facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Sedarkah anda bahawa golongan yang telah menamatkan zaman pengajian di peringkat universiti baik universiti awam mahupun swasta semakin meningkat. Anggaran jumlah penganggur juga melebihi daripada 700,00 orang dan mereka kini sedang mencari jawatan kosong 2020. Sebenarnya kadar pengangguran di negara kita kian meningkat disebabkan oleh tawaran gaji yang sangat rendah oleh sesebuah syarikat dan ianya sangat tidak berbaloi dengan skop kerja yang diberikan. Jawatan kosong di negara kita ini sebenarnya banyak tetapi cuma kita sendiri yang tidak tahu dan mungkin pengiklanan dia tidak ramai yang tahu sahaja. Kalau korang nak tahu, terdapat banyak platform untuk carian kerja yang korang boleh cari, antaranya Antara jawatan yang kerap dicari termasuk jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp. 

Jawatan-jawatan kosong ini adalah antara paling ramai orang minat dan tercari- cari. Kemungkinan juga jawatan kosong ini kerjanya yang menarik dan gajinya adalah setimpal dengan pekerjaan. Di samping itu, mungkin juga ada sesetengah yang minat untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira gaji dan wang ringgit. Ragam orang ini kita tidak dapat sangkal kerana ada yang tidak kisah dengan bayaran gaji dan skop kerja yang diberi dan ada yang jenis memilih untuk gaji yang tinggi dan setaraf dengan pendidikan yang diperolehinya. Ini adalah terpulang pada individu itu sendiri untuk mencorakkan masa depannya sendiri. Tetapi selagi kita diberi peluang rezeki teruslah mencuba dan jangan sesekali menolaknya kerana dari situ korang akan mula melangkah untuk maju ke arah seterusnya untuk kerjaya anda. 

Jadi, bagi mereka yang mahu mencari jawatan kosong, korang bolehlah lawati portal KerjaKosong.Co  dan tengok sendiri jawatan kosong yang anda minati dan bersesuaian dengan kelayakan korang. Di dalam portal jawatan kosong ini juga terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta. Jadi korang kena rajin meluangkan masa untuk mencari dan melihat sendir jawatan kosong yang dikeluarkan di portal ini. Untuk mencari rezeki korang tidak boleh malas jadi permulaan pencarian kerja ini korang kena bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya.



Selain itu, pencarian kerja anda akan menjadi lebih mudah dengan adanya laman web ini. Laman web ini memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat, dan berserta tips mudah dapat kerja. Sekiranya korang terlibat dengan panggilan temuduga untuk pertama kali maka di portal ini juga akan diselitkan beberapa tips yang bermanfaat untuk meyakinkan anda melangkah untuk panggilan temuduga tersebut. Dalam portal ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai kerjaya sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta.

Selalunya bila korang selalu search google mencari laman web pekerjaan, korang mungkin bengang dan kecewa kerana terlalu banyak laman web yang pelik-pelik yang "kononnya" memaparkan jawatan kosong yang terkini, padahal jawatan tersebut tidak wujud atau sudah tamat tarikh permohonan dan kadang itu adalah broken link yang sengaja diwujudkan untuk korang buka tetapi tiada satu pun iklan mengenai jawatan kosong yang sebenarnya.



Jadi kalau korang tak nak pening-pening kepala, pastikan korang hanya semak jawatan kosong di laman web KerjaKosong.Co ini sahaja ye! Jangan lupa bookmark portal kerja kosong ini dan selalu check setiap hari.

Sekian sahaja perkongsian hari ini. Diharapkan anda dapat mencari pekerjaan dengan mudah melalui portal rasmi jawatan kosong yang di kongsikan.



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Bila tengok orang pergi travel sana-sini ni terus terasa macam nak pergi travel juga dan tempat yang paling aku dok idamkan ialah Kota Paris. Dari kecik dah teringin nak ke sini dan harap impian ni terlaksa bagi tahun 2020 ni.  Paris yang sangat terkenal dengan kota cinta ini sudah tentu menerima ramai pelancong dari seluruh dunia untuk berbulan madu bersama pasangan atau membawa keluarga untuk meluangkan masa bersama. Keindahan panorama yang berlatarbelakangkan Eiffel Tower ini sudah pasti menjadi kewajipan setiap pelancong yang datang bercuti ke kota terkenal ini. Terdapat juga tempat-tempat bersejarah dan muzium-muzium tekenal yang sering menjadi tumpuan pelancong sehingga ke hari ni. 

Kalau korang dah ada niat nak melancong ke Paris, apa yang korang boleh lakukan? Bagi permulaan ini  selalunya korang kena survey dari awal tiket fligh, sebab lagi awal, lagi murah. So korang kena tetapkan dulu tarikh bila korang nak pergi. Zaman sekarang ni banyak dah platform yang korang boleh guna untuk survey tiket flight dan salah satu yang aku boleh cadangkan ialah korang gunakan platform Traveloka. Sebabnya Traveloka sekarang dah mula buat penawaran harga penerbangan untuk kebanyakan destinasi yang terkenal di seluruh dunia dan salah satunya ialah Paris. Selain itu, untuk ke Paris pulak, terdapat banyak syarikat airline yang korang boleh bandingkan. seperti Qatar, Emirates. Kalau korang nak murah sikit dari tu korang boleh cuba tengok Singapore Airlines online promo ke, kot la mana tau memang korang dapat tiket murah nak ke Paris. Tercapai jugak hajat korang. Anniversary tahun depan dah boleh gerak dah. Haa. Plus makanan yang disediakan dalam flight pun boleh tahan jugak sedapnya. Tak ada la korang mood swing dalam flight. Kalau nak short vacay dalam negara pun korang boleh cuba bandingkan flight tiket bagi syarikat airline yang ada di dalam platform Traveloka. Contohnya untuk cheap Kuala Lumpur to Penang flights ke. Yang ni korang tak perlu tunggu lama kerana dapat sahaja tiket murah hujung bulan dah boleh gerak. Korang boleh pergi pekena char kuey teow dengan nasi kandar. Uih. Lazat wei menelg terus air liur. Haha

Okay lah. Kalau korang dah make up your mind to visit Paris in the future, sudah tentu makanan bakal menjadi keutamaan korang sebab kita ni muslim kena la cari yang halal. Takkan nak main makan je apa yang ada kan? Baru la tak was-was dan dapatla bercuti dengan aman. Bak kata pepatah melayu, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut? Senang hatiii. So saya share beberapa restoran halal yang korang boleh terjah masa kat Paris nanti. Jom start

The Jumeyrah


Korang dah sampai di Paris nanti pasti nak merasa masakan ala Perancis? Ini adalah salah satu restoran yang korang boleh kunjungi. Menu-menu yang ada kat sini semuanya halal dan dimasak dengan gaya perancis. Restoran ini terletak di 101 Rue Saint Maur 75011 Paris. So kalau korang datang berpasangan, nak romatik sweet sweet gitu, korang kena dinner kat sini. Set up restoran ni memang untuk orang bercinta. Haa

Le Petit Gourmet


Restoran ni jugak ada menyajikan hidangan-hidangan seperti ala Perancis. Sama je dengan restoran yang tadi cuma restoran ni dessert dia lagi sedap dari yang atas tu. Selain itu, untuk menu Perancis yang disediakan, ia menggunakan bahan-bahan seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan pelbagai salad yang segar bagi menyegarkan lagi hidangan korang tu. Suasana dalam restoran ini akan buat korang rasa tenang untuk makan dan menikmati hidangan Perancis korang tu.

Restaurant Nur Malaysia Paris


Haa. Korang tengok nama dia. Ke mana saja pergi tapi korang memang tak boleh lari dengan tekak asli Malaysia tu, meh ler datang ke restoran ni. Kita bawak Malaysia masuk Paris. Korang boleh dapatkan menu-menu kebiasaan yang korang makan kat Malaysia, tetapi bersuasanakan kota Paris. Pergh. Nikmat dia lain macam oi. Antara menu yang ada di kedai ni ialah Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Beriani, Nasi Ayam, Bubur, Roti Canai pun ada wei. Nikmat tuhan mana lagi yang kita dustakan. Cewahhh. Hahaha

Asian Touch

Restoran Asian Touch ni pula menghidangkan makanan-makanan dari Asia. So bukan la semua original dari Malaysia. Cuma rempah-ratus yang digunakan tu kebanyakkannya dari Asia dan cara masakan pun dari Asia. Apa pun, rasanya pasti takkan lari jauh. So kalau korang nak datang makan kat restoran ni pun tak ada masalah. Menu yang ada kat restoran ni nasi berlaukkan ayam, ada sushi, ada popia goreng dan banyak lagi makanan-makanan dari Asia. So lari la sikit dari masakan ala Perancis.

Épicerie libanaise "Les Délices d'Orient"


Seterusnya, restoran ni special sikit bagi aku. Tapi ni bukan restoran tau sebab ini adalah kedai yang menjual bahan-bahan masakan seperti daging, ayam, maksudnya bahan mentah untuk korang kalau korang nak memasak. Sebab ada je yang melancong dan boleh memasak kat tempat penginapan. So kalau korang nak cari bahan mentah, korang boleh ke kedai ni. Terletak di tengah-tengah kota Paris dan terdapat ramai orang islam yang membeli barang di sini. Jadi korang yang jenis suka masak sendiri boleh la cari kedai ini untuk membeli bahan mentah.

Jadi ini adalah beberapa tempat yang sempat aku cari dan aku kongsi di sini dengan korang untuk beberapa restoran dan kedai halal yang korang boleh datang menyantap makanan bagi mengenyangkan perut korang tu. Macam aku cakap tadi, perut kalau tak kenyang, tak puas, memang mood pun boleh lari woo. Apa pun ikut pada tekak korang la nak makan apa. Bagi aku bukanlah namanya melancong kalau tak rasa masakan dari negara dorang kan. Tapi apakan daya, tekak melayu tak boleh lari lama-lama sangat. Mesti akan rindu nak rasa masakan melayu. Haha. Okay lah gais. Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat bercuti semua.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera di sini saya nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang menampilkan pelbagai menu makanan yang menarik dan best untuk korang cuba. Tempat makan ni bagi aku sangat unik kerana ia bercirikan barber cafe. Kalau korang tak perasan mesti korang pikir situ hanya ada kedai gunting rambut sahaja bukan cafe. Aku yang pertama kali pergi pun kula rasa macam salah masuk kedai dah tapi ternyata tempat yang aku masuk tu betul sebab cafe ini terletak di tingkat atas. 

Pertama kali aku jejak sini aku rasa kagum dengan dekorasi dan konsep cafe ini yang bagi aku memang hipster habis. Bagi yang suka bergambar untuk dimuatnaik dalam instagram sini adalah satu tempat yang patot korang datang. 

Sekarang jom kita tengok pula menu yang aku dah cuba di sini. 


Menu-menu 



Kentang goreng yang mana kentang dan sos ini dibuat sendiri dan serius cakap sedap dan sangat lain dari tempat lain dan dia buka sejenis kentang goreng biasa kita jumpa di kedai-kedai tu. Aku rekeman sangat untuk korang cuba. 





Burger ayam dan lembu homemade. Ok untuk burger ni pun aku sangat rekeman untuk korang cuba sebab dagingnya yang dibuat sendiri dan apa yang best lagi burger dorang memang tidak menggunakan sos cili langsung tapi rasa dia pedas memang padu.




Carbonara Ayam dia pun memang padu dan tak muak langsung kalau korang cuba. Carbonara ini telah diolah dan sangat kena dengan tekak melayu kita ni.




Chicken Chop Black Papper. Perghhh ni satu menu yang buat aku teringat-ingat sebab aku ni cukup payah nak makan chicken chop yang kena dengan tekak aku sebabnua selalu dapat ayam yang jenis berminyak dan buatkan aku lebih memeilih grill dari yang goreng ini. Tapi dekat sini korang jangan risau sebab ayam dia langsung tidka berminyak dan ramuan rempah yang dibuat sendiri membuatkan chicken chop black papper ni satu menu yang korang wajib cuba.



Agli Olio pun ada kalau korang rasa nak makan makanan yang tidka berat. Best sedap juga sebab susah nak dapat agli olio yang cukup rasa cukup sifat dia. Selalu kalau order tu mesti rasa dia penuh dengan minyak dan chilli flake ja. Dekat sini agli olio dia aku lulus dan pasti akan repeat lagi.



Nasi arab pun ada di sini wei. Kalau tiba-tiba korang datang bawa mak ayah korang dan dorang nak makan nasi korang boleh order nasi arab ni sebabnya superb sedap wei. Nasi arab ni resepi isteri tuan kedai ini sendiri dan diingatkan nasi arab ini hanya ada pada cuti sabtu ahad sahaja.



Meatball ni pun padu wei. Kalah meatball yang terkenal orang duk p serbu sangat tu. Cukup rasa daging yang banyak dan bukan semata-mata tepung sahaja. 




Last kali aku cuba burger cendawan. Menu yang paling aku rekeman untuk korang cuba di sini. Sedap dan memang padu dan ini pertama kali aku cuba burger cendawan dan terus jatuh hati. Rasa burger ni macam makan burger ayam tapi sebenarnya cendawan. 

Suasana Cafe 










Barber (Tingkat bawah cafe) 










Ha apa lagi korang tunggu cepat-cepat pergi terjah cafe ni yang berdekatan dengan kamdar area Georgetown. Kornag boleh cari signboard cafe macam gambar di bawah ini. 
Alamat: No. 94 Lorong Kinta,10040 Georgetown, Pulau Pinang.



Sekian.





Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ▼ 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ▼ February (3)
      • KerjaKosong.Co menyediakan peluang pekerjaan sehin...
      • Aku dan Restoran Halal di Paris
      • Cafe Unik di Whizz Burger, Mins Barber Cafe di Pen...
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates