facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Sempena hujung minggu ni zya nak kongsi dengan korang satu rahsia kecantikan yang diamalkan oleh ramai wanita pada zaman sekarang. Zaman sekarang ramai yang suka nampak cantik seperti orang Korea makanya semua berlumba-lumba untuk mendapatkan produk dari sana. Jadi zya juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan dan mencuba satu produk keluaran di Korea yang mana jenamanya ada Hansaegee Nature. Jenama ini sudah berada lama di pasaran dan terkenal di kalangan peminat-peminatnya yang tersendiri. 


Untuk tidak menjadi ketinggalan, zya pun mencuba satu produk pencuci ini yang diberi nama Aloe AC Bubble Cleanser. Aloe AC Bubble Cleanser ini ialah satu produk pencuci wajah yang berbentuk buih-buih yang lembut dan ringan. Zya sejenis yang memiliki kulit sensitif dan jerawat bila tiba waktu-waktunya ia akan tumbuh melata siap berkampung lagi wei. Tapi zya berani untuk guna produk ini kerana ia sangat sesuai untuk yang kulit berjerawat dan berminyak. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya pun sangat bagus, dan mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri untuk merawat masalah pada wajah kita. 

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam Aloe AC Bubble Cleanser ini ialah:- 
  • Aloe Vera
  • Tea Tree Leaf Oil 
  • Ekstrak Lavender
  • Lain-lain bahan adalah seperti 
Water, Potassium cocoyl glycinate, Sodium lauroyl aspartate, Glycerin, Butylene glycol, Aloe barbadensis leaf juice, Glycosyl trehalose, Hydrogenated starch hydrolysate, Lavandula angustifolia (Lavender) extract, Rosmarinus officinalis (Rosemary) extract, Thymus vulgaris (Thyme) extract, Mentha arvensis leaf extract, Borago officinalis extract, Salvia officinalis (Sage) leaf extract, Jasminum officinale (Jasmine) extract, Anthemis nobilis flower extract, 1,2-Hexanediol, Fragrance, Melaleuca alternifolia (Tea tree) leaf oil, CI 19140.



Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Aloe Vera ini memang sangat bagus untuk digunakan bagi merawat kulit dan mampu memberi kelembapan pada wajah kita. Selain itu, Tea Tree Leaf Oil ini banyak disebut-sebut dan diperkatakan baik untuk merawat dan mencegah masalah kulit yang berjerawat. Jadi dengan kelebihan setiap bahan ini digabungkan dalam satu adunan dan menghasilkan satu produk yang memberi pelbagai manfaat dengan cara yang mudah dan menjimatkan. Disamping itu mereka juga menambahkan beberapa bahan lain lagi mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkesan. Produk ini dijamin kualitinya bagus dan selamat untuk digunakan. Jadi korang tidak perlu risau lagi untuk menggunakan produk ini. 


Produk yang didatangkan secara buih ini sangat ringan dan lembut teksturnya, digunakan bagi merawat masalah kulit berminyak, berjerawat, kulit kering, membuang sel kulit mati serta membersih liang pori dengan baik. Produk ini akan memberi kelembapan selepas korang mencuci wajah jika dibandingkan dengan produk pencuci lain, kulit korang akan terasa kering dan tegang selepas mencuci tapi bagi produk ini tidak. Ia memberi kulit wajah menjadi segar dan lembap tanpa mengeringkan kulit langsung. 

Cara menggunanya adalah seperti berikut:-

1. Basahkan muka korang dengan air yang bersih terlebih dahulu.

2. Kemudian korang tekan atau pam sekali atau dua ke atas tapak tangan korang.


3. Setelah pam korang akan nampak buih-buih putih yang keluar setelah satu atau dua kali pam itu.

4. Lalu korang sapukan pada wajah secarat merata dan korang bolehlah membuat urutan menaik di seluruh wajah. 

5. Sambil membersih korang boleh juga mengurut-urut wajah korang dan lakukannya secara lembut sehingga diyakini bersih. 

6. Setelah itu, bilas dengan air bersih secukupnya dan korang akan dapati perbezaan sebelum dan selepas menggunakannya adalah sangat berbeza.

Zya sudah guna dan merasai sendiri pengalamannya selama 2 minggu ini dan hasilnya memang best dan zya sangat berpuas hati untuk terus menggunakannya. Sekiranya korang berminat korang boleh dapatkan produk ini di Hansaegee Nature online Store (www.hansaegee.com/shop). Kalau korang ingin mendapatkan lebih lagi maklumat lanjut mengenai produk ini korang boleh klik di sini Hansaegee Nature 


Type: Facial Cleansing Foam
Use: Face 
Form: Soft Bubble Cleanser form
Volumes: 150ml, Size 5.29 fl.oz.
Price: RM 60.00


Online Shop: http://www.hansaegee.com/shop/
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Blog : https://hansaegeenature.blog/
Twitter : https://twitter.com/hansaegee
Facebook page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Tel No.: 03-6270 9686
Email : hansaegeenature@gmail.com 
WhatsApp Service: 012-6698 279

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Nor Azilah
    Antara SBP dan MRSM, mana satu pilihan Anak
  • Dunia Zumal
    Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya
  • Marshaliza
    Succulent Fair Kembali Lagi Terjah Ipoh Parade
  • Zya Akma
    ‘Nindia Starvendors Penang Foodstival 2023 sudah mari, baru ada surrrrr!!! Starvendors Pasti Mega’
  • Farah
    KITSUI BELLOSS FIBER MINUMAN CAMPURAN BOTANI UNTUK KESIHATAN
  • Fathin
    Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live
  • Nurfuzie.com
    Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak
  • sitiyangmenaip
    Salam Dari Tanah Suci
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    ChatGPT: Membantu Mencipta Pengalaman Interaktif
  • ARZMOHA
    BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
Show 5 Show All

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates