CERIAKAN KEHIDUPAN ANDA DENGAN SUSU FERNLEAF UHT 100% MMMMMM DARI NEW ZEALAND.
CERIAKAN KEHIDUPAN ANDA DENGAN SUSU FERNLEAF UHT 100% MMMMMM DARI NEW ZEALAND | Wahai peminat-peminat susu sekalian meh la kita ceriakan hidup dengan Susu Fernleaf UHT ini yang mana ia 100% susu asli dari New Zealand. Rasai keenakan susu ini sambil korang membayangkan seolah berada ditengah ladang New Zealand yang luas sana tu. Sesekali berangan apa salahnya kan mana tahu angan-angan menjadi kenyataan tup tup dah sampai sana.hihihi Ok jom zya nak kongsi dengan korang mengenai susu fernleaf yang zya dapat baru-baru ni lengkap pakej dengan lembu sekali tu.
MENGENAI FERNLEAF
Korang pernah tak tahu bahawa di Fernleaf, lembu tenusu ini telah menjadi jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka telah menjaga lembu ini dengan penuh dedikasi. Mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu sentiasa memberikan kebebasan kepada lembu-lembu untuk meragut rumput di padang yang sangat subur. Hasil ini telah membuatkan susu yang dikeluarkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang sangat mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain dari itu, ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.
KEBAIKAN SUSU FERNLEAF
New Zealand yang mana keadaan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. New Zealand merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang. Rumput mereka adalah yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Lembu-lembu disini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah. Dengan ini secara tidak langsung lembu tenusu mereka mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.
TAHUKAH ANDA
Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu kami menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi kami amat bangga dalam kerja mereka untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih. Rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.
Jadi tidak salahlah zya memilih susu fernleaf sebagai minuman harian sewaktu pagi kerana susu Fernleaf ternyata susu yang terbaik dari ladang yang terbaik. Zya suka sangat susu fernleaf yang berperisa coklat ni. Fernleaf mengeluarkan produk susu ini dalam 2 bentuk iaitu 1 litre dan juga 200 ml pack. Selain itu terdapat dalam tiga jenis perisa iaitu:-
Full Cream
Low Fat
Chocolate
Bahagia bila stock susu yang ada dirumah sebanyak ini dan sebenarnya cepat sahaja habis sebab berebut dengan adik dan abah. Mereka juga sangat suka akan susu Fernleaf ni kerana yakin dengan kualitinya. Jadi apa tunggu lagi jom semua serbu ke pasaraya yang berdekatan borong susu Fernleaf banyak-banyak. Susu Fernleaf ini sangat sesuai untuk semua lapisan peringkat umur jadi, korang boleh kongsi satu keluarga. Jom ceria-ceriakan hidup anda dengan susu Fernleaf, yang mana 100% susu asli dari New Zealand.
Website
Facebook
Instagram
#100Mmmmm #fernleafuht
2 Comments