facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.
Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur. 


Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.


Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang  sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.   



Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG 
BOLOGNESE & AGLIO OLIO

Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli


Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli. Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah. 
  • https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Bolognese-Pack-(4packs)-i.158877390.3229754836 
  • https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Aglio-Olio-Pack-(4-packs)-i.158877390.7629591628


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments


Hasil tinjauan menunjukkan dua daripada tiga wanita tidak cukup tahu mengenai Zon-V mereka sendiri
Permainan-atas meja pertama dilancarkan, untuk memecahkan tabu dan mendidik wanita mengenai Zon-V, dengan senario sebenar untuk meraih keyakinan sosial.
Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.
Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Libresse® baru-baru ini, menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai Zon-V di kalangan wanita Malaysia amat rendah, dengan 69 peratus tersilap mengenalpasti sebahagian diagram sistem reproduktif wanita. Tambahan pula, 63 peratus responden berkata mereka tidak pernah melihat dan tidak pasti apa itu vulva. Tinjauan itu juga mendapati empat daripada 10 wanita berasa tidak selesa menggunakan perkataan ‘faraj’ dalam perbualan, yang meneruskan lagi budaya tabu terhadap perbualan mengenai Zon-V.

Hasil tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang pengetahuan yang signifikan, yang mana boleh menghalang wanita daripada mengambil tindakan sewajarnya apabila berhadapan dengan masalah biasa seperti jangkitan atau menyebabkan kelewatan dalam mengenalpasti simptom masalah kesihatan yang serius.
Untuk membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan berkaitan Zon-V, Libresse® berganding bahu bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Patricia Lim Su-Lyn untuk memberikan maklumat berwibawa mengenai kesihatan Zon-V dengan cara menarik dan menyeronokkan, dengan pengalamannya dalam dunia perubatan dan pemahamannya terhadap kesihatan Zon-V melalui kempen digital dan inisiatif Pendidikan yang sedang dijalankan.
Untuk menarik lebih ramai wanita dan mengalakkan kesedaran berkaitan Zon-V, Kempen “KNOW YOUR V” memperkenalkan ‘The V Game’. Permainan atas meja interaktif yang julung kali diadakan ini akan diberikan melalui media sosial, di sekolah, dan di pusat beli-belah. Dirancang untuk menggalakkan perbualan mengenai Zon-V di kalangan wanita dari semua peringkat umur, pemain akan mengambil peranan dalam situasi harian yang dihadapi wanita, daripada haid bulanan kepada perbualan mengenai kesihatan Zon-V. Permainan ini akan memberi panduan dan solusi kepada pemain yang membantu mereka menyelesaikan situasi berkenaan, di samping menyediakan fakta bagaimana wanita boleh menjaga dan menyayangi diri mereka, termasuklah penjagaan sewajarnya untuk Zon-V.
Selaris dengan usaha untuk mencapai seramai mungkin wanita, Dr Lim menyokong usaha kempen ini mendidik wanita supaya mereka akan menjadi lebih bermaklum dan proaktif terhadap kesihatan Zon-V sendiri.
“Ilmu adalah kuasa, dan wanita perlu dididik dari awal usia untuk menjaga kesihatan Zon-V mereka sendiri - tiada sesiapa yang boleh melakukannya untuk mereka. Ini termasuklah mencatat kitaran haid setiap bulan dan sebarang kelainan, melakukan pemeriksaan faraj sendiri dan berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan tahunan,” kata Dr Lim.
“Ia adalah sebabahagian daripada badan anda, anda tidak perlu rasa malu untuk memeriksanya sendiri dan memberi kebenaran kepada pakar ginekologi memeriksa Zon-V anda. Anda perlu tahu bagaimana rupanya apabila ia dalam keadaan sihat, dan menyedari jika ada sesuatu yang tidak kena. Berjumpa pakar ginekologi hanya ketika hamil atau mendapat jangkitan seperti dilakukan kebanyakan wanita sebenarnya tidak cukup. Saringan kesihatan seperti Pap Smear sangat penting untuk mengesan masalah kesihatan yang boleh berlaku lebih awal. 
Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen dan akitiviti “KNOW YOUR V” Libresse®, sila kunjungi www.libresse.com.my atau ikuti Libresse® di media sosial di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_My).

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

KUALA LUMPUR - Anda mungkin fikir kegilaan boba telah pudar di Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ini muncul pula, apabila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.


Keluaran terkini ini lebih dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu! #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.


Produk ini juga melambangkan pengalaman pertama jenama Wall’s, kerana ianya merupakan kolaborasi pertama di antara Wall’s dan Tealive, disamping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu untuk menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim. Kolaborasi ini juga semestinya memberikan kenikmatan dan menjadi penaik semangat buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ini, dimana kami semua boleh #BobaJeLAH dan menikmati kemanisan hidangan kegemaran ini tidak mengira tempat dan waktu!



Jadi apa yang anda tunggu lagi? Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream kini hanya boleh didapati eksklusif secara pra-pesanan melalui atas talian dari 28 hingga 30 April 2020 di Tealive: 

● https://tealivehq.beepit.com/ordering/ (KL, Bangsar, Mont Kiara, Damansara, PJ, Subang, Shah Alam)

● https://tealivehq2.beepit.com/ordering/ (Klang,Cheras, Putrajaya, Cyberjaya & the rest of Klang Valley)


#WallsBobalicious bakal dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang. Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).




Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ▼ 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ▼ May (3)
      • VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUN...
      • Libresse® Memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” untu...
      • Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kola...
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates