facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Semakin meningkat umur makanya semakin mendalam lah penjagaan wajah yang perlu kita ambil tahu dan titik beratkan. Sejak aku bergelar isteri orang ini kehidupan semakin berubah, semakin kuat makan dan bertambahlah double chin dan ini membuatkan aku menjadi risau. Jadi aku buat carian dan kaji produk yag sesuai dengan usia sekarang dan aku jumpa Safi Youth Gold iaitu produk terbaru dari Safi. Jom aku review serba sedikit mengenai produk safi ini.

Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal No.1 di Malaysia. Mereka akan sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan lagi imej jenama dan kelayakan dalam kalangan penggunanya. Baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian Safi Youth Gold, iaitu produk anti-penuaan dan mengangkat rangkaian penjagaan kulit yang dahulunya merupakanvSafi Rania Gold. Rangkaian baharu ini bertujuan untuk menarik minat pengguna kategori anti-penuaan yang tercari-cari produk penjagaan kulit. Produk anti-penuaan ini adalah formulasi yang lebih baik dan pembungkusan yang lebih menarik pada harga yang berpatutan. Selaras dengan keperluan pengguna semasa, Safi Youth Gold telah memperkenalkan dua produk terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berganda dan kulit kendur yang berpotensi mengurangkan keyakinan terhadap wanita moden pada masa kini. 

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan "Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D" dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. *Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.

Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


Kandungan Bahannya:-
  • Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
  • Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.
Lifting 24K Serum Cleanser


Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.



Kandungan Bahan:-

Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.
Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal. Secara ringkasnya produk ini wajib menjadi pilihan korang juga adalah kerana ia:-
  • Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
  • Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.
  • Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
  • Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.
  • Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.
  • Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan mengurangkan garis halus & kedutan, meningkatkan kelembapan kulit, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit, memperbaiki kulit rosak.


Harga yang dijual juga adalah sangat berpatutan dengan hanya RM59.00 untuk Lifting Golden C Duo Serum dan RM19.80 untuk Lifting 24K Serum Cleanser. Produk ini boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. Lifting Golden C Duo Serum https://bit.ly/3izM0fm


Untuk mendaptkan lebih lagi maklumat lanjut mengenai SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini, korang boleh rujuk link di bawah ini:- 

Instagram: https://instagram.com/safimalaysia?utm_medium=copy_link
Facebook: https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Twitter:https://twitter.com/SAFImalaysia?s=20
Youtube: https://youtube.com/user/SAFImalaysia



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Kegiatan merokok pada masa kini sudah sebati dalam kalangan masyarakat kita dan aktiviti ini sudah menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Separuh nyawa mereka boleh dikatakan hilang sekiranya tidak merokok walaupun baru beberapa jam sahaja. Tabiat merokok ini juga dianggap sebagai satu lambang maskulin atau kehebatan bagi sesetengah orang. Pasti pelbagai persoalan lagi sedang bermain-main di minda korang kan bagi yang tidak pernah merokok ini.

Tahukah korang setiap bahan yang terkandung di dalam rokok itu berbahaya? Apakah sebenarnya kelemahan atau keburukan terhadap bahan-bahan ini. Ramai di antara kita yang masih tidak tahu bahawa merokok itu memudaratkan, tetapi tidak semua daripada kita juga tahu bahawa masalah terbesar merokok dan rokok adalah terbakar. Sebab pembakaran adalah masalah terbesar kerana dengan membakar rokok dan tembakau, kita akan mencipta dan mengeluarkan asap yang mana mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru. Oleh itu, membakar dan mengeluarkan asap adalah masalah yang paling besar dan sangat berbahaya.


Sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan kimia di dalam rokok. Bahan-bahan di dalam rokok adalah berbahaya dan boleh memudaratkan. Kandungan bahan-bahan ini adalah beracun dan ianya terhasil apabila proses pembakaran berlaku serta menyebabkan perubahan kimia terhadap sebatian semula jadi di dalam tembakau.

Bahan-bahan Kimia yang terkandung adalah :-
  • Nikotin,
  • Tar
  • Karbon Monoksida.

Nikotin

Nikotin merupakan bahan yang terkandung di dalam rokok. Di samping itu, kajian yang dijalankan juga menunjukkan nikotin adalah penggalak kepada pertumbuhan kanser. Sebenarnya Nikotin ini akan merangsang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa itu Dopamin? Dopamin adalah satu hormon yang akan menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja apabila mengambilnya. Dari hal inilah yang menyebabkan orang ramai suka mengambilnya dan ada sesetengah orang menjadikan rokok ini sebagai sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup


Tar

Tar pula adalah antara bahan kimia yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan boleh menyebabkan kanser apabila asap rokok memasuki paru-paru, tar terus membentuk kepada suatu lapisan melekit di dalam paru-paru dan boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema (iaitu penyakit kronik yang melibatkan kerosakan pada kantung udara paru-paru), atau masalah paru-paru yang lain.


Karbon Monoksida

Karbon monoksida adalah sejenis gas toksik, yang mana ia turut dihasilkan ketika rokok dibakar. Gas toksik yang dihasilkan ini mengambil tempat oksigen dalam darah kita dan terus memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih laju dalam membekalkan oksigen ke seluruh badan. Keracunan karbon monoksida ini turut boleh menyebabkan kepentingan, kekeliruan serta kesukaran untuk bernafas. Buat pengetahuan korang, kemudaratan yang dibawa oleh asap rokok itu bukan terhad kepada perokok, tetapi ia juga kepada orang di sekitar korang dan biasanya ahli keluarga terdekat.


Pembakaran rokok sememangnya berbahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini berikutan, asap yang terhasil daripada pembakaran rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun. Ramai perokok tidak dimaklumkan bahawa mereka mempunyai cara alternatif lain yang kurang berbahaya. Jadi beralihlah kepada produk alternatif seperti rokok elektronik (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heat-not-burn alternative), asap (heat-not-burn alternative). Antara Contohnya, peranti tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran.


Alternatif ini mampu memenuhi kepuasan di dalam kalangan penggunanya malah ia dipercayai lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan rokok. Ini adalah kerana produk-produk baharu ini tidak bergantung kepada prinsip pembakaran dan tidak menghasilkan asap. Berdasarkan prinsip dipanaskan dan bukan dibakar (heat-not-burn), peranti tembakau yang dipanaskan ini cuma memanaskan tembakau untuk membebaskan nikotin dalam bentuk wap. Ini adalah salah satu cara alternatif yang korang boleh gunakan untuk mengurangkan pembakaran rokok. Walaupun ianya tidak sepenuhnya bebas daripada risiko, tetapi produk alternatif ini dikatakan pilihan yang tetap daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok adalah untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok

Di samping itu, korang juga boleh mencuba penggunaan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan ketagihan kepada merokok. Antaranya adalah ubat-ubatan seperti nicorrette yang ada dijual di pasaran sekarang serta beberapa produk lain lagi yang korang boleh dapati bagi mengurangkan ketagihan melampau terhadap rokok ini.


Setiap pilihan hanyalah terletak pada diri korang dan hanya korang yang akan menentukan sendiri untuk berubah ataupun tidak. Kini jelas dan nyata merokok itu berbahaya dan perlu ditangani dengan segera. Dorongan dan motivasi perlu diberikan bagi mereka yang ingin dan sentiasa berusaha untuk berhenti ketagihan merokok ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai artikel ini korang boleh rujuk laman web ini bagi mendapatkan segala maklumat dengan lebih mendalam di (HAAHUB) https://haahub.com.my .






Sumber:
  • https://eohsmy.wixsite.com/eohsmy/post/copy-of-international-women-s-day-2-000-march-downtown
  • https://mdpi-res.com/d_attachment/ijerph/ijerph-17-00409/article_deploy/ijerph-17-00409.pdf
  • http://repo.uum.edu.my/28243/1/JPS%2020%202017%20151%20169.pdf
  • https://www.haahub.com.my/events/editorial-contest
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Siang-malam tidur aku tak lena
Makin lama makin rindu padanya
Oh, rindu, rindu manja
Boleh jumpa, buat apa nak tunda?
Tunda, tunda, bila masa nak jumpa?
Oh, rindu, rindu gila

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Sabtu, Ahad, mhm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Bukan mahu ganggu engkau bekerja
Tapi teringin juga kau merasa
Oh, rindu, rindu gila
Kata tak mahu, tapi hatiku mahu (kata tak mahu)
Kau patut tahu apa yang aku mahu
Dekat sama kamu

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Sabtu, Ahad, mhm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Ayo, sayang (ayo, sayang, bersua)
Punya lama kita berpisah
Kan dah boleh bersua

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ugh, egh, let go now

A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (a-le-la-le-la, o-le)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), let go now
A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (le-la)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC 2021) akan bertindak sebagai pemangkin ke arah mendorong perubahan ketara bagi memastikan kejayaan penetapan semula industri pelancongan untuk tahun 2022. Tourism Selangor, milikan penuh Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) akan julung kalinya menganjurkan Konvensyen bertaraf global ini pada 10 dan 11 Disember ini bertempat di hotel New World Petaling Jaya.

Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Kebanyakan penduduk telah pun menerima dos penuh vaksinasi dan mengikut kadar semasa, kita sudah hampir membina imuniti kelompok di Malaysia. “Dengan pelancongan antarabangsa dijangka pulih bermula 2022, para pelabur akan melihat pada prospek pembukaan semula hotel, mercu tanda dan kawasan terkemuka lain”. “Pelancongan telah menyumbang sebanyak 13.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, menjadikan ianya salah satu industri terbesar di Malaysia”, kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. “Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan industri dan menyebabkan jumlah sumbangan menurun sehingga hanya 5.5% pada tahun 2020”.


TSGC 2021 akan menampilkan barisan ahli perniagaan ternama dan individu-individu berpengaruh untuk berkongsi pendapat mereka tentang masa depan industri pelancongan. Antara individu tersebut termasuklah Che' Puan Juliana Evans - Pelakon, Selebriti, dan Duta Kempen Pusing Selangor Dulu” Tourism Selangor, Jazeman Jaafar - Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Chef Zam - Chef Selebriti Malaysia. Personaliti utama dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), dan ShopeePay akan turut hadir pada hari Acara. Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk 'Pelancongan Digital 4.0 dan E- Dagang’, 'Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik', 'Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan', 'Pelancongan Sukan', 'Pelancongan Kreatif dan Industri Filem', serta 'Dialog Pelancongan Tahap C'.

'Pusing Selangor Dulu Travel Fair' akan berlangsung sebelum TSGC 2021 daripada 3 sehingga 5 Disember dari 10 pagi hingga 10 malam di Concourse Square, Paradigm Mall. Ruang pameran dibuka untuk kunjungan para pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya. Acara ini akan menawarkan pakej pelancongan eksklusif serta pameran oleh MAS Golden Holidays, Jump Street Asia, SkyMirror Travel & Tours, Sunway Lagoon, dan Skytrex Adventure, Sg Chongkak. Lau Yin May, Ketua Pemasaran Kumpulan dan Pegawai Pengalaman Pelanggan, Malaysia Airlines Berhad dalam sebuah kenyataan berkata, “Sektor pelancongan domestik adalah pemangkin kepada pemulihan sektor ekonomi Negara, dalam kita beralih ke fasa endemik. Justeru, sebagai Rakan Syarikat Penerbangan Rasmi, Malaysia Airlines, bersama-sama Firefly, Mhholiday dan Journify komited untuk berganding-bahu dalam memainkan peranan yang signifikan dalam membangunkan semula sektor pelancongan Negeri Selangor, dan keseluruhan industri dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada para pelancong untuk menerokai tempat-tempat pelancongan terkemuka di Negeri Selangor. Keselamatan para penumpang kami adalah terjamin dengan pematuhan garis panduan dan protokol kebersihan yang amat dititik-beratkan semasa mereka “Fly Malaysia” bagi merakam memori indah”.


Menyusuli Konvensyen ini, pelbagai pocket events akan dilangsungkan termasuk Malaysia Tourism Council Gold Awards 2021 pada 9 Disember ini, di mana pihak Tourism Selangor merupakan Rakan Strategik bagi Acara ini. Sementara itu, permohonan bagi Geran Bantuan Kewangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Negeri Selangor kini dibuka kepada umum sehingga 31 Disember ini. Dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0, inisiatif ini adalah bertujuan untuk memulihkan serta mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor, dalam menangani impak pandemik Covid-19.

Dalam masa sama, bagi memastikan keselamatan orang ramai, penyertaan untuk TSGC 2021 adalah melalui jemputan sahaja. Walau bagaimanapun, persidangan 2 hari tersebut akan disiarkan secara langsung dari 9 pagi hingga 5 petang untuk tontonan orang ramai di www.tsglobalconvention.com. Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel info.tsgc2021@tourismselangor.my.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Pengaruh muzik K-Pop di peringkat antarabangsa ternyata terus meledak. Tahun 2021menjadi satu lagi tahun terbaik untuk muzik K-Pop dimana BTS, BLACKPINK dan ramai lagi terus menawan hati dan halwa telinga peminat di seluruh dunia. JOOX, platform muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia mengakhiri tahun 2021 dengan memberi peluang kepada pengguna JOOX untuk menyaksikan bintang K-Pop kesayangan mereka melalui penstriman siaran langsung dan video atas permintaan (VOD) dua anugerah muzik paling berprestijdi Korea iaitu 2021 Melon Music Awards (MMA) 2021, dan Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (MAMA) yang disiarkan oleh JOOX untukt ahun keenam berturut-turut.

2021 MMA.


Siapakah antara idola K-Pop kegemaran anda yang akan mencatatkan kejayaan serta mengukir sejarah sebagai artis terbaik dan paling popular 2021? JOOX membawakan MMA 2021 pada 4 Disember 2021 (Sabtu) untuk pengguna JOOX VIP Berbayar, yang akan menampilkan bintang-bintang K-Pop popular seperti 10cm, EXO's Baekhyun, BraveGirls, BTS, IU, Oh My Girl, Rosé BLACKPINK, SHINee dan TWICE bersaing antara satu sama lain untuk dinobatkan sebagai Artis Terbaik MMA! Pengguna VIP Berbayar akan dihiburkan selama 3 jam tanpa henti menerusi persembahan bertenaga oleh bintang-bintang K-Pop, dan turut sama boleh menyanyi dan menari sepuas hati di dalam keselesaan rumah sendiri, sama ada melalui penstriman siaran langsung ataupun menonton video atas permintaan (VOD).

2021 MAMA Bintang K-Pop bakal membuktikan mengapa muzik mereka menjadi fenomena global di Anugerah 2021 MAMA yang akan disiarkan secara langsung secara percuma untuk semua pengguna JOOX Malaysiapada 11 Disember 2021 (Sabtu) untuk tahun keenam berturut-turut. Jangan lepaskan acara muzik tahunan yang hebat ini daripada acara karpet merah sehinggalah ke majlis anugerah itu sendiri. 2021 MAMA akan mengukir sejarah tersendiri dimana peminat setia muzik K-Pop dapat menyaksikan penyatuan semula Wanna One, salah sebuah kumpulan K-pop ternama sedekad lalu yang akan membuat penampilan pertama sejak persembahan terakhir mereka sebagai satu kumpulan pada Januari 2019.



Acara ini akan menampilkan calon-calon popular seperti BTS, IU, BLACKPINK’s Lisa and Rosé, EXO’sKAI, BAEKHYUN, D.O., Kang Daniel, AESPA, ITZY, ENHYPEN, TXT, DAY6, NCT 127, SEVENTEEN, TWICE dan ramai lagi. Siapakah di antara BTS, Stray Kids, NCT 127, NCTDream, Seventeen, dan TXT yang akan akan dinobatkan sebagai Kumpulan Lelaki Terbaik tahun ini? Dan siapakah yang akan muncul sebagai pemenang dalam kategori Kumpulan Wanita Terbaik, adakah Twice, Red Velvet, ITZY, Oh My Girl, (G)I-DLE, atau Brave Girls? Ketahuinya di MAMA 2021yang menampilkan hos wanita pertama iaitu ikon K-Pop, Lee Hyori. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi 2021 MAMA. Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX, menyatakan,“K-Pop ternyata mencatat sejarah tersendiri dan terus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu genre muzik terbaik dunia tahun ini, dengan membawa lebih ramai artis K-Pop ke peringkat global. Oleh kerana itu, JOOX sangat berbesar hati dan bangga apabila berpeluang untuk membawakan penstriman secara langsung dan video atas permintaan (VOD) dua anugerah muzik berprestij dan yang paling dinanti-nantikan iaitu Anugerah MMA dan 2021 MAMA kepada peminat K-Pop di seluruh Asia.Kami tahu bahawa pengguna JOOX tidak akan pernah merasa puas dengan K-Pop,maka kami disini sentiasa komited untuk memberikan muzik dan hiburan terbaik yang digemari oleh mereka.”

Jangan terlepas lagu, konsert dan acara K-Pop terkini dan yang terhangat! Nikmati muzik K-Pop dan antarabangsa kegemaran anda serta persembahan secara langsung pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX padaApple App Store dan Google Play Store. Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


 
      Aku cuba untuk mendekat
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan, sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandinganDengan dirimu
Aku ingin kemesraan

Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan
Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati

Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan, sepi tanpa berteman
Kedinginanmu kerana malam

Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu
Usah biar malam tak berteman

Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini
Andai aku merajuk bawa hati

Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan?
Pasti kita berdua
Kita berdua


Kita berdua, oh-oh
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Aktiviti merokok pada masa ini sememangnya sudah sebati dalam beberapa kalangan dari kita malah ada yang ianya sudah menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Separuh nyawa mereka boleh dikatakan hilang sekiranya tidak merokok walaupun baru beberapa jam sahaja. Tabiat merokok ini juga dianggap sebagai satu lambang maskulin atau kehebatan bagi sesetengah orang. Pasti pelbagai persoalan sedang bermain-main di minda korang kan bagi yang tidak pernah merokok ini.

Pasti korang ingin tahu....

Kenapakah keadaan seperti ini terjadi?

Bagaimana untuk atasi tabiat seperti ini?

Sekarang jom aku nak terangkan dengan korang apa bahan yang terkandung di dalam rokok apakah kelemahan atau keburukan bahan-bahan ini. Sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan kimia di dalam rokok tetapi di sini saya hanya terangkan beberapa bahan yang sering kita dengar dan popular. Antaranya ialah Nikotin, Tar dan Karbon Monoksida. Sebenarnya bahan-bahan di dalam rokok adalah berbahaya dan boleh memudaratkan.Kandungan bahan-bahan ini adalah beracun dan ianya terhasil apabila proses pembakaran berlaku serta menyebabkan perubahan kimia terhadap sebatian semula jadi di dalam tembakau.




Nikotin

Nikotin merupakan bahan yang terkandung di dalam rokok. Kajian menunjukkan nikotin adalah penggalak kepada pertumbuhan kanser. Sebenarnya Nikotin ini akan meransang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa itu Dopamin? Dopamin adalah satu hormon yang akan menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja apabila mengambilnya. Dari hal ini lah yang menyebabkan orang ramai suka mengambilnya dan ada sesetengah orang menjadikan rokok ini sebagai sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup

Tar

Tar pula adalah antara bahan kimia yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan boleh menyebabkan kanser apabila asap rokok memasuki paru-paru, tar terus membentuk kepada suatu lapisan melekit di dalam paru-paru dan boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema (iaitu penyakit kronik yang melibatkan kerosakan pada kantung udara paru-paru), atau masalah paru-paru yang lain.

Karbon Monoksida

Karbon monoksida adalah sejenis gas toksik, yang mana ia turut dihasilkan ketika rokok dibakar. Gas toksik yang dihasilkan ini mengambil tempat oksigen dalam darah kita dan terus memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih laju dalam membekalkan oksigen ke seluruh badan. Keracunan karbon monoksida ini turut boleh menyebabkan kepeningan, kekeliruan serta kesukaran untuk bernafas. Buat pengetahuan korang, kemudaratan yang dibawa oleh asap rokok itu bukan terhad kepada perokok, tetapi ia juga kepada orang di sekitar korang dan biasanya ahli keluarga terdekat. 


Pembakaran rokok sememangnya berbahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini berikutan, asap yang terhasil daripada pembakaran rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun. Jadi beralihlah kepada produk alternatif seperti rokok elektronik (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heat-not-burn alternative), asap (heat-not-burn alternative). Antara Contohnya, peranti tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran.

Alternatif ini mampu memenuhi kepuasan di dalam kalangan penggunanya malah ia dipercayai lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan rokok. Ini adalah kerana produk-produk baharu ini tidak bergantung kepada prinsip pembakaran dan tidak menghasilkan asap. Berdasarkan prinsip dipanaskan dan bukan dibakar (heat-not-burn), peranti tembakau yang dipanaskan ini cuma memanaskan tembakau untuk membebaskan nikotin dalam bentuk wap. Ini adalah salah satu cara alternatif yang korang boleh gunakan untuk mengurangkan pembakaran rokok. Walaupun ianya tidak sepenuhnya bebas daripada risiko, tetapi produk alternatif ini dikatakan pilihan yang tetap daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok adalah untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok


Di samping itu, korang juga boleh mencuba penggunaan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan ketagihan kepada merokok. Antaranya adalah ubat-ubatan seperti nicorrette yang ada dijual di pasaran sekarang serta beberapa produk lain lagi yang korang boleh dapati bagi mengurangkan ketagihan melampau terhadapa rokok ini. 

Jadi pilihan adalah di tangan korang dan hanya korang yang perlu menentukan sendiri untuk berhenti ataupun tidak. Sudah jelas merokok itu merbahaya dan ianya perlu ditangani dengan segera. Dorongan dan motivasi perlu diberikan bagi mereka yang ingin dan sentiasa berusaha untuk berhenti ketagihan merokok ini. 

Sumber: 
  • http://repo.uum.edu.my/28243/1/JPS%2020%202017%20151%20169.pdf
  • https://eohsmy.wixsite.com/eohsmy/post/copy-of-international-women-s-day-2-000-march-downtown
  • https://mdpi-res.com/d_attachment/ijerph/ijerph-17-00409/article_deploy/ijerph-17-00409.pdf




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ▼ 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ▼ November (7)
      • SAFI YOUTH GOLD (SYG) MAMPU MENGANJALKAN KULIT DA...
      • KEMUDARATAN MEROKOK DAN ALTERNATIF UNTUK MENGHIND...
      • LIRIK LAGU KELENTANG KELENTONG | HAEL HUSAINI
      • TOURISM SELANGOR ANJUR KONVENSYEN GLOBAL BAGI MENE...
      • JOOX meraikan muzik K - Pop dengan membawakan siar...
      • MALAM SEMAKIN DINGIN-TAJUL & AFEQ SYAZWAN
      • Bahayanya Kandungan Di Dalam Rokok Dan Cara Menghi...
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    3 days ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    5 days ago
  • Marshaliza
    Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector
    2 weeks ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nurfuzie.com
    Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    2 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    2 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    5 weeks ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates