Memukau bak Sakura - Fanbo Serlahkan Seri Setiap Wanita di Musim Perayaan ini

by - 00:15


Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit anda adalah amat penting. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering merupakan antara cabaran bagi produk tersebut, dan kini dengan penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal hebat sebagaimana semasa mula memakainya.


Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya, supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.


Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.


Precious White: Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.



Pancake Powder: Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB – ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.




Pensel kening: Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama. 

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.


Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa”.

Produk-produk Fanbo ini boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di  
















You May Also Like

2 Comments