Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS
  • Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
ZYA AKMA

Tahun baru makanya umur pun baru tapu baru meningkat tua la nampaknya. Berapa tu biarlah rahsia sebab tak sanggup tengok umur zya dah sampai ke angka tersebut. Terasa diri ni masih belia muda remaja lagi.(dasar tak sedar diri) hahahah. Bila dah semakin meningkat umur ini penjagaan wajah sangat penting supaya kita kelihatan muda belia remaja gitu. Zya pun sangat mementingkan penjagaan wajah selain kita mencuci muka, memakai toner, serum ada lagi penjagaan lain yang kita boleh amalkan antaranya adalah seperti satu produk ini. Zya diperkenalkan dengan produk terbaru dari ID.AZ Face Fit Cu-V Tensioning Sleeping Mask yang mana sebelum ini zya memang dah guna clay mask depa memang best produk dari korea ni. Kalau korang pernah terbaca entri zya dulu mesti korang tahu pasal produk ini. Kalay belum korang boleh baca di SINI.

Seperti yang Korea sedia maklum produk ini dari Korea dan melalui entri zya yang lepas zya ada beritahu bahawa ID itu membawa maksud ID Hospital dan AZ pula bermaksud produk ini merangkumi A sehingga Z. Pendek kata mereka ini sangat menitikberatkan penjagaan kulit wajah kita dari pelbagai jenis masalah A sampailah Z dapat diselesaikan. A hingga Z ini dijadikan sebagai trademark mereka dan pada pembungkusan kotak produk ini juga ada dinyatakan "I design, small face A to Z". Jadi memang kena sangat trademark dengan semua produk yang dikeluarkan oleh mereka. 

ID.AZ Face Fit Cu-V Tensioning Sleeping Pack


Apakah Kelebihan Id.az face fit ini?

Antara kelebihannya adalah:-
  • Memperbaiki keanjalan kulit
  • Memperbaiki kulit muka yang kendur
  • Menegangkan kulit korang.
  • Membantu mendapatkan V-Shape pada wajah korang.
  • Anti-penuaan

Apakah Kandungan Bahannya?

Bahan yang terkandung dalam Id.az face fit ini ialah:-

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance.


Zya dah cuba selama beberapa hari setiap malam sebelum tidur zya akan pakai dulu id.az face fit ni dan bila korang bangun pagi kulit muka korang akan rasa tegang, lembut dan tidak berminyak langsung malah ia memberi kelembapan pada kulit. Selalunya kulit muka zya ni bila bangun pagi mesti berminyak dan rasanya minyak tu siap boleh buat goreng ikan lagi tau.hahaha tapi sekarang tidak lagi sebab apa selepas korang sapu produk ini pada kulit muka ia terus meresap masuk dengan cepat tanpa ada rasa melekit sikit pun. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok video yang zya rakamkan dibawah ini. Disamping itu produk ini juga mampu memberi V-shape pada muka korang untuk kelihatan runcing dan dapat la menutup wajah korang nampak bulat dan tembam itu. 


Bagaimana Cara Penggunaannya?

Cara penggunaanya:-
Id.az face fit ini diambil pada waktu malam dah nama pun sleeping pack so kan.hehehe Ok setelah korang cuci muka dan pakai segala mak nenek rutin harian korang tu korang boleh guna id.az face fit ini. Korang ambil beberapa calit mengikut kelebaran muka korang la yer. Besar muka korang maka banyak la jumlah calitnya tu.hihihihi (gurau ja). Setelah itu korang sapu pada kulit muka serta ratakan dan urut perlahan-lahan pada kulit muka korang sehingga ianya meresap masuk ke dalam kulit. Teksturnya yang lembut, mudah meresap dan berbau wangi itu akan memberi ketenangan pada kulit muka korang sebelum tidur. Bangun pagi korang akan terasa kelainan pada kulit muka korang. Korang gunakan secara konsisten setiap hari sebelum tidur dan korang pasti rasai kesan pada kulit seperti tegang, kulit semakin cerah dan sebagainya. Korang boleh lihat rajah dibawah yang menunjukkan beberapa test yang telah dijalankan ke atas id.az face fit ini.


Produk ini didatangkan dalam bekas yang sangat exclusive dan zya berkenan dengan warna silver bekas dia tu nampak mewah sangat dan kotak dia pun tebal sekiranya korang beli online produk korang dijamin sampai dengan selamat dan tidak rosak atau pecah. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan produk ini korang boleh dapatkan di watson berdekatan dengan anda atau korang boleh beli di watson online. Korang boleh klik dekat watson online di bawah untuk membeli dengan harga RM199. 

Watsons online
Instagram: idplacosmetics

Promotion price: check it out at Watsons outlets OR Watsons online store




Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Hai semua dah masuk tahun 2019 semua benda nak kena jimat dan berjimatkan, maklumalah banyak benda dan komitmen yang perlu ditanggung tambahan pula nak menabung untuk duit kahwin sama. hahahaha menabung ja kahwinnya tu bila tak tahu la kan. Ok berbalik pada cerita sebenar zya nak kongsi dengan korang satu produk terbaru dari Althea. Amboi semakin kerap Althea mengeluarkan produk keluaran mereka sekarang. Apa pun tahniah zya ucapkan untuk Althea dan seperti yang korang pernah korang tahu yang zya sememangnya gemar mencari dan menggunakan laman web Althea sebagai tempat untuk zya mendapatkan pelbagai produk kecantikan seperti skincare, mekap dan sebagainya. 

Jadi kali ini zya nak kongsi dengan korang satu produk yang sangat menjimatkan kerana produk ini didatangkan 2 dalam 1 yang mana dengan hanya satu produk mempunyai 2 fungsi yang berbeza. Produk tersebut ialah Pore Purifying Serum Cleanser yang menggabungkan fungsi pembersih dan juga serum dalam satu masa. Pembersih juga boleh digunakan sebagai dua cara iaitu bertindak sebagai penanggal mekap yang mampu menanggalkan segala kekotoran dan minyak pada muka serta bertindak sebagai pencuci wajah. Kaedah double cleansing ini sangat bagus terutama sekali bagi korang yang selalu mekap dan  memerlukan cucian yang terbaik supaya kulit korang tidak rosak, bersih dan tidak akan menyebabkan pori tersebut yang akan membuatkan kulit mudah terdedah kepada kenaikan jerawat. Pencucian yang bersih itu penting dan kaedah double cleansing ini sangat disarankan. Selepas menggunakan produk ini korang akan terasa kelembapan pada muka korang kerana ianya juga terdapat kandungan serum yang meresap dan memberi kelembapan pada kulit korang. 

Apakah Kandungan Bahannya?


Ekstrak daun pudina 
Menyejukkan dan menenangkan kerengsaan pada kulit

Minyak benih Jojoba 
Memberi kelembapan pada kulit walaupun memiliki kulit yang kering

Ekstrak daun pokok teh 
Mempunyai sifat antibakteria yang mampu membersihkan kulit

Kandungan lain:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance.

Apakah Kelebihan Produk ini?

  1. Pembersih penyucian dengan formula serum 
  2. Mempunyai kadar pH 5.5-6.5 yang dapat megimbangi kulit serta memastikan kulit tetap sihat.
  3. Membersih kulit secara mendalam.
  4. Mempunyai Dual Moisture Cell System yang menggabungan air dan minyak di lapisan serta bertindak menghilangkan kesan mekap dan sisa kotoran tanpa mengering kulit.
  5. Membuang sel kulit mati serta menutup liang pori yang terbuka. 
  6. Memberi kelembapan dan melindungi kulit korang. 
Kelebihan lain: 
Membersihkan liang  pori 3 dalam 1 dengan Ekstrak Pudina.
  • Kesannya yang dingin dan merendahkan suhu kulit serta menenangkan kulit.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk mngekalkan kulit yang sihat dan melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat.
  • Menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan berkesan serta meminimumkan pembukaan liang pori.
Bagaimana Cara Penggunaannya?


Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser bagi menanggalkan mekap:

          
Langkah pertama:- Korang memerlukan kapas muka seperti dalam gambar.


Langkah kedua:- Lalu dituangkan beberapa titik pada kapas muka atau terus menggunakan tapak tangan.
Langkah ketiga:- Kemudian lakukan urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup


Langkah keempat:- Setelah yakin mekap sudah tiada di wajah korang boleh terus cuci wajah menggunakan air bersih.

Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser bagi mencuci muka:
  • Basahkan sedikit wajah korang dengan air bersih.
  • Lalu tuangkan sedikit Pore Purifying pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah korang.
  • Kemudian urut wajah korang perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.
  • Keringkan wajah korang dengan kain yang bersih. 
Produk Ini Sesuai Untuk Siapa?
  • Disyorkan untuk kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak 
  • Kulit sensitif yang memerlukan pembersihan yang ringan 
  • Mereka yang mahukan pembersihan yang cepat dan berkesan 
  • Mereka yang memerlukan pembersih pelembap untuk kecantikan rutin harian mereka
Produk ini mampu mengeluarkan kekotoran dengan minyak berasaskan tumbuhan yang ringan. Kandungan minyak benih Jojoba dalam produk ini yang mempunyai struktur yang serupa dengan kulit semulajadi, dan membolehkan penyingkiran mekap dengan berkesan serta membersihkan liang-liang pori yang terbuka. Baunya yang wangi dan segar itu membuatkan zya terasa suka dan jatuh hati untuk terus menggunakannya. Memandangkan ianya mudah zya bawa kemana-mana kerana di sini zya sudah dapat menjimatkan ruang apabila zya travel kemana-mana. Dengan harga yang mampu milik korang boleh mendapatkan pencuci serta serum dengan satu harga serta satu produk. Korang nampak sahaja ianya bewarna putih cair dan transparent tetapi ianya tidak cair dan bersifat agak pekat. 

Apabila korang beli di website Althea korang tidak perlu mengenai produk rosak atau pecah kerana mereka sangat menitikberatkan pembungkusan yang baik dan dibalut dengan teliti agar produk ini sampai ke tangan pelanggan mereka dengan selamat. Korang boleh rujuk video dibawah untuk video unboxing produk ini. Bagaimana ianya sampai di tangan zya dengan selamat dan tidak ada langsung kesan produk akan rosak dan pecah. Dengan harga RM33 untuk 150ml adalah sangat berbaloi untuk korang miliki.



PORE PURIFYING SERUM CLEANSER 


Website : Althea Korea
Facebook : Althea Korea
Instagram : altheakorea





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Assalamualaikum semua hai semua pembaca hari ni zya nak kongsi satu produk terbaru dari Althea. Selalunya kalau sebut Althea mesti korang terpikir produk kecantikan saja kan tapi kali ni bukan skincare dan mekap tapi body mist. Ha satu-satunya perfume body mist yang dikeluarkan oleh Althea dan turut membuat kolaborasi dengan artis dan ikon terkenal Indonesia lagi iaitu Titi Kamal. Sapa ja yang tidak kenal Titi Kamal seorang jelitawan yang terkenal di Asia Tenggara ini. Selain bakatnya di dalam lakonan dan nyanyian beliau turut berbakat dalam bidang fesyen dan gaya.


Stay Fresh Sparkling Body Mist ini juga adalah diinspirasikan oleh Titi Kamal yang membuatkan Althea mengeluarkan produk wangian yang elegant, segar, dan manis. Apa yang menariknya lagi pasal produk ini ialah ia diperbuat daripada campuran buah-buahan dan bunga-bungaan seperti:
  • Damask rose water : Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan bau haruman yang sangat lembut dan menyenangkan deria bau.
  • Minyak jeruk manis : Menyegarkan deria bau
  • Ekstrak bunga elder : Mendinginkan, menenangkan kulit serta memberikan haruman yang sangat feminin. 

Bahan-bahan lain:
Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.


Cara Penggunaanya:
Selepas korang mandi atau sebelum kelaur korang spray sedikit ke badan, atau mana-mana tempat yang korang suka. Dengan kehadiran botol yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja bersama korang bagi memastikan korang sentiasa berasa segar dan wangi dengan Stay Fresh Sparkling Body Mist ini. 

Antara Kelebihan Stay Fresh Sparkling Body Mist ini ialah:
  • Ianya sesuai dikenakan untuk sebarang gaya tetapi lebih mengutamakan gaya romentik sehinggalah gaya yang biasa.
  • Percikan dari body mist ini yang tidak melekit serta mampu meninggalkan kesegaran pada badan korang sepanjang hari. 
  • Merupakan satu bau dari buah-buahan dan bunga-bungaan yang lembut dan tahan lama.
  • Didatangkan dengan pembungkusan yang ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana bersama korang. 

Zya dah cuba memang dah jatuh cinta dengan bau haruman dari body mist terbaru dari Althea ni sampaikan nak tidur pun nak kena spray sedikit. Bau buah-buahan dan manis dia tu buat kita rasa tenang, nyaman dan segar sahaja. Korang boleh dapatkan sebotol Stay Fresh Sparkling Body Mist ni pada kadar harga RM35.00 (100ml). Korang boleh klik link di bawah jika ingin membuat pembelian dan sekiranya belum mendaftar korang boleh daftar dan log in masuk seperti biasa. 

STAY FRESH SPARKLING BODY MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA








Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments


BERJAYA DAPATKAN 4 DARI 10 WISHLIST DI WEBSITE ALTHEA | Setiap orang ada wishlist dia sendiri lagi-lagi bila masuk ke dalam sesuatu website shopping online ni. Sama macam aku juga sebelum berakhirnya tahun 2018 aku ada hajatkan 10 produk dari website Althea dan antara 10 produk yang aku teringin sangat tu ada aku cerita di entri SINI. Produk dalam website althea ni memang murah-murah gila dan memang buat aku rambang mata siap boleh bertapa depan laptop sebab tak tahu mana satu yang nak dapatkan dulu. So dengan hasil kesabaran dan kewibawaan zya berjaya dapatkan 4 dahulu produk itu pun ada juga beberapa produk yang termasuk dalam chart walaupun tiada dalam wishlist. Hahahaha kuasa wanita shopping memang macam ini kan. Ok jom kita tengok satu persatu produk yang zya berjaya dapatkan dari website Althea ni.


Video unboxing produk dari website Althea

1.ROSE HIP PERFUME HAIR CARE WATER ESSENCE (150G) & PERFUME HAIR TREATMENT - AROUND ME


2.PERFECT REPAIR SERUM (70ML) - MISE-EN-SCÈNE
RM26.00


3. DOUBLE LASTING FOUNDATION (30g)_SAND - ETUDE HOUSE 
RM61.00



4.ARGAN ESSENTIAL DEEP CARE SHAMPOO (300ML) - NATURE REPUBLIC

RM38.00


5. MARSHMALLOW PUFF - 
RM20.00
6.COTTON BLUSH (4G) - MISSHA 
RM18.00


7.PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUES (30EA) - PRRETI
RM5.00

Demikian produk yang zya berjaya dapatkan dari website althea dan sekiranya korang berminat untuk dapatkan produk dari Althea boleh terus ke website dorang kerana berbaloi, murah, cepat dan pembungkusan pun terjamin sampai dengan baik serta terdapat free shipping lagi. 

Website : Althea Korea
Facebook : Althea Korea
Instagram : altheakorea



























YTHGJHGVB 














Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

SEMPURNAKAN HARI-HARI ANDA DENGAN KESEGARAN RAES COLLAGEN MIST | Kesegaran kulit yang baik sewaktu mekap adalah menjadi idaman setiap wanita kerana disinilah akan menentukan tahap keselesaan kulit kita bila berada dalam keadaan mekap. Perkara yang wajib buat sebelum mula mekap adalah dengan menggunakan apa-apa spray yang menyegarkan kulit serta mampu membuat mekap menjadi tahan lama. Jadi kali ini zya diperkenalkan dengan satu produk yang diberi nama Raes Collagen Mist. Produk ini bukan sekadar spray biasa yang hanya mampu menyegarkan muka tetapi ianya juga boleh merawat pelbagai masalah pada kulit wajah korang. 

Apa itu Raes Collagen Mist? 


Raes Collagen Mist ini ialah product kesihatan muka yang terbaru di pasaran. Produk ini sangat sesuai dengan gaya hidup kita zaman kini kerana mudah dan kollagen ini tidak perlu diambil secara minum, tetapi hanya perlu disembur dan rasai sendiri kesegarannya. Raes Collagen Mist ini menggunakan teknologi nano dari Jepun yang akan membuatkan kulit korang menjadi bersih, cantik dan juga berseri. Collagen ini bertindak dari luaran kulit muka bersama-sama dengan elemen lain seperti Propolis (madu), Aloe vera dan juga Hyaluronic Acid. 

Selain itu, Raes Collagen Mist ini juga diformulasi daripada alam semulajdi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Produk ini telah didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Notification Number (NOT1701704650K). Raes Collagen Mist diproses oleh kilang yang memiliki sijil Halal Malaysia. Ianya adalah produk muslim dan korang boleh menggunakannya tanpa was-was. Tambahan pula, produk ini diproses oleh kilang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. 

Apakah Kelebihan Raes Collagen Mist ini? 


Mampu menyihatkan kulit.
Mencerahkan dan memutihkan kulit.
Melembutkan kulit.
Menegangkan dan menganjalkan kulit.
Meningkatkan Hidrasi.
Anti Penuaan dan anti kedutan.
Merawat jerawat.
Menghalang pembentukan bintik hitam.
Menyegarkan kulit.
Mengatasi bakteria secara semulajadi.
Membantu Rejuvenasi sel kulit.
Anti oksida.
Meratakan tona kulit.
Merawat sunburn. 

Bagaimanakah cara penggunaannya?


Cara penggunaannya senang sahaja, korang perlu spray Raes Collagen Mist ini pada kadar jarak yang bersesuaian untuk membolehkan ianya kena serata pada wajah korang.


Kemudian tunggu sehingga ianya agak kering pada kulit wajah korang dan boleh teruskan dengan rutin harian mekap dan sebagainya. Tetapi untuk membuatkan ianya nampak kesan glowing korang boleh spray sekali lagi selepas selesai mekap.


Korang hanya perlu dua kali spray dalam sehari dan jika korang kerap mekap boleh digunakan mengikut keselesaan korang. Dengan penggunaan yang konsisten korang akan nampak kesannya selepas seminggu. Produk yang didatangkan dengan mesra travel ini sangat memudahkan korang untuk membawanya kemana-mana sahaja bersama. Pastikan terdapat satu Raes Collagen Mist di dalam handbag korang bagi merasai kesegarannya sambil merawat kulit. Zya dah cuba korang bila lagi jom dapatkan segera produk Raes Collagen Mist ini dan korang boleh rujuk facebook dan instagram ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk atau ingin membuat pesanan.

Facebook: Raes.skincare
Instagram: Raes.skincare
Email: raes.skincare@gmail.com





Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

11 Disember 2018, MM Synergy Sdn Bhd, Kuala Lumpur – MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan. 

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.


MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini. 


Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.

Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS : 
  • Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000). Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365). 
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’. 
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining). ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta. 
  • ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta. 
  • ‘Ambulance fees’. 
  • Percuma ‘towing’. 
Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Facebook

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Me

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Followers

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Nurfuzie.com
    Korang Dah Muat Turun Marrybrown Apps ?
    5 days ago
  • Dunia Zumal
    STESEN
    6 days ago
  • Marshaliza
    Rebut Tawaran Harga dari RM2.90 dengan Aplikasi Marrybrown
    1 week ago
  • Farah
    PRESTIGE V MEMBANTU MENGHILANGKAN MASALAH DALAMAN WANITA
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Hidangan Syawal - Nasi Butter Kismis
    2 weeks ago
  • Fatimah Timm
    Berbuka di Hotel Seri Malaysia, Kulim
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest , Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi dengan formulasi dari Korea.
    5 weeks ago
  • Fathin
    SAPS IBU BAPA 2022
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Blog dan iklan
    3 months ago
  • sitiyangmenaip
    I Am Here
    4 months ago
  • ARZMOHA
    TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN
    9 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    1 year ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    2 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    3 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    3 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Blog Archive

  • ► 2022 (5)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ▼ 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ▼ January (6)
      • ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK MEMBE...
      • DOUBLE CLEANSING YANG MENJIMATKAN DARI ALTHEA | PO...
      • STAY FRESH SPARKLING BODY MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA
      • SEPARUH DARI 10 WISHLIST AKU TELAH BERJAYA MILIKI ...
      • SEMPURNAKAN HARI-HARI ANDA DENGAN KESEGARAN RAES C...
      • MMSOS SATU APLIKASI MANTAP DALAM MELINDUNGI DAN ME...
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

Sponsor

Powered by Blogger.

Blog Archive

  • April 2022 (1)
  • March 2022 (2)
  • February 2022 (2)
  • December 2021 (5)
  • November 2021 (7)
  • October 2021 (1)
  • September 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • June 2021 (2)
  • April 2021 (5)
  • March 2021 (2)
  • February 2021 (1)
  • November 2020 (3)
  • October 2020 (2)
  • September 2020 (4)
  • August 2020 (3)
  • June 2020 (1)
  • May 2020 (3)
  • April 2020 (3)
  • March 2020 (2)
  • February 2020 (3)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (1)
  • October 2019 (6)
  • August 2019 (1)
  • July 2019 (5)
  • June 2019 (4)
  • May 2019 (6)
  • April 2019 (3)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (6)
  • December 2018 (1)
  • November 2018 (4)
  • October 2018 (6)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (1)
  • May 2018 (9)
  • April 2018 (5)
  • March 2018 (9)
  • February 2018 (6)
  • January 2018 (7)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (3)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (5)
  • February 2017 (4)
  • January 2017 (9)
  • December 2016 (8)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (4)
  • September 2016 (2)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (7)
  • May 2016 (3)
  • April 2016 (6)
  • March 2016 (10)
  • February 2016 (14)
  • January 2016 (23)
  • December 2015 (8)
  • November 2015 (9)
  • October 2015 (15)
  • September 2015 (17)
  • August 2015 (21)

Categories

recent posts

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates