WONDERFOOD MUSEUM, PENANG - REVIEW BY KOMUNITI BLOGGER UTARA -

by - 08:31

ASSALAMUALAIKUM!!!! 

Alhamdulillah baru-baru nie team Komuniti Blogger Utara berkesempatan pergi ke Wonderfood Museum Penang. Inilah pengalaman pertama zya dapat lepak dengan geng blogger yang lain.



Wonderfood Museum Penang nie sebenarnya adalah sebuah muzium yang memaparkan replika-replika makanan tradisi orang Melayu, Cina dan India dalam saiz yang sangat besar. Setiap replika di sini direka bentuk yang seakan-akan sama dengan makanan yang betul dan ianya pasti akan menggugat selera anda. Wonderfood Museum Penang ini baru sahaja dibuka dan ramai yang belum mengetahui akan kewujudannya. Lokasi muzium nie pun dekat sangat dengan jeti, kalau korang guna waze pun mesti boleh jumpa dah signboard Wonderfood Museum Penang. Jangan jadi macam zya, yana dan zumal. Kami boleh tersesat tawaf 1 bangunan pagi-pagi buta tu. hahaha


Banner hadapan pintu masuk muzium

Banner dari tepi muzium. dari jauh jer terus zya dah nampak huruf W nie.

Dalam muzium ini sahaja korang boleh melihat pelbagai jenis makanan dan dihadapan pintu masuk pun sudah dihidangkan dengan makanan cendol yang sederhana besar. Jadi siap sedia kamera dan bateri penuh-penuh sebelum anda beraksi di dalam nanti.



Kaunter depan dimana korang boleh mendapatkan tiket serta info mengenai Wonderfood Museum Penang nie. Sekiranya korang pergi berdua sahaja jangan risau kerana terdapat staff Wonderfood Museum yang akan membantu mengambil gambar anda. Staff di sini sangat ramah dan mesra serta siap membantu kita bagaimana untuk beraksi bersama dengan replika-replika tersebut.


Bahagian pertama anda akan dihidangkan dengan teh tarik mamak dan mee goreng lambung. Masing-masing beraksi dengan gaya tersendiri dari kiri blogger Hikayat Budak Pening, Arz Moha dan si cilik, zya dan Dunia Zumal. Agak-agak kalau kami bergabung buka kedai ada pelanggan nak datang tak erk?? hihihi.


Tarik jangan tak tarik arz moha dan pha is. Kasi teh tarik kaw punya.


Makanan tradisi orang melayu di Malaysia. Kalau dapat makan semua nie boleh tersandar terus.


Beberapa jenis makanan sampingan dan yang paling istimewa dan terkenal di Penang nie ialah pasembor.


Ini pula adalah makanan tradisi masyarakat India,meriah tengok makanan nie semua. Zya bersama dengan blogger Lady Yana.


Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang direka sebiji macam kuih yang sebenar. Bila korang tengok pasti mengiurkan.





























Set makan malam yang bertemakan hitam putih. Alahai so sweet la you yana. Gambar nie diambil oleh staff Wonderfood Museum. 

Set makan yang bertemakan warna-warni, agak-agak boleh telan tak tengok ayam berwarna ungu tu. Terima kasih cik en untuk gambar awesome nie. Gambar candid nie diambil oleh blogger Eintan Nurfuzie.


Sate gergasi nie boleh buat makan satu kampung.


Muka bahagia zya dengan cik en bila dapat pegang sate gergasi nie. Kalau dijual agaknya berapa secucuk tu kan. hehe



Kami rasa macam nak terkam masuk dalam nie tengok rojak yang sangat menarik nie. Makanan kegemaran zya kot rojak buah kalau dekat seberang nie popular dengan nama rojak tonggek.


















Nasi lemak gergasi pun ada di sini

Amboi gambar dekat bawah ni apa yang besar sangat belakang kami tu. Nampak macam cendol jer tapi kenapa tinggi dari kami.



Sememangnya cendol tu sangat besar dan tinggi, kita pula yang terasa kerdil di sebalik replika nie semua.




Komuniti Blogger Utara makan besar masa ni dan kami ibarat satu keluarga yang harmoni. hahaha


Ini adalah cara orang dahulu berniaga dengan kandar makanan di bahu dan dibawa jual ke merata tempat.




Zaman dah berubah dan semakin canggih jadi cara perniagaan pun dah semakin berkembang dan maju.
Wonderfood Museum Penang ada 2 aras dan yang bawah nie adalah replika yang berada di aras atas dan  masih mengekalkan replika yang besar-besar dan zya sendiri kagum sangat dengan hasil tangan orang seni nie. Semuanya kelihatan sama dengan makanan yang asal walaupun butir-butir nasi tu.  Mereka nie sangat teliti dalam membuat kerja dan membentuk semua replika makanan.



Cuti semester zya buat part time jual ikan, sayur, beras semua sambil dibantu oleh si adik comel Yun Sing. hehehe blogger paling muda dalam Komuniti Blogger Utara.


Zya dan Yana nak buat kenduri makan roti canai gergasi boleh panggil satu kampung nie makan.


Durian gergasi siap boleh peluk lagi. Kalau makan sebesar ni boleh terjun kolam lepas tu kepanasan.

Tengah berfikir nie buah melaka ker bola sepak. Besar sangat rupanya.




















Ok ini pula bahagian di mana terdapat semua makanan yang dicampur serta disalut emas. Memang emas betul ye diorang makan yang dikhabarkan memberi kesan untuk kecantikan wajah. Makanan ini memang diambil dan diamalkan oleh masyarakat tersebut dan jangan terkejut kawasan ini berpagar besi dan dikawal rapi.


Korang hanya boleh mengambil gambar dengan selfie macam kami ni sebab kata salah seorang staff di situ tujuan cermin ini diletak adalah khas untuk pengunjung berselfie di kawasan tersebut memandangkan pengunjung tidak boleh memasuki kawasan larangan yang telah dihadkan.



Kalau bawa balik cili besar nie dekat mak mesti sebulan tak habis guna kan.hehehe


 Amboi besar betul coklat dia kan. Boleh rosak semua gigi makan manisan banyak nie.

Ais krim Magnum dan donut gergasi pun ada dan kawasan sini memang bau dia manis-manisan macam bau coklat.



Nampak atas meja nie berselerek saja kan tapi di sebalik selerak nie ada sesuatu gambar yang mereka telah lakukan iaitu daripada pandang tepi meja korang akan nampak gambar lukisan Mona Lisa.


Kreatif sangat kan


Gambar atas ini adalah sukatan gula yang diperlukan dalam badan mengikut peringkat umur dan jantina. bagi lelaki dewasa 9 sudu gula, perempuan dewasa sudu, kanak-kanak lelaki 5 sudu dan kanak-kanak perempuan adalah 3 sudu untuk sehari pemakanan. Jadi amalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan badan daripada sebarang penyakit.


Sayu tengok adik nie kekurangan makanan. Jadi janganlah kita membazir dengan setiap rezeki yang dikurniakan kerana masih ada insan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang dikurniakan.



Selfie dulu dengan ladies dalam Komuniti Blogger Utara. Dari kanan Yun Sing satu-satunya blogger paling muda dan berbangsa cina, seterusnya Liyana merangkap bff zya, dan yang bertudung ungu tu sapa tak kenal cik Eintan Nurfuzie dan last zya.

 Semua blogger yang hadir untuk review Wonderfood Museum Penang. Terima Kasih Semua.

Selepas berkunjung ke sini pasti korang lapar dan apa kata korang singgah dulu ke Restoran Kapitan dan menikmati Nasi Briani Ayam Tandorini yang sedap tu.




Ok nie nasi betul ye bukak replika.hehehe




Pada korang yang tidak tahu ke mana pada cuti nanti bolehlah datang berkunjung dan merasai sendiri pengalaman seperti zya dan rakan-rakan blogger.Paling istimewa pada hari raya cina ini akan ada tambahan menu seperti buah limau mandarin dan juga makanan yang menjadi tradisi masyarakat cina untuk malam makan besar.






Harga Tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum Penang adalah :-
Dewasa : RM15 (Mykad)
: RM25 (Non Mykad)
Pelajar : RM10 
Kanaka-kanak : Percuma

Alamatnya adalah 49, Lebuh Pantai (Beach Street), 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Terletak bersebelahan dengan CIMB bank. dan boleh juga call ke +604-2519095 atau terus ke facebook Wonderfood Museum Penang.

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi - 6 pm 
Noted : (Untuk perayaan cina nie akan ditutup pada 7 & 8 haribulan.)


Akhirnya di sini sahaja review zya untuk entry kali ini yang sangat panjang lebar. Review yang dijalankan kami pada 31 Januari 2016 berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada blogger yang terlibat Arz Moha, Zumal, Pha Is, Cik En, Miss Zyaroses, Liyana, dan juga Yun Sing ,   Semoga kita dapat berkumpul lagi dengan semua ahli yang mana tidak dapat turut serta tu.





SEKIAN!!!!




You May Also Like

16 Comments