KEUNIKAN SEBENAR PIZZA DAPAT DIRASAI DI US PIZZA | BUKIT MERTAJAM, PENANG.
09:07
KEUNIKAN SEBENAR PIZZA DAPAT DIRASAI DI US PIZZA | BUKIT MERTAJAM, PENANG. Hai semua zya hari nie aku nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang best dan bagi peminat pizza di sinilah tempat korang wajib cuba kerana keunikan dan kelainan pizza yang dihidangkan tidak sama di tempat lain. Kita tahu setiap tempat ada keunikannya sendiri dan di US Pizza juga ada kelainannnya. Apa yang lain tu jom kita ikuti setiap bicara dan celoteh aku untuk entri kali ini.
Baru-baru ini aku telah menghadiri satu majlis perasmian kedai baru iaitu US Pizza di Bukit Mertajam dan aku telah mencuba pelbagai menu yang istimewa dan yang pasti menjadi daya tarikan di kedai ini. Menu utama yang wajib korang cuba semestinyalah pizza. Apa yang menjadi kelainan dan keunikannya adalah pizza di sini rotinya sangat lembut dan tidak sama dengan pizza tempat lain yang pernah aku makan. Rotinya sangat lembut dan tidak keras atau terlalu garing. Semasa aku ke sini aku telah mencuba tiga hidangan pizza yang berlainan perisa.
SALTED EGG PIZZA
MUSANG KING DURIAN PIZZA
TOMYAM PIZZA
Tiga jenis pizza yang sempat aku rasa dan untuk salted egg pizza tu agak unik sebab belum pernah lagi aku jumpa di mana-mana restoran dan kedai yang membuat gabungan pizza dan telur itik. Mulanya aku dengar agak sedikit pelik dan takut rasanya tidak boleh diterima tekak. Tapi setelah mencuba gigitan pertama wow sedap dan terus lagi mencuba gigitan demi gigitan dan akhirnya ternyata memang sedap pandai mereka mencipta resepi dan kelainan untuk pizza ini dan mereka meletakkan daun kari bagi menambahkan kesedapan pizza tersebut.
Seterusnya bagi musang king durian pizza memang ini memang unik juga dan aku tidak pernah jumpa di mana-mana lagi menghidangkan pizza dari durian musang king. Bagi peminat pizza korang memang wajib cuba pizza nie sebab memang rasa macam korang tengah layan durian musang king yang sebenar. Rasa manis durian campur dan rasa berkrim dia perghhh memang sedap. Memandangkan aku memang hantu durian jadi pizza pilihan aku semestinya musang king pizza la.hehehe Pizza yang ketiga ini tomyam pizza dan memang rasa tomyam la kan dan bagi ketiga-tiga pizza ni tekstur pizza dia memang superb best lembut dan bila tarik tu dia kenyal elok saja.
Selain dari pizza, US Pizza juga menyediakan menu lain seperti Seafood Mixed Fried Platter, Smokey Duck & Mushroom Carbonara, New York Wings,Lasagna, 4 Crazi Garlic Twist & 4 Cinnamon Twist.
SEAFOOD MIXED FRIED PLATTER
SMOKEY DUCK & MUSHROOM CARBONARA
NEW YORK WINGS
LASAGNA
4 CRAZI CINNAMON TWIST
4 CRAZI GARLIC TWIST
Ini antara menu sampingan yang aku sempat rasa dan semua menu ni aku sangat rekeman untuk korang cuba bila datang ke US Pizza. Aku suka suasana di sini dengan layanan staff di US Pizza yang sangat mesra dan baik sekali. Sekiranya korang berminat untuk ke sini korang boleh rujuk maklumat di bawah.
US PIZZA (Bukit Mertajam Outlet)
Address: 23 Jalan Perniagaan Gemilang 1,
Pusat Perniagaan Gemilang,
14000 Bukit Mertajam, Penang
(next to OCBC Bank)
Contact: +604-548 9897
7 Comments