facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Virus Wuhan atau nama lainnya, SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact atau interaksi yang dekat dengan individu yang telah dijangkiti. Virus ini telahpun membunuh berpuluh ribu individu di seluruh dunia. Virus yang berasal dari kota Wuhan, China ini dipercayai berasal daripada amalan masyarakat China di Wuhan yang menjadikan bintang eksotik seperti ular dan kelawar sebagai makanan mereka. Dari hari ke hari, virus Wuhan ini terus menghantui dunia dan telah melumpuhkan bukan sahaja China, malah Korea Selatan dan yang terkini memporak-perandakan masyarakat di Itali, Iran, Sepanyol, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Norway dan Jepun. 

Perintah berkurung dan kawalan pergerakan telahpun dijalankan oleh beberapa negara yang paling terjejas ini bagi membendung penularan virus ini. Pada awal kedatangan virus ini ke Malaysia, ia masih lagi terkawal dan dikatakan dapat dibendung. Malah, rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perpindahan kuasa daripada Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional dan terlupa sebentar ancaman wabak COVID-19 ini kepada negara. Walaubagaimanapun, gelombang kedua wabak COVID-19 ini adalah sesuatu yang tidak boleh diendahkan.


Kebimbangan ini tentunya meresahkan rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah, menerusi perutusan beliau pada hari Isnin, 16 Mac 2020 mengarahkan agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, pertama seumpamanya yang pernah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah perintah berkurung ataupun darurat tetapi lebih kepada satu bentuk inisiatif untuk menjarakkan hubungan sosial. Oleh kerana itu, semua premis kerajaan dan swasta telah diarahkan ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting, termasuk peruncitan dan bekalan makanan.

Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia juga ditegah meninggalkan negara. Oleh kerana perintah ini bukanlah lockdown atau perintah berkurung, warga tidak berhadapan sebarang sekatan untuk bergerak di dalam Malaysia. Sebarang perhimpunan keagamaan, sosial dan sukan wajib dibatalkan atau ditunda. Pelancong asing pula disekat daripada memasuki tanahair. Sekiranya ada yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini, pegawai-pegawai yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ini boleh meminta bantuan pihak polis dalam memastikan kelancaran penguatkuasaanya, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, akta yang sama. Rakyat perlulah saling tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri, berfikir secara matang dan memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam mengharungi dugaan ini. Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. Dengan kerjasama semua, Malaysia akan berupaya untuk pulih seperti sediakala. 

Hari ini merupakan hari ke 7 Perintah Kawalan ini dilaksanakan, nampaknya masih ada rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak mengendahkan perintah kawalan ini wala pelbagai inisiatif kerajaan telah dibuat. Masih ada ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk pulang ke kampung. Bantuan tentera juga telah dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam pelaksanaan ini dan juga jalan-jalan utama ke luar masuk seperti Toll Jalan Duta, Toll Air Keroh dan Toll Sungai Besi telah di tutup melainkan dengan membawa surat pelepasan oleh majikan atau surat dari pihak berkuasa. 



Untuk meringankan beban rakyat ini dan mengurangkan rakyat untuk terus keluar membeli belah barangan keperluan keluarga, Vit Makanan Sdn Bhd pengeluar makanan mee segera Malaysia yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1975 iaitu 45 tahun yang lalu, telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghantaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dengan membeli produk makanan mee kering dengan penurunan harga yang mendadak. Ini kerana menurut Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd En Y.T Lai atau lebih dikenali sebagai “NoodlesMan Malaysia”, ‘ini cara Vits untuk berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits selama 45 tahun dan dengan rasa cintakan negara’, diharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kesesakan di pasaraya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk sama-sama ingin membanteras virus ini. 

“Produk istimewa ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini. Pada saya, waktu getir ini bukanlah masa untuk kami di Vits membuat keuntungan, rugi sedikit tapi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia’, katanya lagi.



Promosi boleh didapati di pautan di bawah ini:- 

Klik Sini ----))) VIT'S

Selain itu juga Vit Makanan Sdn Bhd juga telah menyalurkan bantuan makanan kepada pihak hospital kepada Hospital Kuala Lumpur dan pelbagai lagi untuk mengurangkan masa mereka untuk makan agar mereka terus kuat dan tabah melawan virus ini.




Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.

Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.

Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.



EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 

Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.



EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.


EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.


*Harga termasuk 6% SST.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!


Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. 

Macam-macam boleh kita beli dengan 
RM3,000 kan?

Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!

Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui:

1) Website www.sofearose.com
2) Facebook @sofearose 
3) Instagram @sofearose_hq 
4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar

Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow! 

Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut. 


Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua.


Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.


Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat!


Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : ROS10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog zya ni saja. Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ▼ 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ▼ April (3)
      • PENGHANTARAN PERCUMA DAN POTONGAN SEPARUH HARGA IN...
      • Proses menanggalkan solekan kini lebih mesra kulit...
      • WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE!
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates