AGIHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M 2016 DI UNIMAP

by - 08:50


AGIHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M 2016 | Semua pelajar tahun 2 untuk fakulti perniagaan telah menerima baucer buku hari ini Alhamdulillah terima kasih di atas pemberian ini dan ini kali ke-5 zya mendapat baucer sejak dari zaman diploma dulu sampai masuk zaman degree. Korang tahu apa syarat untuk mendapatkan baucer buku ini? Tak tahu kan, jadi zya nak cerita sikit mengenai baucer buku 1 Malaysia ini siapa sebenarnya yang layak untuk dapat.

Pelajar yang layak menerima BB1M 2016 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016
  3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2015Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
  4. Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawak akta-akta yang berkuatkuasa
  5. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa
Tempoh Sah BB1M 2016 Dan Kadar Nilai :-

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2016 (tarikh akhir adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan semasa. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui institusi pengajian yang terlibat). Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250

Cara Mendapatkan Dan Tanggungjawab Menggunakan BB1M RM250:-

  • Setiap pelajar yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu, sebaliknya layak menerima BB1M 2016 secara automatik serta akan dimaklumkan mengenai agihan BB1M oleh Institusi Pengajian atau pelajar boleh membuat tuntutan dengan berurusan melalui pihak institusi terbabit jika belum menerima BB1M tahun 2016
  • Sebaik sahaja menerima BB1M tersebut pelajar dikehendaki mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M
  • Pelajar perlu menggunakan BB1M di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M dan kad pengenalan



Baucer buku 1 Malaysia pun sudah berada di tangan sekarang. Jadi tunggu apa lagi jom kita terjah kedai-kedai yang berdekatan anda sekarang dan pastikan kedai itu  menerima baucer buku. Cepat cepat sebelum tamat tempoh dan sah laku baucer buku ni kalau tidak nanti rugi sahaja. 




Sekian!!!!!!





You May Also Like

8 Comments