PETAL VELVET SUNAWAY SP50+PA++++ DARI KOLEKSI PRODUK ALTHEA KOREA.

by - 02:42


PETAL VELVET SUNAWAY SP50+PA++++ DARI KOLEKSI PRODUK ALTHEA KOREA | Hola hola semua pembaca hari ni zya nak kongsi dengan korang satu produk baru dari Althea Korea. Alahai sapa jer tak suka bungkusan pink dari Althea ni, kalau nampak ja abam kurier tu pegang dah tahu tu dari mana. Baru-baru ni zya dapat satu produk terbaru keluaran dari diaorang iaitu Petal Velvet Sunaway yang mana ia terbaik bagi korang yang selalu buat aktiviti outdoor dan juga lasak yang mana selalu terdedah dengan cahaya matahari. Jom zya cerita lebih lanjut lagi sebab sebelum ni zya memang dah guna produk dari Petal Velvet cuma yang itu produk lain. Nak tahu produk apa mai-mai ikut rapat perkongsian zya ni. 


PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++

Petal Velvet Sunaway yang mengandungu SPF50+ PA++++ ini adalah suncreen yang mampu melindungi kulit korang dari sinaran UV dan teksturnya juga adalah sangat ringan. Produk yang sesuai untuk semua kulit dan juga menjadikan kulit lembut seperti kelopak. Ianya juga bertindak mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro manakala Asid Hialuronik pula mampu memastikan kulit sentiasa dihidrat sepanjang hari. Penapis UV yang tiada bahan kimia dan mampu melindungi permukaan kulit dari penyebaran cahaya UV. Korang yang memiliki kulit sensitif juga boleh guna kerana ianya akan menjadi lembut dan bebas dari ramuan bahan kimia. 

Micro Power Barrier yang terdapat padanya akan bertindak sebagai zarah-zarah mikro yang menyerap sebum dan lebihan minyak dari kulit serta memberikan satu cahaya dan kemasan seperti baldu. Sekiranya korang menggunakan Sunaway ia dapat menambahkan kelembapan dan dapat menghidratkan kulit melalui asid hialuronik. Selain itu dengan formula baru hydrating yang digunakan ini mampu mengawal sebum yang berlebihan di kulit dengan sistem serbuk mikro. Manakala asid hialuronik pula akan memastikan kulit terhidrat sepanjang hari.


Didatangkan dengan pembungkusan yang comel dan berwarna pink putih ini menambahkan lagi tarikan dan minat zya untuk mencubanya. Bersifat cecair dan ringan bila digunakan pada kulit. Sebelum menggunakannya korang perlu goncang dahulu kemudian sapu rata secara perlahan-lahan pada kulit korang pada waktu pagi atau sebelum korang keluar dari rumah untuk mengelakkan terkena pancaran matahari terus menerus pada kulit korang. 

Bahan utama yang terdapat di dalam Petal Velvet Powder Pink Lavender :-
  • Ekstrak Damask Rose - melembapkan dan melicinkan kulit. Damask Rose ini mempunyai komposisi nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin-vitamin dan mampu menembusi terus ke dalam kulit, melegakan sensitiviti dan mampu memperkuatkan bagi cahaya cerah.
  • Hyaluronic acid - Pelembap yang menarik lembapan kepada kulit dan mencegah dehidrasi.
  • Geranium oil - Memberi radiant boost pada kulit dan menyembuhkan jerawat. 
Antara kandungan bahan lain yang ada di dalam Petal Velvet Powder ini ialah:-
  • WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL

PETAL VELVET POWDER


Selain itu, zya juga turut mendapat produk lain dari Petal Velvet juga iaitu Petal Velvet Powder. Petal Velvet Powder ini terdapat dalam 3 jenis iaitu pink lavender, warm beige dan translucent. Solekan tidak akan jadi lengkap dan sempurna tanpa Petal Velvet Powder ini dan ia juga dijual secara satu set dengan Petal Velvet Sunaway tadi jadi korang boleh dapatkan segera di website Althea Korea. Sebenarnya sebelum ini zya menggunakan Petal Velvet Powder Pink Lavender dan kebetulan kali ini zya dapat semua jenis petal velvet powder terus. Jadi bolehlah cuba guna lepas ni. 

Petal Velvet Powder ini teksturnya sangatlah halus, ringan, mengekalkan mekap serta tidak membuatkan kulit berminyak. Jadi korang yang mempunyai kulit berminyak sangat sesuai supaya mekap korang jadi elok dan tahan lama. Untuk translucent dan pink lavender sangat sesuai untuk semua jenis tone kulit manakala warm beige sesuai untuk korang yang memiliki tone sedikit gelap.

          

Dari kiri translucent, pink lavender dan warm beige 

Translucent dan Warm Beige

Bahan utama yang terdapat di dalam Petal Velvet Powder :-
  • Ekstrak dari biji Althea - Kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari kesan luaran dan juga memastikan ianya baik dan terhidrat. 
  • Polyphenols - Memastikan kulit terlindung dari sinaran UV.
  • Saponarin - Pembaikan sel-sel mati dan mengembalikan keanjalan kulit yang menua. 
Antara kandungan bahan lain yang ada di dalam Petal Velvet Powder ini ialah:
  • Silica, Mica, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Dimenthicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Methicone, Hibiscus Syriacus Seed Extract, Hydrogenated Lecithin, 1,2-Hexanediol, Glyceryl Caprylte, Maltodextrin, Fragrance. 
Pink Lavender

Bahan utama yang terdapat di dalam Petal Velvet Powder :-
  • Ekstrak lavender - Melega dan membantu membaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri aromaterapi yang sangat menyenangkan deria. 
  • Hydrogenated lecithin - Conditions dan melembapkan kulit 
  • Glycerin - Pelembap yang menarik lembapan daripada kulit dan juga mencegah dehidrasi 
Antara kandungan bahan lain yang ada di dalam Petal Velvet Powder ini ialah:
  • Silica, Mica, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Methicone, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract., Hydrogenated Lecithin, Ethylhexylglycerin, Glyceryl Caprylate, Aluminum Hydroxide, Triethoxycaprylylsilane, Fragrance, Ultramarines(Ci 77007), Red 30 Lake(Ci 73360), Iron Oxides(Ci 77491), Iron Oxides(Ci 77499)
Untuk membuat pembelian korang boleh klik link dibawah ini mengikut jenis produk:- 




You May Also Like

0 Comments