facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Kulit adalah organ yang berada paling luar di badan manusia dan kulit ini perlu dijaga dengan baik kerana ianya mudah terdedah kepada habuk dan persekitaran yang tidak sihat di sekeliling kita. Penyakit kulit boleh juga berpunca dari pelbagai aspek yang boleh jadi berpunca dari masalah dalaman kulit, persekitaran kehidupan anda yang mungkin banyak terdedah kepada habuk ataupun mungkin kulit anda yang terlalu kering, sensitif dan akan menyebabkan anda senang dan mudah mengalami kegatalan. Jadi di sini zya nak kongsi dengan korang mengenai satu produk yang amat sesuai bagi sesiapa yang mengalami masalah gatal. Produk yang zya nak kongsi dengan korang ini ialah Glow Geleggang, dan produk terbaru ini zya sendiri dan menggunakannya.

Apa itu Gelenggang?


Gelenggang atau nama lainnya Cassia Alata atau Senna Alata adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar. Pokok ini kebiasaannya akan tumbuh dan mencapai ketinggian di antara 6 kaki sehingga 25 kaki. Pokok gelenggang ini yang berdaun hijau dan bunga kuning serta buahnya yang bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat. Kebanyakkan orang dahulu mengambil daunnya untuk dijadikan sebagai perubatan. Daun gelenggang juga telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi kerana ianya telah diperkenalkan ke negara Eropah oleh pengaman perubatan tradisional Arab pada abad ke-9. 

Kini daun Gelenggang telah digunakan dalam produk bagi mengatasi masalah kulit gatal, ekzema panau dan seangkatan dengannya. Khasiat Gelenggang ini yang mempunyai bahan baik seperti "anthraquinones" dan" crysophanic" yang sangat berkesan sebagai perencat kulat kulit, serangan hama, penyakit bakterian dan mikrob. Gelenggang ini terkenal sebagai penawar untuk hilangkan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, panau, kurap, bisul, kudis buta, kayap, badang, ruam dan masalah kulit yang lain. 

Apakah itu Glow Gelenggang?


Glow Gelenggang ialah produk herba organik yang membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung, dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap yang berkesan tanpa steroid dan selamat. Daun gelenggang yang sangat dikenali sebagai agen anti-kulat paling tinggi. Ia sebenarnya telah lama digunakan oleh nenek moyang kita,, masyarakart Arab dan orang Eropah untuk mengatasi masalah kulit. Formula terkini Glow Gelenggang berasaskan 6 ramuan istimewa untuk 'ghaibkan" gatal-gatal kulit dengan mudah digunakan telah dicipta.  Tidak seperti produk lain yang tinggi bahan kimia yang boleh memudaratkan. Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih. Ianya adalah homemade, paling banyak bahan aktif, 5x lebih berkesan, selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina dan peringkat umur. Sekarang, tak perlu menderita menggaru hingga berdarah lagi, kerana ia sudah ada di depan anda. 

Glow Gelenggang ini memngeluarkan 2 produk seperti sabun herba organik dan minyak herba organik. Produk ini boleh menghilangkan gatal-gatal, 100 natural, tanpa steroid dan ianya bebas kimia. 

 Serba Herba Organik (50gm)

Ini adalah sabun herba organik yang mana terdapat banyak bahan baik di dalamnya untuk kesan yang optimum. Sabun herba ini tidak seperti sabun herba yang lain kerana hanya letak setitik dua bahan untuk mencukuokan syarat kandungan bahan. 


Minyak Herba Organik (30ml)

Minyak herba organik ini didatangkan dalam botol yang comel dan sangat cantik dan ianya perlu disimpan tempat yang bersuhu bilik serta perlu dielakkan dari tempat yang mudah terdedah dengan cahaya matahari dan panas. Produk ini tidak panas, tak berbau busuk, tak rengsa dan juga tidak pedih. 

Antara Kandungan Bahan Di Dalam Produk

Selain penggunaan Daun Gelenggang, produk ini juga mengandungi bahan tambahan lain seperti:

Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran.
Minyak Argan (Argan Oil) - Memberikan kulit yang halus, licin dan mudah menyerap dalam kulit.
Minyak Zaitun (Olive Oil) - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit.
Susu Kambing (Goat Milk) - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam.
Crystal menthol - Untuk menyejukkan kulit, tidak panas. 

Pengalaman Sendiri!!

Sekarang zya nak kongsi pengalaman zya sendiri sepanjang menggunakan produk Glow Gelenggang ini. Zya yang sememangnya mengalami masalah kulit gatal seperti naik kemerah-merahan dan kelihatan seperti ruam di bahagian leher sekiranya zya berada terlalu lama di luar dengan cuaca panas terik. Akibat dari peluh kesan teriknya matahari ini akan menyebabkan leher zya mudah menjadi gatal terutama sekali di bahagian yang kita pin tudung. Disitu zya kerap berlaku ruam dan kegatalan yang akan menyebabkan kemerahan dan kadang boleh merebak menjadi seakan melecur. Jadi selepas diperkenalkan dengan kedua-dua produk Glow Gelenggang ini masalah kulit zya semakin beransur pulih. 

caption:  (mata macam tu sebab menikmati bau kedua-dua produk) hehe

Produknya yang berbau wangi seakan bau coklat bercampur dengan vanila kadang macam bau seakan kopi pun ada juga. Tapi yang pasti dengan haruman sabun dan minyak herba organik ini juga sudah mampu memberi kesegaran pada deria bau kita. Apatah lagi bila kita memakai dan menggunakannya pada kulit lagi bertambah best, nyaman, sejuk yang mild. Sabun herba ini sebenarnya bertekstur scrub (lulur) dan ia tidak mudah cair, tidak putih dan menjadi lembik seperti sabun organik yang lain. Jadi zya tidak memotong kepada bentuk kecil-kecil pun kerana sifarnya seperti itu jadi sabun ini juga amat menjimatkan. Zya menggunakan kedua-dua set produk ini untuk mendapatkan kesan yang terbaik pada kulit zya. 

Sekarang zya berasa seronok sangat kerana dapat mengatasi masalah kulit gatal zya selepas menggunakan produk Glow Gelenggang ini. Sekiranya zya terpaksa berada dan berjemur dalam keadaan cuaca panas terik maka bila balik rumah zya akan cepat-cepat menggunakan sabun dan minyak ini bagi mengurangkan rasa gatal dan yang mungkin dibiarkan ianya akan semakin merebak. Sebaiknya kita mecengah sebelum ianya menjadi lebih teruk. Jadi korang yang mengalami masalah kulit gatal seperti zya ataupun masalah kulit yang lain bolehlah menggunakan produk Glow Gelenggang ini dan disarankan korang mengguna kedua-dua set untuk mendapatkan kesan yang lebih terbaik dan optimum. 

Siapa Yang Boleh Menggunakan Produk Glow Gelenggang Ini?

Lelaki / Perempuan
Kanak-kanak
Orang Dewasa
Orang Tua
Wanita Hamil

Harga Produk Glow Gelenggang?

Sabun Herba = RM47 (1 unit) / RM70 ( 2 unit, jimat RM24)
Minyak Herba = RM47 (1 unit) / RM70 ( 2 unit, jimat RM24)

1 set (mengandungi sabun herba & minyak herba) = RM70 (jimat RM24)
2 Set RM140 + free 1 unit sabun herba bernilai RM47 (jimat RM95)

Postage :
Free Postage untuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia.

** Setiap pembelian akan menerima FREE Gift dari pihak Glow Gelenggang


Korang juga boleh menggunakan kod ZYA01 seperti yang tertera pada gambar untuk mendapatkan harga diskaun. 



Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah atau hubungi nombor yang tertera. 

FB page : Glow Gelenggang
Instagram : produk_hilang_gatal
Website : www.glowgelenggang.com

Whatsapp : 014-5445951


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

Drama terbaru Tiada Arah Jodoh Kita ini baru sahaja disiarkan di TV3 minggu lepas pada 13 februari 2018 di dalam slot akasia yang menggantikan drama Kekasih Rela Paksa yang baru sahaja habis baru-baru ini. Sebuah drama 28 episod yang diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama karya dari Ezza Mysara. 

Antara barisan pelakon bagi drama ini ialah 

Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Hafeez Mikhail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Azar Azmi sebagai Ain
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Livonia Ricky sebagai Nur
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Farisha Irwayu sebagai Hajjah Mariani
Nada Syuhada sebagai Afina
Airis Yasmin sebagai Wardah

Related image

Terdapat dua petikan lagu dari Siti Nurhaliza bertajuk Kau Takdirku dan juga Rahsia Tuhan dari Ippo Hafiz didendangkan untuk drama bersiri ini. Jangan lupa saksikan drama ini setiap hari isnin hingga jumaat pada pukul 7 malam sehingga 8 malam di slot akasia TV3. 



Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments

Coklat dikatakan mampu memberi rasa bahagia dan menghilangkan rasa stress, sedih dan sebagainya. Coklat kini telah menjadi satu makanan kesukaan sama ada dari peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Semua lapisan umur amat menggemari kesedapan dan juga keenakan coklat yang terdapat dalam banyak variasa rasa, perisa, bentuk dan warna. Kali ini zya nak kongsi dengan orang-orang Penang dan yang berdekatan dengannya sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis coklat yang bermutu tinggi serta berkualiti di Georgetown.Kedai yang terletak berdekatan dengan Padang Kota dan bersebelah dengan Dewan Sri Pinang ini menjual pelbagai jenis coklat dan ianya bukan sahaja menjual coklat tetapi juga turut menyediakan muzium yang mana ditempatkan dengan beberapa ilmu pengetahuan mengenai coklat.


Disini zya kongsi dengan korang beberapa jenis coklat serta pembungkusan yang menarik sesuai untuk dibuat hadiah bagi birthday, anniversary, bertunang, kahwin dan sebagainya. Cara pembungkusan yang cantik serta korang boleh request untuk coklat bagaimana yang korang mahukan atau korang boleh customade sendiri coklat seperti yang korang inginkan. Agak menarik kan sebab kita boleh ubah suai atau cipta sendiri apa yang kita hendak ikut citarasa kita. Jom kita tengok coklat apa yang dah readymade di sini.









Dengan tawaran harga yang berpatutan dan rasa coklat yang sebenar itu membuatkan kita tidak rasa rugi untuk datang kembali membuat tempahan dan membeli. Kalau dahulu setiap kali hendak beli coklat mesti pergi ke Langkawi tapi kini tidak perlu kerana di Penang sudah ada kedai coklat dan siap dengan muziumnya sekali. 

Sekarang kita tinjau pula keadaan di dalam muzium coklat ini yang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM14 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan ini adalah untuk penduduk Malaysia yang memilik mykad dan mykid bagi pelancong asing kadar bayaran masuknya adalah berbeza. Boleh rujuk maklumat dibawah untuk kadar bayaran masuk.

Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah 

ADULT (with MYKAD): RM14.00
KID (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00














Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan sebarang rujukan korang boleh rujuk maklumat di bawah ini atau ke alamat yang tertera. 

Website : http://georgetownherittagechocolate.com
Facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
Ig : http://www.instagram.com/georgetown_herittage_chocolate
E-Mail: penang.ghc@gmail.com


Alamat:
Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia

Waktu Operasi:
Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM

Tel: 
+604261 0118


Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments

Safi Rania ini telah berada lama dipasaran kerana produk ini menyediakan untuk semua peringkat umur tidak kira dari peringkat remaja sehingga wanita dewasa. Terbaru Safi Rania telah memperkenalkan produk Safi Rania Gold iaitu rangkaian antipenuaan ynag diperbaharui dengan Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24k. Agar anda boleh tampak lebih anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja.

Apakah fungsi Teknologi Beetox?

Teknologi Beetox ini ialah berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memutih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semula jadi. Ianya juga diperkaya dengan Propolis + Bee Venom dan Nano Gold sebagai agen antipenuaan dan juga antibintik hitam. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kandungan lain yang terdapat dalam produk ini seperti:

Nano Gold 24k - Ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merancang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus. Malah ia juga mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Honey - Merupakan pelembap semulajadi untuk mengekalkan lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

Propolis - Merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.

Dalam setiap rangkaian produk Safi Rania Gold Beetox ini ada beberapa fungsinya yang tertentu dalam perlu digunakan mengikut cara yang betul bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Jom kita ikuti cara penggunaan setiap produk ini dan ketahui apa fungsi setiap produk tersebut.

Langkah 1- Membersih


Permbersih Wajah - Royal Jelly
Formulasi Micor-Foam dan agen antioksidan membersih secara mendalam

Langkah 2 - Menyegar 


Esen Emas Keremajaan - Honey 
Mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.

Langkah 3 - Merawat


Eliksir Keremajaan - Beetox & Propolis
Beetox, Nano Gold 24k Vitamin C meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudaratkan pigmentasi dengan berkesan. 

Langkah 4 - Melembap 


Krim Pelembap SPF25PA++R* - Propolis
Melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB & InfraRed (IR)

Hasil menggunakan Safi Rania Gold ini telah terbukti secara klinikal dapat membuatkan kulit semakin anjal, meningkatkan kehalusan kulit, memulihkan tona kulit, dan mengurangkan kedutan. Kebanyakan responden yang menggunakan produk ini adalah terdiri daripada kalangan wanita melayu yang berumur antara 25 sehingga 3 tahun yang menggunakan produk selama 14 hari dan lebih. Disamping itu, 87% responden dari pengguna dalam ujian klinikal mengalami pengurangan pigmentasi yang ketara selepas 2 bulan menggunakan produk SRG bersama Eliksir Keremajaan secara berterusan. 


Zya sudah jadi apa lagi yang korang tunggu pergi cepat dapatkan produk Safi Rania Gold Beetox di pasaran sekarang. Produk ini boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kedai yang menjual produk kecantikan di Seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk malumat di bawah. 

Laman Web : www.safi.com.my
Facebok : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : www.instagram.com/safimalaysia


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments



Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam, berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments

ANCHOR FOOD PROFESIONALS MENGADAKAN KEMPEN PIZZART FOOD TRAIL | Hai salam sejahtera semua. Di sini zya nak kongsi dengan korang kempen Pizzart Food Trail yang telah diadakan di US Pizza Bukit Mertajam. Kempen ini tekah dianjurkan oleh Anchor Food Profesinals baru-baru ini. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama zya menjejakkan kaki di US Pizza sebab sebelum ini zya dah pernah datang semasa majlis perasmian cawangan terbaru mereka di Seberang Perai. Tidak dinafikan lagi pizza di sini memang sedap dan lain dari yang lain. Jadi bila Anchor Food Profesional datang untuk membuat kempen di sini zya memang tidak akan menolak untuk datang lagi ke sini. Makan pizza sapa tak nak kan memandangkan tekak nie memang tengah meminta-minta sahaja untuk makan pizza dan ibarat "Orang mengantuk disorongkan bantal" tahu-tahu ajer si tekak nie tengah mengidam pizza. 

Kempen yang dianjurkan ini adalah kempen yang kedua setelah kempen pertama dulu pada tahun 2017 yang mana telah mendapat sambutan yang hangat dan pada 2018 ini mereka mengharapkan sambutan yang sama pada yang dulu. Kempen ini telah diadakan sebanyak 18 tempat di seluruh Malaysia dan ini termasuklah Sabah dan Sarawak. Zya berkesempatan pergi untuk kempen Anchor Food Profesional ini di US Pizza Bukit Mertajam, Penang. Pada kempen ini kami diperkenalkan dengan dua menu baru yang mana menggunakan cheese yang terbaik dari anchor. Menu tersebut ialah Pizzburger dan juga Cheese Pretzza seperti dalam gambar di atas. Setiap kempen yang diadakan adalah berbeza menunya dan ia dihidangkan mengikut restoran yang dikunjungi. Jadi untuk kempen di US Pizza kami dihidangkan dua menu ini.

CHEESE PRETZZA
Inilah Cheese Pretzza roti diluarnya mengandungi cheese dan inti dalamnya adalah ikan salmon. Sedap tau rasa dia lembut jer roti tu dan bertambah lagi sedap bila dicicah dengan sos tomato yang disediakan sekali. 
PIZZBURGER
Ini pula adalah Pizzburger yang mana ia tidak seperti burger biasa yang dijual kerana kita tidak nampak pun isi di dalamnya melainkan setelah dipotong maka akan mengalirlah cheese seperti gunung berapi yang mengeluarkan lavanya. Wah memang sedap tengok dan bila rasa lagi sedap daging burger dia letak dekat dalam memang padat dan secukup rasa dan dicicah pula dengan sos tomato yang disediakan. Untuk pizzburger telah diadakan pertandingan makan seramai tujuh orang telah menyertai pertandingan dan ini termasuklah zya sekali.

Para peserta sebelum memulakan pertandingan makan

Kami dikehendaki makan pizzburger ini dalam jangka masa yang ditetapkan dan siapa yang habiskan semua dikira pemenang. Malangnya zya tidak berjaya menghabiskan pizzburger tersbeut dalam jangka masa yang ditetapkan jadi tempat pertama jatuh kepada lelaki tunggal yang menyertai pertandingan ini. Dia berjaya habiskan kesemua burger dalam tempoh yang agak singkat. Tapi jangka tak tahu zya dapat tempat ketiga tau tapi boleh pula seri dengan si miss Lyana Ishak.hahaha Tapi memang best kami enjoy sangat sepanjang kempen ini dijalankan.

Yeeahh dapat hadiah (bersama dengan manager Anchor Food Profesional dan juga pemilik US Pizza)

Disamping itu, kami juga turut dihidangkan dengan menu pizza yang lain dari pihak US Pizza iaitu Salted Egg Pizza dan juga Italian Aloha Chicken. Untuk Salted Egg pizza zya dah pernah rasa dulu jadi untuk Italian Aloha Chicken pizza ini pertama kali zya cuba dan memang sedap sangat. Jadi bila datang sini zya rekeman korang order kedua-dua menu ini sekali tau. 

SALTED EGG PIZZA


ITALIAN ALOHA CHICKEN PIZZA

Memang kenyang sampai ke malam hari ni makan banyak sangat dan semuanya sedap-sedap. Kalau korang nak menu untuk kempen di tempat lain ialah Deep Cheese Pizza, Pizza Roll dan juga Ultimeat Pizza tapi zya tidak ada gambar untuk menu tersebut cuma kami diberitahu ada lima menu yang diperkenalkan masa kempen tapi ia mengikut kawasan tertentu. Sejak Anchor Food Profesional telah dilancarkan pada tahun 2016 mereka sentiasa cuba mendekati para pelanggan dengan pelbagai strategi yang menarik.Kalau korang berminat bolehlah datang ke US Pizza yang berdekatan dengan anda. Terima kasih pihak Anchor Food Profesional dan juga US Pizza Bukit Mertajam atas layanan yang baik kepada kami sepanjang kempen dijalankan.

Sempat lagi ambik gambar bersama dengan rakan-rakan blogger yang terlibat

 Macam-macam ragam di US Pizza 

Sebelum balik bergambar dulu dengan manager Anchor Food Profesional dan juga pemilik US Pizza Bukit Mertajam. 








Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ▼ 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ▼ February (6)
      • ADAKAH KULIT ANDA BERMASALAH? GLOW GELENGGANG ADA ...
      • DRAMA TIADA ARAH JODOH KITA DI TV3
      • PEMINAT COKLAT WAJIB BACA INI - COKLAT HERITAGE GE...
      • SAFI RANIA GOLD BEETOX MAMPU MENGEMBALIKAN KEREMAJ...
      • JAMPI - HAEL HUSAINI (JUARA AJL 32)
      • ANCHOR FOOD PROFESIONALS MENGADAKAN KEMPEN PIZZART...
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ► 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ► April (6)
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Marshaliza
    Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
    2 days ago
  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
    4 days ago
  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    1 week ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    1 week ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    3 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    3 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    1 month ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates