Nazeera's Penang Science Cluster Menyediakan Menu-Menu Yang Mengasyikkan
Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni aku nak share dengan korang satu tempat makan best di Penang. Kalau korang datang Penang tempat ni korang wajib cuba ok sebab memang sedap. Roti makan dengan kacang phool bukan boleh senang-senang kita jumpa. Di Penang menu ni memang terkenal sangat dan aku yang pertama kali cuba pun dah jatuh hati. Jom kita terjah menu apa yang aku dah cuba di Nazeera's Cafe hari tu.
Cafe ini terletak di Gat Lebuh China Georgetown sahaja dan sangat dekat dengan feri kalau korang dari seberang macam zya ni naik feri terus sebab lagi dekat.
Nazeera's Cafe ini menu utamanya adalah kacang phool, di samping itu terdapat juga beberapa menu lain yang diselitkan mengikut permintaan terkini yang mana makanan western menjadi permintaan pelanggan sekarang. Jadinya zya mencuba beberapa menu yang menjadi tarikan di sini.
MENU YANG BERASAKAN ROTI
Bagi penggemar roti korang bolehlah cuba menu-menu di bawah ini yang sangat rekeman untuk korang cuba.Sedap dan dijamin padu wei.
Chili Deep Set
Kacang Phool Set
Sandwic
Bagi peminat pasta pula di sini juga turut disediakan beberapa menu seperti
Huevos Racheros
Pesto Range Pasta with Grilled Chicken
Aglio Olio Pasta with Shrimp
Selain itu, terdapat juga salad yang mana memang menjadi signature di sini. Salad ni bukan sebarang salad ok, salad yang memang sedap sampai balik rumah masih teringat salad dia. Nanti nak repeat lagi untuk salad ni.
Nazzeera's Signature Salad
Pencuci Mulut
Classic New York Cheesecake
Brown Butter Banana Dessert
Minuman
Ribena Soda Float Ais
Honey Lemon Panas
Milo Float Ais
Teh O Longan Ais
Fresh Strawberry Milkshake
Smoothie Greek Yogurt Avocado
Korang dah tengok semua menu-menu di atas ni kan, so selamat mencuba. Korang tak akan rasa menyesal sebab menu yang aku cuba ni semuanya sedap dan air avocado tu first time aku cuba memang kena dengan jiwa dan anak tekak aku ni.
Sekiranya korang nak ke cafe ini kornag boleh rujuk maklumat dibawah ini.
Address :
37, Gat Lebuh China,
2 Comments