Restoran D.I.Y Pizza Pertama di Utara | Slim Pizza Sungai Petani Kedah.

by - 11:01


Salam sejahtera semua, kali ini aku nak kongsi pengalaman aku ke sebuah restoran yang agak unik bagi aku dan tak pernah jumpa di mana-mana lagi setakat ini. Restoran yang aku pergi ini nama dia Restoran Slim Pizza dan kenapa nama dia diberi Slim Pizza? Ha nak tahu kena la rajin baca entri aku ni sampai habis yer lepas tu terus ajak kawan-kawan dan keluarga pergi tempat ini. Slim Pizza diberi nama adalah kerana pizza di sini semuanya dalam saiz yang comel-comel dan bukan jenis pizza yang besar-besar macam selalu korang jumpa tu. Selain itu, apa yang menarik lagi di Slim Pizza ini ialah korang dikehendaki untuk D.I.Y sendiri pizza ini. Menarik wei serius aku tak pernah terpikir akan wujud restoran seperti ini di Malaysia. Pendek kata idea orang ini memang kreatif dan sempoi, bangga bila ada bangsa sendiri yang mampu menghasilkan perniagaan yang jarang dijumpa. 

Restoran Slim Pizza ini cara dia sama macam kedai steambiat yang selalu korang pergi yang mana korang perlu mengambil sendiri bahan-bahan yang disediakan oleh pihak restoran mengikut citarasa kita dan setelah itu kita perlu menghias dan membakarnya sendiri. Masa untuk membakarnya juga tidaklah begitu lama. Jom kita tengok keadaan restoran ini dan menu apa yang lagi yang disediakan di Restoran Slim Pizza ini. 


Kaunter Bayaran


Suasana dalam restoran 


Suasana dalam restoran


Suasana dalam restoran

Setiap makanan disediakan di bahagian kiri restoran dan korang boleh memilih topping mengikut citarasa korang (tetapi dinasihatkan jangan tamak ambik terlalu banyak nanti tak habis kena bayar ok).


Diruangan ini terdapat cheese mozarella, sos blackpaper, sayur-sayuran, sosej, ayam, daging, ketam dan sebagainya. Korang bolehlah pilih topping apa yang korang berkenan untuk diletak dan dihiaskan di atas pizza korang nanti.


Roti Pizza

Selain dari pizza, di sini juga terdapat makanan sampingan yang lain seperti spagetti carbonara, spagetti bolognese, mushroom soup, nasi arab, buah-buahan, ayam goreng, dan nugget. Sekiranya korang bawa mak ayah korang yang tidak makan pizza mereka boleh makanan sampingan yang disediakan ini dan kanak-kanak pun turut sama boleh makan ayam goreng dan nugget. Restoran ini sebenarnya dibuka dan target market dia adalah satu keluarga kerana pemilik ini sendiri mahukan hubungan kekeluargaan itu semakin erat dengan adanya aktiviti seperti ini yang mana kita masak dan makan bersama tanpa mengira peringkat umur dan usia. Sebenarnya kana-kanak pun turut boleh join bersama-sama untuk menghias topping pizza mengikut kreativiti mereka. Di sini kita boleh nampak hubungan kekeluargaan itu semakin erat. 


Roti Garlic (cicah dengan mushroom soup)


Mushroom Soup


Carbonara 


Bolognese


Spagetti


Sudut buah-buahan, ayam goreng dan nugget


Pelbagai jenis air disediakan.

Untuk melihat dengan lebih jelas dan bagaimana untuk korang masak, makan di sini korang boleh rujuk video di bawah ini. Korang jangan risau kalau tidka tahu langkah-langkah untuk cara membuat topping masak dan sebagainya kerana mereka di Slim Pizza akan mengajar korang satu persatu. Dalam video di bawah ini ada ditunjukkan caranya dan tengoklah hasil tangan aku yang pertama kali ke sini (hahaha)


Sekiranya korang berminat untuk datang kesini korang boleh rujuk maklumat seperti di bawah dan korang pasti tidak akan menyesal datang ke sini. 


Alamat:-
Restoran Slim Pizza
15, Jalan Kampung Baru, 
Kampung Kepala Bukit, 
08000 Sungai Petani, Kedah

Hubungi:- 

Facebook:- 

Instagram:-









You May Also Like

2 Comments