facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Mekap dengan seseorang yang bergelar wanita ni memang susah untuk dipisahkan. Manakan tidak setiap wanita itu mahukan kelihatan sentiasa cantik, berseri dan melangkah dengan yakin sekali bila berada di hadapan khalayak ramai. Walaupun zya ni sejenis yang tidak mekap sangat tapi bila sebut pasal barang mekap yang boleh bagi kita nampak cantik dan menawan itu sudah pasti tertarik nak guna. Baru-baru ni zya ada dapat satu parcel yang diterbang jauh dari Korea dan kalau siapa pernah ikuti entri zya sebelum ni mesti perasan parcel tu zya dapat dari mana kan. Ok kalau tak tahu produk tersebut ialah dari website Althea Malaysia yang mana semua produk ini diimport dan didatangkan khas dari Korea dengan penghantaran percuma lagi. Sebab itu zya suka semua barang dalam website Althea ni. 

Jom zya nak kongsi dengan korang video unboxing untuk produk Kbeauty yang zya dapat dari Althea dan dari produk tersebut jugalah terhasil satu video tutorial mekap buat julung-julung kalinya seketul zya ni kongsi mekap walaupun tidak profesional.hehehehe 


UNBOXING VIDEO

Antara produk yang zya dapat seperti dalam video ini adalah seperti berikut:-
  • Skin Relief Spot Film Gel
  • Flawless Creamy Concealer (Mocha, Honey, Vanilla & Ginger)
  • Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAlthea
  • Spotlight Eye Glitter (Gold Light & Pink Light)
  • WaterColour Cream Tint (Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach Cream)

Tada ini adalah hasil dari zya guna kesemua produk dalam video unboxing sebentar tadi. Jom zya nak kongsi dengan korang serba sedikit mengenai produk yang zya guna untuk membuat tutorial mekap ini dan untuk siapa yang beginner pun sesuai guna dan mencuba sebab produk dia bagus dan tak rugi kalau korang dapatkan pun. Kalau korang berminat dengan setiap produk yang zya kongsikan ni korang boleh klik dekat setiap nama produk yang bewarna merah di bawah ini.

Skin Relief Spot Film Gel
RM19 (15ml)


Skin relief gel ini digunakan sebelum korang memulakan mekap kerana dia bertinda untuk menutup segala parut di muka korang. Apa yang bagus produk ini ialah ianya bersifat anti bakteria dan ini juga diperbuat daripada ekstrak minyak tea tree, ekstrak asiatica centella dan juga daun pine. Disebabkan itu produk ada bau wangi dari tea tree dan ia berbentuk gel sangat senang meresap ke kulit korang. So korang patut cuba apply yang ni sebelum memulakan mekap. 

Flawless Creamy Concealer (Mocha, Honey, Vanilla & Ginger)
RM15 (6g)


Ini pula adalah concelear yang mana ianya digunakan sebelum korang memakai foundation dan juga bertindak untuk menutup cela, lingkaran gelap dibawah dan segala cela-cela yang terdapat pada wajah korang dapat ditutupi dnegan baik. Selain sifatnya yang sangat ringan pada kulit ianya juga memberikan kelembapan untuk kulit si pemakai. Antara kandungan bahan yang digunakan dalam produk ini ialah Aquaxyl yang mana ia bersifat memberi kelembapan dan menghindarkan kulit korang dari hidrasi. Didatangkan dengan bekas yang comel dan memudahkan korang untuk bawa di dalam handbeg korang kemana-mana sahaja dan ianya terdapat dalam 4 pilihan warna yang boleh digunakan mengikut kesesuaian korang. Korang boleh lihat gambar di bawah menunjukkan nama untuk setiap warna yang zya sendiri dah cuba calitkan bagi menunjukkan warna sebenar concealer ini.


Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAlthea
RM140


Eyeshadow terbaru yang dikeluarkan oleh Althea ini telah berkolaborasi dengan artis terkenal Indonesia ianya Bunga Citra Lestari (BCL) dan disebabkan itulah eyeshadow ni pun cantik macam namanya. Didatangkan dengan 6 pilihan warna yang sangat cantik, sangat pigmented dan siap ada glitter-glitter lagi. So, korang cuba cipta bermacam-macam look dengan eyeshadow ini serius memang best. Eyeshadow ni sangat senang korang blend dan kalau korang apply guna jari pun boleh sebab dia masih mengekalkan warna dia langsung tidak lari dari warna yang asal. So, orang patut ada satu eyeshadow pallete ni.

Spotlight Eye Glitter (Gold Light & Pink Light)
RM24 (4.5ml)


Bila dah selesaikan dengan eyeshadow semua korang boleh letak spotlight eye glitter dekat sudut hujung mata korang ataupun dibawah mata atau di atas kelopak mata pun boleh juga. Zya suka sangat dengan yang warna gold light ni diletakkan di hujung mata nampak naik seri lip lap lip lap gitu. Comel-comel jer bekas dia dan sangat menjimatkan sebab korang apply sedikit sahaja dia dah jadi melekat elok. Tapi hati-hati jangan sampai tertonyoh dalam mata pula ya, almaklulah terlebih excited nak kelihatan lip lap lip lap tu.hahahahaha.

WaterColour Cream Tint (Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach Cream)
RM20 (4.5ml)


Sekarang beralih kepada produk yang paling zya suka dalam dunia mekap ini iaitu gincu bak kata mak zya. hehehe Zya cukup suka lipstik dan seumpamanya la yang berkaitan dengan bibir ni sebab dari sini akan nampak kita lebih terserlah cantik dan menawan. Antara produk Althea yang zya suka adalah cream tint ni sebab produk ni lebih kurang macam lip tint cuma beza dia berbentuk cream dan cepat meresap ke bibir dan tidak berminyak. Ianya bersifat agak terang jika dibandingkan dengan lip tint yang agak jernih teksturnya bila di apply di bibir.


Didatangkan dengan bekas yang cute, mudah dibawa dan berus dia yang halus itu sangat memudahkan zya untuk apply pada bibir zya yang agak halus dan nipis ni. Korang hanya perlu apply sekali lalu sahaja dan ianya telah menyerlahkan bibir anda yang munggil itu. Cream tint ini mengandungi asid hyaluronic dan juga squalene yang mana ia memberi kelembapan pada bibir korang. Terdapat 4 warna pilihan yang boleh korang guna mengikut citarasa korang dan zya sudah semestinya memilih kod 01 yang mana merah dia yang mernyerlahkan serta menaikkan seri di wajah zya. Bau dari cream tint ini juga macam bau buah-buahan sahaja. 


Korang dah tahu dengan jelas fungsi dan kelebihan setiap produk jadi jom kita layan tutorial mekap yang zya rakamkan ini khas untuk tatapan pembaca blog zya ini dan serius zya brpuas hati sangat dengan hasilnya. Simple but nice kan. 


Video - Tutorial Mekap

Terima Kasih Althea Kbeauty 



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments


Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. 


Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.


Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum. Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel ini: 

1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)





Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)



Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 

3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)



Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.


Zya dah mencuba sendiri gel mandian wangian enchanteur ni memang rasa macam mandi dengan perfume saja. Wangian yang melekat di badan selepas mandi itu sangat menenangkan dan membuatkan kita terasa yakin dan segar sepanjang hari. Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara. Selain itu, perfume berbentuk spray ini pun sangat wangi dan zya sangat suka dengan baunya yang membuatkan zya kekal wangi sepanjang hari.



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ▼ 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ▼ February (2)
      • TUTORIAL MEKAP BERSAMA RANGKAIAN PRODUK TERBARU DA...
      • Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Baharu Menjad...
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates