facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS
Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan. Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:
  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! 


Tentang Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.





Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Muka ada senyum lepas dapat parcel pink dari abang kurier baru-baru ini. Untuk peminat barang Althea ni memang sentiasa ternanti-nanti produk terbaru dari mereka. Kali ini aku dan juga semua Althea Angel yang terpilih telah menerima satu produk terbaru fresh dari ladang Althea khusus buat peminat setianya. Kalau korang tengok dalam gambar di atas korang pasti sudah dapat meneka apa produk yang aku telah terima tempoh hari. Jom aku kongsi dengan korang setiap satu kelebihan produk ini. 

Antara produk yang terdapat dalam kotak pink ini ialah:-
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant & Baby Meringue Puff
Produk-produk dari Althea ni semua comel-comel sangat dan apa yang penting ianya sangat murah dan berpatutan serta sangat berkualiti. Sebab itu ramai sekarang memilih untuk membeli dari website Althea kerana terdapat pelbagai pilihan serta penghantaran juga percuma untuk dua barang dan keatas. Jom kita tengok satu persatu produk yang aku dapat ini untuk pengetahuan korang semua. Mana tahu lepas baca kelebihan setiap produk korang jadi berminat nak mencuba kan. 

ABLOOM FRUIT MASK 


Dekat tangan aku ni ada 4 jenis mask sheet yang mengandungi pelbagai perisa untuk setiap masalah kulit korang. Setiap satu itu mengandungi pelbagai kelebihan yang mampu merawat dan mengawal masalah kulit yang korang alami. 4 Jenis mask sheet ini terdiri daripada watermalon (moisturizing), avocado (nourishing), lemon line (brightening) dan juga peach (anti blemish). Masyarakat Korea memang terkenal dengan mask ini kerana bagi mereka produk ini mampu memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit mereka sepanjang hari. Mask sheet ini juga sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca kita yang kadang kala panas yang mampu mengeringkan kulit muka kita. Jadi dengan mengamalkan mask sheet ini kita mampu memberi kelembapan dan menegangkan kulit wajah kita. 

Face mask ini sangat mudah dan selamat digunakan walaupun korang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Bahan-bahan yang digunakan juga 100% natural dan kulit menjadi sihat. Cara penggunaanya juga sangat mudah iaitu korang hanya perlu mencuci wajah terlebih dahulu, kemudian apply toner pada kulit. Setelah itu amik face mask sheet ini dan lekatkan pada wajah dan biarkan ianya selama 10 sehingga 20 minit. Sambil-sambil menunggu tu korang boleh mengurut wajah korang secara perlahan-lahan dengan gerakkan menaik untuk mendapat kesan kulit yang tegang dan lebih anjal. Abloom fruit mask sheet ini boleh didapati dengan harga RM2.00 untuk sekeping dan ianya sangat murah kan serta mampu milik. 

BHA BLACKHEAD BLASTER (8G)
RM16.00 


Okay ni salah satu produk yang aku sangat suka sebabnya aku memang menghadapi masalah blackhead dan whitehead yang membiak-biak di kawasan hidung dan bila tahu dapat produk ni terus jadi excited nak guna. Sebabnya produk ini mampu membuang segala blackhead dan whitehead dengan sangat mudah tanpa meninggalkan kesan sakit pada kulit wajah korang. Selalu kita lihat produk sejenis yang peel off kan tapi kali ini produknya didatangkan dalam bentuk stick dan baunya juga sangat best dan nyaman sahaja. Dengan hanya 1 minit ia mampu bertindak dengan cepat dan membersihkan segala kekotoran serta mampu mengawal kulit korang dari breakout. 


Di samping itu ianya juga bukan untuk kulit wajah sahaja tetapi ianya boleh juga digunakan sebagai body scrub terutama sekali di kawasan siku dan kaki korang. 



Antara bahan utama yang digunakan dalam Blackhead Blaster ini ialah :- 

  • White willow
  • Charcoal
  • Apricot seed
  • Tea tree leaf oil

Cara penggunaanya adalah korang perlu membuang mekap dan mencuci muka terlebih dahulu dengan pencuci wajah yang korang guna setiap hari. Kemudian korang apply Blackhead Blaster ini secara membulat pada kawasan yang mempunya blackhead dan whitehead. Setelah itu, korang bolehlah cuci dan bilas dengan bersih. Korang boleh lihat kesannya setelah berapa kali penggunaan bergantung kepada jenis kulit masing-masing. 

A'bloom Giant & Baby Meringue Puff
RM8.00 & RM11.00


Produk yang terakhir adalah beauty tool iaitu span foundation yang super duper cute ini sebabnya ia didatangkan dalam bentuk giant yang besar dan baby untuk yang kecik-kecik. Comel sangat dan aku sememangnya pengumpul span mekap yang tegar dan banyak sudah koleksi span mekap yang aku sudah kumpul dan ini adalah koleksi terbaru aku yang sangat best kerana teksturnya yang lembut dan ringan ini sangat memudahkan urusan mekap aku dan mekap pun nampak smooth dan serata elok. 


Meringue puff ini boleh mengembang lebih besar dari bentuk asal sekiranya dibasahkan dengan air. Setelah itu, jika memakai foundation menggunakan meringue puff keadaan wajah akan menjadi serata elok dan ia menutupi sepenuhnya dari kita menggunakan jari. Diperbuat daripada bahan yang selamat dan dijamin tidak akan merosakkan kulit dengan penjagaan dan pembersihan yang baik selepas menggunakannya. Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat dapatkan di website Althea memandangkan raya pun semakin hampir tiba dan boleh cantik-cantik dengan set penjagaan dan kecantikan dari Althea.

Sekiranya korang beminat, korang boleh klik link di setiap nama produk yang bertanda merah dan ia akan membawa korang terus kepada setiap produk tersebut dan siapa yang belum mendaftar korang boleh daftar dahulu dan boleh kumpul point untuk setiap pembelian di website Althea Malaysia. 




Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Bila tiba bulan ramadhan ni mula la duk atur tempat makan sana sini, kadang tu saja la nak rasa menu yang lain dari yang lain. Saban tahun aku pasti akan datang ke The Light Hotel ini untuk merasai juadah berbuka puasa mereka yang setiap tahun berbeza temanya. Jadi rugilah kalau aku tak datang kan. Apa yang lebih menarik dan buat aku nak sangat datang sini sudah semestinya teh tarik kaw padu kot. Serius aku kalau datang The Light Hotel ni korang wajib cuba sebab nanti korang pasti repeat punya. Ok bebel banyak plak pasal teh tarik kaw padu dia ni, apa kata kita tengok menu-menu yang dorang sediakan sepanjang bulan ramadhan ini dengan tema "Khazanah Sajian Nusantara".


Sebut sahaja Khazanah Sajian Nusantara ini sudah semestinyalah menu-menu dia bercirikan lauk-pauk kampung yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan di Malaysia ini. Apa yang menarik sekalu pada kali ini signature dish dia adalah masak lemak dan pedas yang mana ia merupakan makanan tradisi dan terkenal di kalangan masyarkat Minang yang mana ianya berasal dari Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga menu-menu yang bercirikan masakan kampung style dan korang pasti akan teringat masakan mak-mak korang di kampung bagi yang berjauhan dengan mak tu boleh la korang datang sini. Sekurangnya terubat sikit rindu pada mak dikampung tu tetapi mereka bukan sahaja menyediakan menu itu sahaja kerana The Light Hotel turut menyediakan 171 menu yang mana terdapat 6 gerai masakan secara live, 6 jenis gulai kawah, 20 jenis lauk-pauk, 2 jenis nasi, dan juga lebih dari 15 jenis desserts dan sebagainya. Wei penat kalau nak cerita satu-satu menu dia memang banyak dan puas hati gila. So meh la korang cuci mata satu persatu menu yang disediakan oleh team kitchen di The Light Hotel kali ini. 


Antara Menu-menu yang disediakan oleh The Light Hotel ialah:- 

Briyani Kambing


Chicken Bukhari 


Kari Kepala Ikan



Beraneka Jenis Lauk-Pauk

Beraneka lauk-pauk seperti ketam bercili, daging lembu tenderlon dengan salutan kopi istimewa, lasagna seafood, mashed potato, nyonya fish, otak-otak, ayam bawang, dalca telur, sambal udang, kurma kambing, pajeri nenas, kerutuk kambing, dan ayam penyet.



Bagaimanapun setiap menu ini akan dirotated setiap hari sepanjang sebulan ramadhan ini. Disamping itu terdapat juga lauk-pauk kawah yang mana korang wajib cuba sebab disini terdapat masakan minang yang menjadi kebanggaan rakyat Negeri Sembilan. Antaranya adalah daging rendang nogori, gulai lemak nanas ikan talang masin, sambel gesek, gulai pisang muda, gulai pucuk ubi ikan bilis, gulai ikan sembilang salai, gulai daging salai pucuk ubi telunjuk dan lain-lain lagi. 


Pelbagai Aneka Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman dan juga Sambal Belacan.




Kambing Percik Minang


Gerai Tandoori



Gerai Nasi Ayam


Kambing Keema Dengan Roti Pita 


Tomyam Makanan Laut & Sup Gearbox


Pencuci Mulut (Buah-buahan tempatan)


Pemanis Mulut



Kuih-Muih Tradisional



Gerai Ais Kacang


Pasemboq


Rojak Buah


Pelbagai Jenis Minuman Sejuk dan Panas.



Teh tarik padu ni korang wajib cuba tau dan jangan lepaskan peluang tahun ini untuk berbuka di The Light Hotel, Penang. Pakat-pakat bawa keluarga, adik-beradik, kawan-kawan dan juga staff-staff tempat kerja untuk menjamu selera disini. Kadar harganya pula sangat berbaloi dengan menu-menu yang disediakan di sini. RM110 nett untuk dewasa dan RM88 nett untuk kanak-kanak yang senior citizen. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi number 04-3821111 atau emel ke info@thelighthotelpg.com.

Terima kasih The Light Hotel, Penang untuk menu-menu yang sangat menyelerakan ini. 



Upacara Perasmian 


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments


Korang selalu tak ke Thailand? Kalau korang selalu pergi tak sah kalau tak ke Krabi. Krabi sekarang senang nak pergi sebab korang boleh pergi naik kereta atau bas ataupun nak naik flight pon boleh tapi korang kena tempah tiket Flights to Krabi. Senang nanti kalau last minit harga tiket bak datang tuuu. Hahaha.


So apa dia sebenarnya Krabi ni? Pemandangan yang mempesonakan dan udara yang menyegarkan dapat dinikmati sepuasnya di daerah ini. Bagi korang yang berjiwa adventure pula, aktiviti dan penerokaan yang boleh dilakukan di sini hampir tiada hadnya. Disebabkan betapa hebatnya penangan alam semula jadi dan kedamaian yang ditawarkan, wujudlah beratus-ratus hotel yang terdiri daripada pelbagai jenis penginapan yang berbeza iaitu daripada yang mewah hinggalah kepada yang murah, hampir kesemuanya memiliki keistimewaan tersendiri untuk merebut hati pengunjung yang ramai. Nak tahu di mana hotel murah yang hebat di Krabi ni? Hotel yang masih baru ini, 





River Front Krabi Hotel menawarkan penginapan yang mempunyai dekorasi yang sempurna di pandangan mata. Kebersihannya juga sangat memuaskan hati. Kalau korang bercadang untuk bercuti sehingga puas di Krabi, korang boleh memilih River Front Krabi Hotel sebab ianya juga lengkap dengan kemudahan dobi dan mesin pengering, tak payahlah korang pening kepala macam mana nak buat kalau dah tak cukup baju. Fasiliti lain yang disediakan adalah kolam renang yang juga termasuklah kolam kanak-kanak. Lokasinya, walaupun tidaklah berada di tengah bandar Krabi, pihak hotel ada menyediakan tuk-tuk percuma untuk menuju ke sana dan banyak lagi lokasi lain. Tapi, sebenarnya korang boleh berjalan kaki di sepanjang sungai dalam hanya 10 minit sahaja untuk ke bandar.



Nak hotel yang hipster atau rasa macam country house sikit? Korang boleh booking hotel 3 bintang, Le Anda Boutique Hotel yang lengkap dengan taman dan ruang lepak. Korang juga boleh mengisi waktu lapang di hotel ini dengan bermain dart ataupun ping-pong. Bagi korang yang bercuti bersama keluarga, Le Anda Boutique Hotel adalah salah satu pilihan penginapan yang sesuai kerana keluasan biliknya dan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati. Dari segi kemudahannya pula, pihak hotel turut menyediakan khidmat penghantaran percuma ke kawasan bandar. Tapi nak lagi senang, korang boleh sewa motor untuk dibawa sendiri dalam harga yang sangat murah.



The Nice Krabi Hotel adalah sebuah hotel selesa yang terletak di tengah-tengah kota Krabi dan berhadapan dengan pasar segar Maharaj. Hotel ini menawarkan 21 buah bilik penginapan yang memang ‘nice’ sentuhannya, sangat moden dan didekorasi dengan pilihan warna yang sejuk dipandang. Keselesaan hotel dalam harga bajet ini juga agak melampaui batas, cukup bersih dan nyaman dari sebarang gangguan bunyi bising. Selain itu, korang juga boleh memilih penginapan yang berbalkoni untuk dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil menikmati minuman panas.




The Sasi House adalah sebuah penginapan yang penuh dengan keselesaan walaupun bermula dengan harga di bawah daripada RM90. Bilik-biliknya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Dihias dengan simple namun ini semua menambahkan lagi rasa santai korang sewaktu berehat-rehat di dalam bilik. Sambil menonton tv dalam bilik tu, korang boleh tapau sikit makanan yang disediakan secara PERCUMA di kaunter hotel yang tersedia sepanjang masa seperti air kopi, air coklat, biskut dan macam-macam jenis buah. Macam dekat rumah sendiri pula rasanyakan sebab boleh korek dapur setiap kali terasa nak mengunyah? Berkaitan dengan lokasi hotel ini, ianya terletak dekat dengan pasar malam dan gerai-gerai makanan. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat kedai 7-E kalau korang teringin nak minum air Slurpee selepas kehausan berjalan di sekitar Krabi.




Untuk pastikan korang dapat enjoy ni semua dengan at least korang jimat kat Flight korang, korang boleh pergi ke Traveloka. Kat sini korang boleh find out Qatar Airways Promotion so that korang boleh dapat promotion rate yang best. Bercuti dalam penjimatan pun best gak and korang kemungkinan dapat hasil puas yang sama. Kalau tak percaya korang try la pergi bercuti secara bajet nanti.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ▼ 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ▼ May (6)
      • Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan...
      • NEW BABY FROM ALTHEA | ALTHEA ABLOOM
      • Merasai Nikmat Berbuka Puasa Dengan Tema Khazanah ...
      • IMPIANKU BERCUTI KE KRABI BAKAL MENJADI KENYATAAN.
      • Buffet Ramadhan Yang Bertemakan Kampungku Menjadi ...
      • Semangat OKU Yang Luar Biasa Mampu Beroleh Kejayaan.
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 hours ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    4 days ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    6 days ago
  • Marshaliza
    Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector
    2 weeks ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    2 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    2 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    5 weeks ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates