facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html

  Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi untuk hiburan semata-mata.Uk20 kali ini mempersembahkan 'free gift".Sinopsis :Ucing telah di beri Free Gift berupa iphone dari Orang yang tidak di kenali,adakah betul itu iphone .? dan apakah balasan Free Gift Ucing kepada Orang tersebut.? Anda akan menonton Animasi Free Gift setelah tamat Segmen ini.

 Dengan itu Saya minta Anda Support untuk Animasi ini.Syarat-syarat adalah mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post "Segmen Tonton Uk20 Free Gift"
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.Tag Rakan Anda.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini.
5) Tamat Segmen 29-4-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Uk20 Free Gift Sebagai Supporters.
Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Pernahkah anda dengar barangan dan produk jenama Avon atau pernahkah anda mengunjungi mana-mana butik Avon di Malaysia? Jawapannya sudah pasti pernah dan zya sendiri adalah seorang pelanggan tetap yang menggunakan barangan Avon dari zaman sekolah menengah sehinggalah sekarang. Hakikatnya barangan dan produk Avon digunakan dari pelbagai peringkat umur baik kanak-kanak sehinggalah yang dewasa. Jadi memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Avon merupakan salah satu jenama kosmetik yang paling popular di Malaysia terutama sekali di kalangan generasi terdahulu.

Pernah tak anda melihat situasi di mana ejen-ejen Avon datang ke rumah anda dengan membawa katalog? Dan kemudian Avon semakin berkembang dengan bertambahnya butik-butik cawangan yang terletak berhampiran kita. Pendek kata, produk kosmetik dan penjagaan Avon sememangnya telah berjaya meraih tempat di hati ramai wanita di Malaysia. Bukan sahaja produk yang ditawarkan amat berkualiti, apa yang paling menarik adalah kerana kesemuanya boleh dimiliki dengan harga yang amat murah berbanding produk-produk antarabangsa yang lain atau mampu milik.



Terdapat pelbagai jenama besar yang menghimpunkan pelbagai rangkaian produk di bawah satu nama ini dan membawakan kepada anda pilihan set wangian wanita dan lelaki, barangan penjagaan kulit, barangan kosmetik, set mandian, pakaian dalam lelaki dan wanita, pakaian kanak-kanak, aksesori wanita dan bermacam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, kini lebih memudahkan anda kerana kesemua produk Avon ini juga boleh anda miliki secara online. Layari butik Avon Online hari ini juga untuk menikmati pembelian yang bukan sahaja pantas, malah kesemuanya juga boleh anda miliki dengan nilai harga yang sama. Kembalikan nostalgia anda bersama Avon dan buat pembelian online anda hari ini juga. Selamat membeli-belah, from Avon with love!



Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments

[Siapa Nak Join Giveaway Ini Sila Tekan Banner]

Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , Nurfuzie , Boni Kacak , Fizgraphic , Asri Blog , Liyana , RF3 World Firmax3 Malaysia , Homestay Muslim Murah di Bandar Melaka , Norfa Nil , Salina Johari , MrsPuex , Pakej Ke Korea , Siti Yang Menaip . 

Share
Tweet
Pin
Share
11 Comments




APA ITU INFOGRAFIK | Infografik berasal dari kata Infographics dalam Bahasa Inggeris yang merupakan singkatan dari Information + Graphics yang dipamerkan dalam bentuk visualisasi data yang membantu untuk memudahkan kefahaman maklumat yang susah menjadi mudah. 

Kenapa zya tetiba cerita dan kaji pasal infografik ni? Sebabnya cuti ni zya kena siapkan assignment dan buat dalam format inforgrafik. Pening juga masa tengok tajuk dan kerja yang dibagi tu. Selalunya buat dalam powerpoint atau microsoft word saja tapi kali ni dalam format infografik. Jadi terpaksa zya kaji selidik dari Mr Google terhormat dan maklumat yang dapat dengan sukacitanya zya nak berkongsi dengan pembaca semua. 

Sebenarnya cara ni bukan sahaja di peringkat universiti boleh guna tapi boleh juga digunakan untuk peringkat tadika, sekolah rendah dan juga menengah. Sebab penyampaiannya adalah yang boleh menarik minat budak-budak untuk mempelajari dan memahami apa yang ingin disampaikan.Infografik ada beberapa jenis yang boleh digunakan yang mana sesuai dengan kerja yang kita kehendaki.

Jenis infografik tersebut ialah:-

Infografik Statis

Infografik statis adalah infografik yang dibuat dalam bentuk visual statis, tanpa konsep audio atau konsep animasi yang boleh bergerak. Jenis infografik ini boleh dikatakan sejenis yang mudah dan paling sederhana serta selalu digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Bahkan, event bertaraf internasional seperti pameran mengenai energi dan migas yang di adakan di Korea Selatan juga kerap memanfaatkan konsep infografik statis untuk menyediakan data dengan cara yang lebih menarik. 

 


Infografik Animasi

Dikenali juga sebagai animated infographics, infografik jenis ini digunakan pada media audio visual seperti television atau youtube. Infografik animasi boleh disediakan dalam bentuk 2 dimensi ataupun bentuk 3 dimensi yang nampak lebih kompleks. Data dan informasi yang disediakan melalui infografik animasi dapat memudahkan kefahaman kita dan menjadi daya tarikan seperti menonton filem. 

Jenis infografik yang menggunakan konsep audio visual ini nampak sangat menarik kerana menggunakan unsur gambar yang bergerak dengan latar belakang suara yang mampu membuatkan sesuatu penyampaian yang ingin disampaikan itu dengan berkesan. Korang boleh klik SINI untuk melihat lebih lanjut mengenai infografik animasi ini. 

Infografik Interaktif

Infografik interaktif adalah jenis infografik yang paling kompleks jika dibandingkan dengan infografik statis dan infografik animasi. Pada infografik ini, target yang menjadi sasaran penyediaan maklumat boleh dilakukan dengan melakukan interaksi terhadap infografik yang disediakan. Untuk mewujudkan infografik interaktif yang baik, memerlukan kerjasama dengan developer atau programmer supaya animasi ataupun program interaksi boleh dijalankan dengan lancar.




Ok ini adalah infografik interaktif  yang mana setiap kali korang tekan tajuk itu maka akan keluarlah gambar animasi dan anda boleh buka di SINI untuk melihat lebih terperinci mengenai infografik interaktif.

Harap korang semua dapat memahami sedikit sebanyak maklumat yang zya kaji ni. Sebenarnya maklumat mengenai banyak terdapat dalam bahasa indonesia jadi zya menulis mengikut kefahaman zya sendir. Sebarang pertanyaan boleh tinggal di kotak komen InsyaAllah kalau zya akan membantu setakat yang zya tahu. 



Sekian!!!!!!














































Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments


10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA | Pada zaman sekarang semakin tinggi pendidikan semakin tinggi perbelanjaan dan juga pembiayaan yuran yang diperlukan. Jadi pilihlah bidang pendidikan yang boleh membawa faedah pada masa depan anda jangan terlalu mengejar minat sehinggakan anda tidak mempunyai masa depan kerana salah memilih bidang pengajian di Universiti. 

Kepada adik-adik yang masih tertanya-tanay bidang pengajian apa yang sesuai disini akak zya nak kongsi dengan adik-adik 10 jenis ijazah yang boleh diterima dan mudah untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia. 

Jadi jom semak dulu senarai 10 ijazah yang paling mudah dapat pekerjaan di Malaysia :-

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

2. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.


Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.
Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.


Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

6. Sains komputer (59.1%)
Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

7. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.


Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Image result for kerjaya pengajian sosial
Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.





Sekian!!!!


Share
Tweet
Pin
Share
8 Comments

TAMAN BUNGA TULIP LED KINI BERADA DI PENANG | Sebelum ini telah menjadi viral taman bunga ala-ala di negara Eropah di Semenyih. Kali ini syarikat pemaju yang sama iaitu EcoWorld membuat Pesta Bunga Tulip LED pula di Pulau Pinang. 

Jadi kepada semua orang Penang dan yang berdekatan sewaktu dengannya cepat-cepat datang ke sini boleh bergambar dan rasai seperti berada di negara Eropah yang penuh dengan bunga-bunga tulip. Tarikh diadakan pesta ini adalah bermula pada 19 March yang lalu dan akan tamat pada 17 April 2016 ini. Masuk adalah percuma dan lokasinya adalah  PT 740, Jalan Paboi, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan, 14100 Simpang Ampat, Penang.

Zya pun tidak lepaskan peluang untuk ke sini, kebetulan pula sekarang ini cuti pertengahan semester jadi datang sini selfie dan bergaya ala-ala dekat oversea.hehehe Ok zya tak nak cerita banyak korang boleh lihat sendiri apa yang ada dekat sini melalui gambar-gambar yang disajikan.









Inilah EcoWorld syarikat pemaju yang menganjurkan pesat taman bunga tulip led dan di sini korang perlu mendaftar dan mengisi borang dulu sebelum korang masuk ke dalam taman tersebut. 

Sekarang jom kita tengok suasana pada waktu malam pula dah nama bunga led mesti la lagi nampak menarik dengan cahaya lampu tu.







Akhir kata cepat-cepat korang ke sini yang dibuka pada jam 4.30 petang dan sekali lagi diingatkan masuk adalah percuma. Ok belanja sikit gambar budak baru belajar pakai kamera action. Kamera action apa tu kena nantikan lagi entry zya ok. Terima kasih sudi luangkan masa diruangan ini.






SEKIAN!!!!!



Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Newer Posts
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

  • ► 2023 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2022 (13)
    • ► December (1)
    • ► November (2)
    • ► October (2)
    • ► August (1)
    • ► July (1)
    • ► June (1)
    • ► April (1)
    • ► March (2)
    • ► February (2)
  • ► 2021 (26)
    • ► December (5)
    • ► November (7)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► April (5)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
  • ► 2020 (24)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (4)
    • ► August (3)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (3)
  • ► 2019 (35)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (6)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (4)
    • ► May (6)
    • ► April (3)
    • ► February (2)
    • ► January (6)
  • ► 2018 (55)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (6)
    • ► September (3)
    • ► August (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► May (9)
    • ► April (5)
    • ► March (9)
    • ► February (6)
    • ► January (7)
  • ► 2017 (41)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► February (4)
    • ► January (9)
  • ▼ 2016 (91)
    • ► December (8)
    • ► November (6)
    • ► October (4)
    • ► September (2)
    • ► August (5)
    • ► July (3)
    • ► June (7)
    • ► May (3)
    • ▼ April (6)
      • Segmen Tonton Uk20 Free Gift
      • BUTIK AVON ONLINE
      • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih
      • APA ITU INFOGRAFIK?
      • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MAL...
      • TAMAN BUNGA TULIP LED KINI BERADA DI PENANG
    • ► March (10)
    • ► February (14)
    • ► January (23)
  • ► 2015 (70)
    • ► December (8)
    • ► November (9)
    • ► October (15)
    • ► September (17)
    • ► August (21)

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • sitiyangmenaip
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
    3 days ago
  • Farah
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
    5 days ago
  • Marshaliza
    Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector
    2 weeks ago
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
    2 weeks ago
  • Nurfuzie.com
    Kucing Tidak Suka Minum Air? Ini Tips Untuk Korang
    2 weeks ago
  • Nor Azilah
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
    2 weeks ago
  • Zya Akma
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
    2 weeks ago
  • Fathin
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
    5 weeks ago
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
    3 months ago
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
    3 months ago
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
    3 months ago
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
    2 years ago
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
    2 years ago
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
    3 years ago
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
    3 years ago
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    4 years ago
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
    4 years ago
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
    4 years ago

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates