Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event 2019 | Penang.

by - 07:42


Hai semua baru-baru ni zya berkesempatan untuk menyertai Taiwan Expo 2019 di Setia Spice Convention, Penang. Taiwan Expo 2019 ini telah berlangsung pada 5 dan 6 Julai iaitu selama 2 hari di mana expo ini menampilkan pelbagai produk yang Halal dari negara Taiwan. Pernahkah korang tahu bahawa Taiwan merupakan sebuah negara yang mesra Muslim yang mana terdapat banyak kemudahan untuk umat islam bila melancong ke Negara mereka. Jadi bagi mengetahui lebih mendalam lagi mengenai industri Taiwan ini zya telah menyertai Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden dan CEO Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) iaitu, Mr. Walter M.S.Yeh dengan gimik pelancarannya VIP tiba dengan menaiki beca. Eskpo ini telah mempamerkan pelbagai makanan dan minuman halal, produk kecantikan halal dan produk pertanian halal. 



Selain itu, turut berada di dalam majlis ini ialah Mr. Nick K. Ni (Chief of Staff of Bureau of Foreign Trade BOFT), Mr Mohamad Firhan Ghouse (General Manager, Penang International Halal Hub, (Halal Penang)). Seterusnya majlis diteruskan dengan Perasmian "Mydin Taiwan Halal Food Fair" yang mana kesemua produk halal mereka ada disediakan di sini. 


Seterusnya majlis diteruskan dengan mempamerkan produk halal dan bubble tea paling terkenal di Taiwan kepada tetamu yang hadir. Setiap wakil syarikat bagi setiap produk ini diarak menaiki beca sehingga ke pentas sebelum menerangkan kelebihan produk masing-masing. Antara produk-produk tersebut ialah:-
  • FuFann Enterprise CO., LTD.
  • Kuojer Enterprise CO., LTD.
  • Kuo Jer Enterprise CO., LTD.
  • Shih Chen Foods CO., LTD.
  • Yilan Anyong Lohas CO., LTD.
  • Yung Soon Lih Food Machine CO., LTD. 
  • Anyong Biotechnology CO., LTD. 
  • Cityqueen International CO., LTD.
  • Naturalism Farm CO., LTD.
  • Union Rice CO., LTD.
Selesai sesi memperkenalkan produk-produk halal ini majlis diteruskan dengan demonstrasi masakan istimewa oleh chef selebriti Pulau Pinang iaitu Nulkarim yang akan memasak kari ikan lazat menggunakan ramuan halal dari Taiwan. Zya turut dapat merasai sendiri asam laksa ini memang sedap bukan hanya sekadar dari baunya sahaja tetapi rasanya juga memang sedap. 


Chef Nulkarim sedang membuat demonstrasi masakan.


Kari Ikan


Acar timun dan nenas Taiwan

Setelah itu kami semua dibawa ke setiap both bagi melihat dengan lebih dekat lagi setiap produk ini serta diberi penerangan dengan lebih mendalam. Zya memang sangat tertarik dengan setiap both di sini kerana mereka berjaya menunjukkan kelebihan produk mereka yang tersendiri.  


Tahukah korang sebenarnya bubble tea yang kini sedang viral itu berasal dari negara Taiwan. Zya ni memang hantu bubble tea tapi tak pernah kaji dari mana asal usul benda ni. Pada expo ini zya memang tertarik dengan bubble tea dia. Bubble dia sangat lembut dan tidak kenyal seperti yang zya pernah makan sebelum ini. 


Vip Tour ke both Kuo Jer Enterprise Co. Ltd.


Sampai tiga kali juga aku repeat bubble tea.hahahaha


Fufan Enterprise Co. Ltd


Shih Chen Food


Produk ini diberi nama 3.15 kerana waktu minum petang kita selalunya petang dikenakan dengan air teh panas, maka dengan ini terhasilnya teh 3.15pm. 


Sedap juga teh3.15pm ni. Nanti aku kongsi pasal produk ni dekat lain entri ok.


Bukan setakat produk makan dan mesin bubble tea sahaja malah terdapat produk kecantikan halal yang memang menarik peminat semua kaum wanita. Zya sangat tertarik dengan satu produk di sini dan produk tu juga zya ada dapat dalam goodies beg nanti zya kongsi dekat next entri ya. 


Produk yang mesra alam, teknologi dan pelbagai lagi both yang ada di sini dan semuanya produk hasil dari industri Taiwan. Pendek kata memang tak rugi la zya meluangkan masa setengah hari di sini bagi mendapatkan pelbagai info yang bermanfaat dan boleh dijadikan Taiwan sebagai sebuah destinasi pelancongan pada masa akan datang. 


Kalau korang nak tahu Taiwan sebenarnya telah mencapai kedudukan kelima yang terbaik untuk destinasi pelancong Muslim pada tahun 2018. Manakala pada bulan April tahun ini telah menyaksikan Taiwan telah naik ke tangga ketiga bersama dengan negara UK dan Jepun yang berada di dalam kategori yang sama. Dengan ini telah membuktikan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan oleh negara Taiwan untuk menarik pelancong Muslim dengan menyediakan bilik solat di beberapa hab pengangkutan dan pelancongan utama termasuk Taipei Station, Kaohsiung Station, Hualien Station, Taoyuan Airport, Kaohsiung Airport, dan Taichiung High Speed-Rail Station. Terdapat juga pelbagai jadual pelancongan yang mesra Muslim dan memenuhi keperluan pemakanan dan sembahyang untuk melancarkan perjalanan mereka di Taiwan. Hal ini juga membuatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin membangunkan industri halal di negeri ini bagi memperkenalkan kepada rakyat bahawa Taiwan adalah satu negeri yang perlu di kunjungi. 

Sehingga kini Taiwan mempunyai lebih dari 1000 pengilang dan kedai makan yang disahkan halal, berbanding 500 masing-masing di Jepun dan Korea Selatan. Kerajaan Taiwan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan industri halal di negara itu. Malaysia adalah negara yang mempunyai lebih dari 20 juta penduduk Muslim dan salah satu pasaran sasaran yang terpenting untuk produk halal Taiwan. Hubungan yang mesra di antara Malaysia dan Taiwan juga membuka lebih ruang untuk kedua-dua negara bekerjasama di dalam bidang halal. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Facebook : www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/
Instagram : instagram.com/taiwanexpo_malaysia
Laman web rasmi : http://mys.taiwanexpoasean.com/


Sebelum balik bergambar dulu dengan kawan-kawan media yang turut berada di dalam majlis ini. Kami semua memang enjoy untuk Taiwan Expo 2019 ini. 






















You May Also Like

2 Comments