facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS
Hai semua adakah anda mengambil sarapan pagi setiap pagi? Tahukah hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Tetapi ramai yang sering mengabaikan sarapan pagi kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi dengan mengambil sarapan yang betul setiap pagi akan memberi kita kekal sihat dan segar sepanjang hari.


Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, maka susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan zya. Susu yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia yang diambil pada waktu sarapan akan menyemarakkan pagi kita bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.  Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan. Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda. 

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia. 


Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian". "Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya. Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3". "Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya. 

Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti: 

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik; 
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif; 
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja; 
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6; 
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6. 


Jadi mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Zya juga turut sokong peraduan seperti ini kerana zya adalah sejenis yang tidak suka dan kadang itu tidak sempat kerana terkejar masa dan apabila wujud peraduan seperti ini memberi semangat kepada zya untuk menyertainya sambil itu kita boleh jaga pemakanan dan mengambil sarapan pagi dengan baik. Zya dan berjaya join Dutch Lady Breakfast Challenge selama 5 hari dan antara menu zya setiap hari adalah seperti berikut.

DAY 1 
Nasi Lemak sambal ikan bilis dan telur rebus + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 2 
Bihun Goreng + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 3
Corn flakes + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 4
Roti wholemeal + Tuna Ayam + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 5 
Nasi lemak sotong + Susu Dutch Lady Purefarm


Selesai mengenai sarapan pagi zya bersama dengan Dutch lady sekarang zya nak buat perkongsian sedikit mengenai Susu Dutch Lady ini. Mungkin ada antara yang sememangnya dah tahu dan ada yang memang penggemar susu Dutch Lady. Jadi zya kongsi ingin buat perkongsian sedikit agar bermanfaat untuk semua.

MENGENAI DUTCH LADY MILK

Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal Friesland Campina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda. Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold. Melalui kerjasama unik antara Friesland Campina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa, Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara berumur sehingga 12 tahun. 

Royal Friesland Campina Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di 

www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk

www.dutchlady.com.my. 

www.frieslandcampina.com.

Terima Kasih Dutch Lady 

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments

(Ahad, 21 Oktober 2018) Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat. Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan preventif dan industri kecantikan. "Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O." Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.


Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru. Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi yang paling banyak dimuat turun. Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar. Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.



Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O.

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar. Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.


Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang, diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app




Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments

CERIAKAN KEHIDUPAN ANDA DENGAN SUSU FERNLEAF UHT 100% MMMMMM DARI NEW ZEALAND | Wahai peminat-peminat susu sekalian meh la kita ceriakan hidup dengan Susu Fernleaf UHT ini yang mana ia 100% susu asli dari New Zealand. Rasai keenakan susu ini sambil korang membayangkan seolah berada ditengah ladang New Zealand yang luas sana tu. Sesekali berangan apa salahnya kan mana tahu angan-angan menjadi kenyataan tup tup dah sampai sana.hihihi Ok jom zya nak kongsi dengan korang mengenai susu fernleaf yang zya dapat baru-baru ni lengkap pakej dengan lembu sekali tu.


MENGENAI FERNLEAF 

Korang pernah tak tahu bahawa di Fernleaf, lembu tenusu ini telah menjadi jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka telah menjaga lembu ini dengan penuh dedikasi. Mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu sentiasa memberikan kebebasan kepada lembu-lembu untuk meragut rumput di padang yang sangat subur. Hasil ini telah membuatkan susu yang dikeluarkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang sangat mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain dari itu, ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.


KEBAIKAN SUSU FERNLEAF 

New Zealand yang mana keadaan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. New Zealand merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang. Rumput mereka adalah yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Lembu-lembu disini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah. Dengan ini secara tidak langsung lembu tenusu mereka mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.

TAHUKAH ANDA 

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu kami menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi kami amat bangga dalam kerja mereka untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih. Rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. 


Jadi tidak salahlah zya memilih susu fernleaf sebagai minuman harian sewaktu pagi kerana susu Fernleaf ternyata susu yang terbaik dari ladang yang terbaik. Zya suka sangat susu fernleaf yang berperisa coklat ni. Fernleaf mengeluarkan produk susu ini dalam 2 bentuk iaitu 1 litre dan juga 200 ml pack. Selain itu terdapat dalam tiga jenis perisa iaitu:- 

Full Cream
Low Fat
Chocolate


Bahagia bila stock susu yang ada dirumah sebanyak ini dan sebenarnya cepat sahaja habis sebab berebut dengan adik dan abah. Mereka juga sangat suka akan susu Fernleaf ni kerana yakin dengan kualitinya. Jadi apa tunggu lagi jom semua serbu ke pasaraya yang berdekatan borong susu Fernleaf banyak-banyak. Susu Fernleaf ini sangat sesuai untuk semua lapisan peringkat umur jadi, korang boleh kongsi satu keluarga. Jom ceria-ceriakan hidup anda dengan susu Fernleaf, yang mana 100% susu asli dari New Zealand.


Website 
 https://www.fonterra.com/my/en.html

Facebook 
Fernleaf Malaysia

Instagram 
fonterra.my


#100Mmmmm #fernleafuht
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments


Kita semua sedia maklum bahawa susu kambing ini merupakan susu yang bagus dan juga susu kedua yang terbaik selepas susu ibu. Tetapi disebabkan khasiatnya banyak yang tidak diketengahkan dan di war-warkan maka ramai orang tidak mengamalkannya untuk merawat masalah kesihatan. Tambahan pula susu kambing ini berbau sedikit hamis dan menyebabkan ramai yang tidak boleh minum. Jadi zya nak kongsi dengan korang satu susu kambing yang zya baru tau tidak berbau hamis. Sebenarnya zya selalu dok ikuti instagram si adik Fattan Anas yang viral dengan kucing makan mihun tu. Dia menjadi duta kepada produk Susu Kambing Nufael dan dari situ zya lihat dan terus rasa nak cuba. Sebelum cuba zya dan selidik dulu kandungan serta apa manfaat dia dan alhamdulillah ini produk keluaran bumiputera dan ada sijil Halal serta selamat untuk diminum. Jadi jom ikuti pengalaman zya dengan mengamalkan produk susu Nufael ini. 


Sudah hampir seminggu zya mengamalkan susu Nufael ini dan ya ternyata tidak berbau hamis langsung memang boleh masuk dengan tekak zya ni. Produk bagus ini dikatakan tidak mempunyai bahan pengawet serta gula tambahan. Melalui kajian yang zya dah buat produk ini mengandungi buah-buahan sebagai bahan tambahan yang mana ia menggantikan gula serta setiap buah-buahan yang digunakan itu mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Apa yang menariknya setelah mengamalkan susu nufael ini badan zya rasa bertenaga dan tidak mudah letih. 


Zya yang seringkali mengalami masalah sembelit dan bila mengamalkan susu nufael masalah sembelit tidak lagi ada. Masalah pembuangan air besar zya juga berjalan lancar dan zya turut kongsikan susu nufael ini dengan ahli keluarga zya. Abah zya sangat suka dan cuba amalkan katanya badan tidak mudah rasa letih memandangkan usia semakin lanjut ini apa sahaja kerja yang dibuat sudah pasti cepat penat. Jadi dengan susu nufael semuanya jadi bertambah baik dengan khasiat setiap bahan seperti susu kambing asli, buah kurma, delima, madu, minyak zaitun, kismis dan arabic gum.


Setiap pagi zya akan mengambil 3 scoop susu Nufael bersama dengan 170 ml air suam. Korang jangan guna air yang panas tau takut nanti khasiat yang ada dalam susu tu hilang. Susu Nufael ni korang boleh ambil pada bila-bila masa sahaja yang korang perlukan dan boleh diambil bagi bayi yang berumur 2 tahun dan keatas. Sebelum ini zya ada pernah kongsi sedikit maklumat mengenai Susu Kambing Nufael. Boleh baca dan klik di SINI. Yer lah sebelum kita nak membeli dan menggunakannya yang melibatkan dalaman badan ini perlulah diselidik dan kaji betul-betul. Jadi setelah dah kaji tu dan hasilnya memuaskan teruslah zya mencuba sendiri dan keputusan dai memang bagus korang memang patut cuba. 


Untuk membuat sebarang urusan pembelian dan maklumat lanjut mengenai produk boleh rujuk link di bawah.

Website: https://nufaelsusukambing.com/
Facebook: Nufael Susu Kambing HQ
Instagram: nufaelsusukambing.hq
 Hubungi: 0168404932
Alamat HQ: No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000, Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

PRETTY VALET TELAH MELEBARKAN SAYAPNYA YANG PERTAMA DI PENANG  | Hai semua pembaca kali ini zya nak kongsi dengan korang satu pusat kecantikan yang telah melebarkan sayapnya untuk membantu orang-orang Penang bagi kelihatan cantik dan berseri-seri. Pusat kecantikan ini yang diberi nama Pretty Valet Beauty Aeshetic ini telah bertapak di HQ nya yang terletak di Kajang Selangor dan Penang adalah cawangan pertama dan seterusnya adalah di Johor. Zya telah dijemput untuk majlis perasmian mereka baru-baru ini yang diadakan di Seberang Jaya betul-betul belakang Hotel Sunway. 


Pihak Pretty Valet telah menjemput Dr Afif, iaitu Adun Seberang Jaya untuk merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini. Perasmian bermula pada pukul 3 petang dan dimulakan dengan bacaan doa serta sedikit ucapan dari pengasas Pretty Valet sendiri iaitu Muhammad Syafiq Farhan. Dalam ucapannya ada menyatakan bahawa Penang ini menjadi pilihan kerana terdapat ramai permintaan dan juga ingin membantu orang-orang di Penang menjadi cantik dan berkeyakinan tinggi dengan diri mereka. Pretty Valet ini mengetengahkan pakej rawatan individu yang ia bergantung kepada setiap kesulitan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelanggannya. Setelah itu, ucapan dari Dr. Afif, Adun Seberang jaya yang langsung merasmikan majlis pembukaan cawangan Pretty Valet yang pertama di Penang dengan acara pemotongan riben, kek serta tandatangan yang mengesahkan bahawa Pretty Valet telah sah dirasmikan.


Upacara pemotongan riben yang merupakan gimik kepada perasmian Pretty Valet oleh Dr. Afif, Adun Seberang Jaya bersama Pengasas dan juga staff Pretty Valet.


Dr. Afif menurunkan tandatangannya


Upacara pemotongan kek Pretty Valet yang ditempah khas untuk majlis perasmian ini.

Pada hari perasmian terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan serta diskaun untuk rawatan mereka. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah

  • FREE Voucher Facial PV Silky RM1
  • Diskaun rawatan kulit wajah sehingga 90%
  • Promosi rawatan kulit wajah hydra/acne/whitening UNLIMITED
  • Ada FREE EXCLUSIVE GOODIES untuk 30 terawal !
  • Ada 100 FREE GIFTS 
  • PROMOSI KHAS untuk pelanggan yang PREGGY
  • Ada Cabutan Bertuah bernilai RM1000
  • Ada Makan2 dan banyak lagi !
  • Booth MBH Haircare, MBH Cosmetics & Academy


Pretty Valet merupakan spa kecantikan yang bercirikan moden kontemporari yang menawarkan khidmat sesi rundingan wajah sebelum memulakan sesuatu perawatan kecantikan di sini. Sesi rundingan wajah ini diberikan secara percuma dan para pelanggan akan diberi keterangan tentang masalah sebenar kulit dan pakar rundung kecantikan akan membantu mencadangkan kepada anda rawatan serta produk apa yang sesuai digunakan. Pada hari perasmian ini juga ada dibuat sesi rundingan wajah kepada para pelanggan yang datang dan kulit wajah akan dianalisis menggunakan mesin yang didatangkan khas. 



Gambar diatas menunjukkan salah seorang staff Pretty Valet membuat sesi rundingan wajah pada seorang pelanggan mengenai masalah kulitnya yang mana pelanggan ini mempunyai masalah kulit di bawah lingkaran mata dan pakar runding kecantikan ini juga turut mencadangkan produk yang sesuai digunakan baginya. Pretty Valet menyediakan 10 jenis rawatan kecantikan wajah dan semuanya dilakukan oleh pakar perawatan yang telah berpengalaman dan terlatih dengan baik sekali. Antara rawatan yang disediakan oleh Pretty Valet ialah :-

  • Signature Treatment
  • Whitening Treatment 
  • Acne Treatment 
  • Scar Treatment
  • Dry Skin Treatment
  • Pigmentation Treatment
  • Anti-aging Treatment
  • Detox Treatment
  • Eyes Treatment
  • Hair Removal Treatment



Selain itu Pretty Valet juga turut menjual beberapa jenis produk MBH Dermacare yang mana ia sangat bagus zya sendiri pun dah pernah mencuba sebelum ini. Ok sekarang jom kita tengok apa visi serta misi Pretty Valet dalam menubuhkan spa kecantikan ini:-
  • To provide different range of treatment that suit customer's beauty concern.
  • To provide beauty treatment at affordable price with good quality of service.
  • To add value by providing the finest beauty care and healing environment in the spa industry so our guests leave with renewed balance and beauty.
Sekiranya korang inginkan maklumat atau ingin mendapatkan rawatan di sini korang boleh rujuk maklumat yang disediakan. Dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih bagi memudahkan urusan anda dengan pihak Pretty Valet. Demikian sahaja perkongsian zya kali ini dan lepas ini boleh la kita cuba beberapa rawatan di Pretty Valet ini memandangkan jarak dari rumah zya yang dekat sahaja. Terima kasih kepada semua pihak Pretty Valet yang telah menjemput dan memberi layanan yang sangat baik. Semoga Pretty Valet terus berjaya dan membuka banyak lagi cawangan di Seluruh Malaysia. Oh ya sebelum terlupa Pretty Valet juga telah mendapat liputan dari pihak media seperti Sinar Harian seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah. Sekian. 




Pretty Valet di dalam Sinar Harian



Staff Pretty Valet bersama dengan pengasasnya iaitu Muhammad Syafiq Farhan


TQ Pretty Valet. 

VIDEO

Facebook : Pretty Valet - Penang
Website : http://prettyvalet.com/
Alamat: No. 6, Ground Floor, Jalan Todak 5, 
Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya, 
Pulau Pinang.





Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments

SUSU KAMBING NUFAEL SESUAI DIAMALKAN UNTUK SEISI KELUARGA | Susu kambing adalah satu produk yang sangat bagus diamalkan tambahan pula susu kambing ini mengandungi pelbagai khasiat.Tahukah anda susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ianya juga baik diamalkan bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah dewasa serta orang tua. Tetapi ada sesetengah orang tidak mampu menahan bau hamis susu kambing asli tersebut yang menyebabkan ramai yang menolak untuk meminumnya. Jadi di sini zya nak buat satu perkongsian dengan korang mengenai satu produk susu kambing keluaran bumiputera yang sesuai digunakan tanpa bahan pengawet dan paling penting tiada langsung bau hamis. 


Walaupun susu kambing ini tidak berbau hamis korang jangan pikir ia telah diadun dengan pelbagai bahan pengawet, kerana Susu Kambing Nufael ini 100% bebas dari bahan pengawet. Semua bahan semulajadi di dalam Nufael ialah yang sebenar dengan kesan lebih baik berkali ganda daripada yang berperisa dan pewarna. Nufael ialah susu yang penuh dengan nutrisi dari 7 bahan iaitu susu kambing, delima, kurma, madu, minyak zaitun, kismis dan arabic gum. Nufael ini berbeza dengan susu kambing di pasaran kerana bahan susunya tiada campuran susu lembu dan sumber tenusu luar. Nufael juga adalah susu pertama dengan 7 bahan sebenar tanpa pewarna, perisa dan juga gula tambahan. Familymilk atau supermilk adalah gelaran untuk Nufael ini kerana ia menjadi makanan tambahan dan fungsi utama Susu Kambing Nufael adalah dikhaskan:- 
  • Untuk anak yang allergy susu lembu sampai cirit birit dan sembelit. 
  • Untuk cari susu yang sesuai selepas wean off daripada susu badan. 
  • Elak sembelit yang perit semasa berpantang di tempat bersalin.
  • Takut anak kuning sampai kene masuk hospital dan anak di tahan wad. 
  • Risau kene minum air gula yang super tak sedap untuk elak HB low semasa hamil? 
  • Gastrik teruk dan ada masalah penghadaman
  • Kencing manis dan darah tinggi.
  • Bagus untuk yang ada ekzema 
Kelebihan susu Nufael kandungannya adalah daripada bahan sebenar adalah sangat sesuai diamalkan seisi keluarga dan bukan sahaja sesuai diminum tetapi di AMALKAN, makna amal disini khasiatnya untuk tenaga, tulang, minda, susu badan, ibu mengandung, tumbesaran anak, pemikiran anti penuaan. FAMILYMILK atau SUPERMILK adalah SESUAI di amalkan semua peringkat umur dan boleh merawat pelbagai penyakit. Sekiranya anda ada alahan susu juga boleh mengamalkan susu ini. Sebelum itu anda perlu tahu apa maksud alahan susu? Alahan susu bukanlah kerana anda tidak boleh minum susu, tetapi kerana kondisi bahan dalam susu itu yang membuatkan anda menjadi alahan kepada susu. Dengan Nufael anda tidak akan alah pada susu, kerana kualitinya yang terbaik, melainkan anda memang tidak minum susu dan tidak suka susu.


Susu Nufael ini boleh dibancuh dengan bahan seperti kopi, koko atau apa sahaja dan boleh dijadikan seperti krimer tetapi krimer sihat organic dan asli. Sekotak mengandungi 300 gram dan boleh tahan untuk 1 bulan jika seorang sahaja. Sekarang ada promosi FREE lagi 200gram dan terhad serta limited sempena pelancarannya. Waktu yang sesuai untuk diminum adalah pada waktu pagi atau sebelum tidur. Boleh juga dijadikan minuman petang pengganti minuman manis bergula yang lain dan nak minum sehari berkali – kali pon boleh. Untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu badan boleh mengambil 4 scop, jika kanak-kanak 3 scoop dan warga emas 3.5 scoop (lihat untuk keperluan siapa nufael ini). 

TESTIMONI PENGGUNA YANG DAH BERJAYA

Jom kita tengok apa kata pengguna yang dah berjaya menggunakan susu kambing nufael ini. Kita tengok keberkesanan yang sebenar. 






DUTA PRODUK NUFAEL 


Tahukah anda duta kepada produk susu kambing Nufael ini iailah si cilik yang comel dan petah berkata serta penuh dengan drama iaitu adik Fattah Anas. Adik Fattah Anas ini menjadi viral kucing mihun dan terus dipilih untuk menjadi duta. Dia juga sudah beralih dengan mengamalkan Susu Kambing Nufael ini. Jadi korang bila lagi jom sama-sama beraloh kepada susu yang membawa kebaikan untuk seisi keluarga. Untuk membuat sebarang urusan pembelian dan maklumat lanjut mengenai produk boleh rujuk link di bawah.

Website: https://nufaelsusukambing.com/
Facebook: Nufael Susu Kambing HQ
Instagram: nufaelsusukambing.hq
 Hubungi: 0168404932
Alamat HQ: No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, 
Seksyen 7, 40000, Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan

Kepada yang nak jana pendapatan dengan modal dropship tetapi dengan keuntungan stokis, anda boleh terus daftar disini dan ianya terhad tau. 

Daftar di sini ------->>> https://www.nufael.com/pengedar-susu-nufael/








Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ▼ 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ▼ October (6)
      • Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada S...
      • Applikasi Cannis bakal menjadi bintang terhebat di...
      • CERIAKAN KEHIDUPAN ANDA DENGAN SUSU FERNLEAF UHT 1...
      • PELBAGAI MASALAH DALAMAN DAPAT DIATASI DENGAN SUSU...
      • PRETTY VALET TELAH MELEBARKAN SAYAPNYA YANG PERTAM...
      • SUSU KAMBING NUFAEL SESUAI DIAMALKAN UNTUK SEISI K...
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates