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel
4. Fanbo Acne Solution Acne Gel
5. Fanbo Acne Solution Loose Powder


FANBO Acne Solution Facial Foam


Fanbo Ance Solution Facial Foam ini mampu bertindak membersihkan kulit muka yang berminyak dan berjerawat dengan lembut dan bersih.

Kelebihannya adalah:

🌿 Menghilangkan kotoran, sebum dan kekotoran dari pori yang tersumbat
🌿 Membersihkan kulit secara mendalam dan melembapkan kulit tanpa meninggalkan sebarang kekeringan kerana dengan adanya Aloe Vera & Tea Tree Oil
🌿Membantu untuk mengurangkan masalah jerawat dan kulit berminyak
🌿 Mempunyai Kesan Kawalan Kulit yang seimbang dan lembapan yang sihat
🌿 Halal & NPRA Certified


Cara Penggunaanya:

1. Keluarkan sedikit FANBO Acne Solution Facial Foam pada permukaan tangan yang basah
2. Gosok sehingga ada buih yang banyak
3. Ratakan dan urut pada permukaan wajah untuk di cuci
4. Basuh dengan air suam

FANBO Acne Solution Face Toner 


FANBO Acne Solution Face Toner ini ialah toner yang sangat ringan dan sesuai untuk kegunaan harian pada waktu pagi atau petang 

Kelebihannya adalah:

🌿 Menyegarkan dan membersihkan kotoran yang berlebihan, serta minyak dan sebum di muka untuk wajah yang bersih dan segar 
🌿 Membantu dalam kawalan minyak dan pori-pori wajah yang bersih 
🌿 Mengurangkan pertumbuhan bakteria dan mencegah jerawat 
🌿 Mengecilkan pori pori pada wajah 
🌿 Halal & NPRA Certified 

Cara Penggunaanya:

1. Selepas membersih muka, tuangkan jumlah FANBO Acne Solution Face Toner secukupnya ke tapak tangan 
2. Sapukan perlahan pada muka dan leher 
3. Tepuk kulit dengan ringan untuk membantu penyerapan FANBO Acne Solution Face Toner

FANBO Acne Solution Acne Gel


FANBO Acne Solution Acne Gel adalah gel telus yang bertindak pantas untuk merawat masalah jerawat, dan produk ini tidak berminyak serta mengandungi formulasi anti bakteria.

Kelebihannya adalah:

🌿 Tea Tree Oil, untuk membersihkan wajah dari bakteria penyebab jerawat
🌿 Hydra Solution SA, bertindak sebagai kawalan minyak dan mengecilkan pori
🌿 Silver Active, mampu melegakan kemerahan dan bengkak
🌿 Pro Vit B3, membantu menyamarkan parut wajah
🌿 Halal & NPRA Certified


Cara Penggunaanya:

1. Selepas memakai toner, sapukan FANBO Acne Solution Acne Gel setiap hari ke kawasan yang terjejas untuk penyembuhan yang lebih pantas
2. Gunakan secara berterusan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimal

FANBO Acne Solution Moisturizer Gel


FANBO Acne Solution Moisturizer Gel adalah produk yang diformulakan berasas air yang ringan, tidak berminyak dan cepat meresap pada wajah. 

Kelebihannya adalah:

🌿 Mengawal produksi minyak berlebih dan menenangkan kulit
🌿 Formula Hypoallergenic & non-comedogenic
🌿 Mengandungi tea tree oil untuk mempercepat pemulihan jerawat
🌿 Dengan Antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan keanjalan kulit yang gebu dan awet muda.
🌿 Halal & NPRA Certified

Cara Penggunaanya:

1. Sapu sedikit FANBO Acne Solution Moisturizer Gel dengan jari anda yang bersih
2. Sapukan perlahan pada wajah dan leher
3. Tepuk kulit dengan ringan untuk membantu penyerapan FANBO Acne Solution Moisturizer Gel

Fanbo Acne Solution Loose Powder 


Loose Powder yang diformulasikan khusus untuk merawat kulit berjerawat yang dapat membantu menyerap minyak alami yang berlebih pada kulit.Loose Powder ini tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan produk ini akan menampakkan kulit korang menjadi natural. Formula yang ringan, alami dan lembut di kulit. Produk ini terdapat dalam 2 jenis shade iaitu oriental yellow dan translucent.

Kelebihan dan Fungsinya: 
  • Non-comedogenic 
  • Mengawal Sebum dan melembutkan kulit
  • Memiliki formula yang ringan, alami, dan lembut yang diformulasikan khusus untuk kulit berjerawat. 
  • Tidak menyumbat pori-pori dan menyatu dengan warna kulit. 
Cara Penggunaan: 
 
1. Ulaskan pada wajah secara tipis & merata. 
2. Gunakan setelah selesai menggunakan rangkaian penjagaan kulit di atas.


Untuk maklumat lanjut tentang produk Fanbo, korang boleh layari:

Website: www.fanbo.co.id
FB: https://www.facebook.com/Fanbo.my
IG: https://www.instagram.com/fanbo.my
Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSReWgywE/
Youtube: https://www.youtube.com/FanboCosmetics

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di dalam talian berikut:

LAZADA: https://www.lazada.com.my/shop/fanbo-cosmetic-malaysia-store/

SHOPEE: https://shopee.com.my/fanbocosmetics.os

PG MALL: https://pgmall.my/seller_store_product/Fanbo-Cosmetic-1





Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ▼ 2022 (13)
    • ▼ December (1)
      • DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SP...
    • ► November (2)
      • MAKANAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA - Pengguna Shope...
      • Search Bakal Menggegarkan Warga Pulau Pinang denga...
    • ► October (2)
      • The Petals Event Space adalah pilihan yang terbaik...
      • BERCUTI SAMBIL LAYAN THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZ...
    • ► August (1)
      • Rangkaian Produk Anti Jerawat Terbaru dari Fanbo i...
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    3 days ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    5 days ago
  • Marshaliza
    Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector
    2 weeks ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nurfuzie.com
    Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    2 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    2 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    5 weeks ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates