facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ZYA AKMA

Pages

  • Home
  • ABOUT ME
  • CONTACT ME
  • PRODUCT
  • FOOD
  • PLACE
  • TIPS
  • TUTORIALS
  • SEGMENTS
  • OTHERS

Starvendors Penang Foodstival 2023 kembali buat julung-julung kalinya di Pulau Pinang dan lokaso edisi ke-13 penganjuran dibawah Starvendors Event Sdn Bhd dan acara gilang gemilang ini akan diadakan di Juru, Autocity, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dimana acara ini mengumpulkan lebih 45 selebriti tanahair serta usahawan-usahawan dalam pelbagai sektor seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kembara, makanan , minuman dan lain-lain. 

Objektif utama acara ini dijalankan adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan keluarga yang mesti dikunjungi dan tambahan lagi, ianya bagi meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan. 


Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga. “Starvendor Penang Foodstival 2023 akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 10 November hingga 12 November selama tiga hari berturut-turut dan buat julung kalinya acara ini diadakan di Pulau Pinang dengan pelbagai acara menarik disajikan buat kehadiran pengunjung.


“Antaranya acara jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara Women To Women, permainan kanak-kanak dan keluarga, pertandingan karaoke Starvoice, pertandingan model wanita dan cilik termasuk persembahan istimewa kumpulan rock, XPDC. 


“Tidak ketinggalan satu acara kemuncak iaitu Himpunan Kemanusian Palestine yang diadakan pada 12 November 2023 bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang yang menampilkan Ustaz Wadi Anuar dan kumpulan nasyid Rabbani dan Ayden,” katanya. 


Ifa Raziah menambah, Starvendors Penang Foodstival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 45 artis terkenal tanahair yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri antaranya Mila Jirin, Noraniza Idris, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Reen Rahim, Nadia Brian, Ika Nabila, Cat Farish & Shikin Maembong, Cheta Pot Pet, Nur Ristena, dan ramai lagi. 


Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Juru, Autocity Bukit Mertajam telah menyediakan lokasi bagi acara ini dan tidak lupa penaja rasmi, Bizmilla Weeding Centre dan disokong Penang Global Tourism dan rakan strategik Hotel Iconic Penang.


Harapan Star Vendors Event Sdn Bhd adalah dapat menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke Pulau Pinang sekaligus berhasrat menjadikan Starvendor Penang Foodstival ini dalam kalendor pelancongan negeri Pulau Pinang. 

Tambahan lagi, Starvendors Event Sdn Bhd juga diiktiraf Malaysia Book Records sebagai Festival Raya Tanpa Henti dan Terpanjang No.1 di Malaysia. Jutaan perhargaan ini turut diberikan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Majlis Bandaraya Seberang Perai,, Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) dan kelab motosikal berkuasa tinggi (NVOG & Friends, Penang Marshall Community dan HOG Group Penang). 




Tidak ketinggalan satu lawatan mesra dan kebajikan daripada Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) dan Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang bersama 8 pesakit terdiri kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser untuk bertemu selebriti Ifa Raziah dan selebriti tanahair pada Sabtu (11 November 2023) pada jam 3.30 petang hingga 4 petang. Terima Kasih




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Mari berseronok dengan Kotak Duit Misteri di Shopee Live!

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2023 - Bersiap sedia untuk menikmati jualan hebat terbesar tahun ini pada harga terendah. Ya, Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali lagi tahun ini di mana anda boleh menikmati promo terbaik, hiburan menyeronokkan, dan penjimatan terhebat! Tandakan kalendar anda bermula hari ini sehingga 14 November 2023 untuk pengalaman membeli-belah extravaganza yang lain dari yang lain.

Ini baru sahaja permulaan kerana Shopee menambahkan lagi keseronokan kerana anda berpeluang untuk memenangi sehingga RM1 Juta melalui Shopee Live! Di 11.11 Jualan Hebat, jangan ketinggalan untuk menikmati promo hebat, baucar menarik, dan potensi untuk menang besar dengan Shopee.


Menangi Hingga RM1 Juta dengan Shopee Live: Shopee 11.11 Jualan Hebat menawarkan peluang untuk menang besar sambil menonton selebriti kegemaran berceloteh tentang trend fesyen dan kecantikan terbaharu. Shopee Live lebih meriah dengan peraduan Kotak Duit Misteri yang berlangsung hari ini sehingga 9 November pada jam 8 malam dan pada jam 10 malam dari 10 - 11 November.

Dengan hadiah utama sehingga RM1 juta untuk dimenangi, tahun ini menjanjikan keseronokan dan peluang lain dari yang lain. Untuk menyertai peraduan, pengguna perlu menebus kod unik dari laman utama peraduan dan melengkapkan satu ‘checkout’ strim langsung untuk layak disenaraikan sebagai pengguna bertuah yang terpilih untuk bermain Kotak Duit Misteri. Jom membeli melalui Shopee Live untuk terpilih — lagi banyak anda membeli, lagi tinggi peluang untuk menang!

Penghantaran PERCUMA Tanpa Perbelanjaan Minimum: Lambaikan selamat tinggal kepada kos penghantaran kerana Shopee menawarkan baucar Penghantaran Percuma, yang boleh ditebus setiap hari pada jam 12 pagi. Jangan lupa tebus baucar ketika ‘checkout’ pada 11 November.

Diskaun 90% di Shopee Live: Inilah acara membeli-belah yang ditunggu-tunggu! Tonton Shopee Live untuk promo terbaik dalam talian dan berhibur bersama jenama dan penjual kegemaran anda. Jangan lupa untuk menebus baucar diskaun 90% Shopee Live yang boleh didapati sepanjang hari pada 11 November!

Promo 'Knockout' RM11: Jom mengembara ke dunia barangan diskaun termasuk kasut, ‘headphone’, beg, baju, alat solek, topi, dan banyak lagi, kesemuanya berharga RM11. Anda cuma perlu memilih barangan yang digemari dan tambah ke ‘cart’, kemudian tandakan 11 November 11 pagi dan 8 malam di kalendar anda untuk memastikan anda tidak ketinggalan dengan promo luar biasa ini. Jangan terlepas untuk berjimat hebat.

Shopee Mall: Membeli-belah tanpa risau dan jimat hebat di Shopee Mall di mana kualiti dan kepercayaan diutamakan untuk kepuasan anda. Dengan lebih 5,000 jenama terkemuka, kepercayaan dan kualiti adalah keutamaan kami. Beli dari jenama asli 100%, nikmati polisi pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda. Nikmati promo dan diskaun setiap hari daripada jenama terkemuka seperti 70mai, Dessini, Skechers, SKINTIFIC, Vinda, dan banyak lagi, terutamanya di Shopee Live.

Keahlian Jenama Shopee Mall: Nikmati keistimewaan Keahlian Jenama Shopee Mall, dari akses VIP sehingga penjimatan hebat, yang disesuaikan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah anda. Pengguna boleh mendapat akses utama terhadap produk baharu, layak untuk mendapat diskaun dan promo khas untuk ahli, dan menebus baucar dan hadiah sambil memperoleh ‘points’ dengan setiap pembelian. Jenama-jenama terlibat termasuk Clef Skincare, Headsprofessionalparis, Johnson&Johnson, Lumi, Ogawa, dan banyak lagi.

Shopee 11.11 Jualan Hebat ialah gerbang untuk anda memasuki dunia peraduan menyeronokkan dan promo tanpa tandingan. Jadi, tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk membeli-belah dan menyertai peraduan untuk berpeluang menjadi jutawan sambil menikmati pelbagai diskaun di musim membeli-belah ekstravaganza luar biasa ini.
Layari Shopee 11.11 Jualan Hebat sekarang di https://shopee.com.my/m/11-11
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Kitsui adalah jenama suplemen kesihatan yang dipercayai dan popular di Malaysia selama lebih daripada 20 tahun lamanya. Seperti yang semua sedia maklum sis memang peminat dan pengguna tegar produk Kitsui ini. Jadi kali ini sis nak kongsi berkenanan satu produk baru yang sis tengah amalkan. Produk tersebut ialah KITSUI 39 Superfood Meal Replacement. Produk ini adalah makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak. Makanan tambahan yang dapat BANTU KURANGKAN MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH, mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.


Produk ini sesuai untuk diambil oleh

✅ Dewasa dan Warga Emas

✅ Sesuai utk sekeluarga

✅ Masalah Gula Tinggi dalam Darah

✅ Masalah Tekanan Darah Tinggi

✅ Mahukan kesihatan Mata

✅ Mengekalkan tulang yang sihat

✅ Menginginkan tenaga

✅ Mencari kesihatan yang lebih baik


Antara faedah utama produk Kitsui 39 Superfood Meal Replacement ini ialah dapat mengurangkan gula dalam darah, membantu meningkatkan sistem imuniti, mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang, membantu mengekalkan kesihatan mata. Selain itu, terdapat kebaikan 39 Superfood Meal Replacement yang lain iaitu :

Nutrien Lengkap : 39 bijirin dan herba, menyediakan pelbagai jenis nutrien penting, vitamin, dan mineral yang membantu menggalakkan tenaga, stamina, kesihatan dan kesejahteraan.

Sacha Inci (Omega 3, 6, 9) : Sacha Inchi ini adalah sumber sokongan acid lemak omega 3, 6, dan 9 yang baik untuk kesihatan jantung, fungsi otak dan kesihatan tulang yang mempunyai manfaat menyeluruh untuk kawasan penting ini. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol .

Tiada Gula Tambahan : Beta-Glucan BG25 membantu mengawal paras gula dalam badan secara semulajadi. KITSUI 39 SuperFood Multigrain juga tidak mengandungi gula tambahan. Membantu menurunkan gula dalam darah.

Kesihatan Mata : Produk multigrain mengandungi bahan-bahan seperti Spirulina dan vitamin C, yang membantu membekalkan antioksidan dan nutrien penting bagi menyokong kesihatan mata.

Kesihatan Pencernaan dan Sokongan Imuniti: Prebiotik (10 Bilion CFU) dan Spirulina membantu menggalakkan usus yang sihat serta membantu dalam penghadaman, dan menyokong imunisasi dalam badan. Gabungan ini memberikan kesihatan penghadaman dan peningkatan imuniti dengan lebih baik.

Bahan-bahan utama yang terkandung di dalam produk ini ialah 39 bijirin dan herba yang kaya dengan serat makanan, kaya dengan protein sayuran dan membekalkan tenaga untuk badan. Manakala untuk bahan sacha Inci (Omega 3, 6, 9) ianya kaya dengan Antioksidan dan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti. Bagi Spirulina pula ianya kaya dengan antioksidan dan ianya juga turut membantu meningkatkan sistem imun. Terdapat juga 17 jenis vitamins dan minerals di dalam ini yang bahan-bahan ini membanti dalam mengekalkan fungsi fisiologi kesihatan, kaya dengan antioksidan dan membantu menyokong sistem imuniti.


Selain itu, terdapat juga prebiotics (10 Billion CFU) yang membantu mengekalkan kesihatan usus, membantu meningkatkan imuniti badan dan membantu menggalakkan penyerapan Calsium. Produk ini mempunyai formula yang komprehensif terhadap

📌 Bijirin & Herba secara semulajadi

📌Kualiti Premium

📌Mengandungi nutrien harian yang diperlukan

📌Kaya dengan serat pemakanan, prebiotik & omega 3,6,9

📌Mengandungi kalsium, magnesium, zat besi, zink dan Vitamin A,B,C,D

📌Formula Khas rendah lemak, rendah gula


Kitsui 39 Superfood Meal Replacement adalah prepack yang mudah kerana dengan hanya satu sachet sehari dengan gabungan pelbagai jenis bahan dapat melengkapkan rutin harian korang. Korang hanya perlu membancuh dengan air atau minuman kegemaran anda dan nikmati rasa yang sedap dan baik untuk kesihatan.

VIDEO

Cara Penggunaannya sangatlah mudah dengan hanya campurkan 1 sachet (30gm) ke dalam 200-250mL air sejuk atau air suam. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja minuman yang korang suka dan sedia untuk minum. Sekiranya korang ada botol boleh masukkan ke dalam botol dan goncangkan sehingga ianya larut dan minum. Kalori untuk setiap kali pengambilan adalah 120.6 kcal sahaja.

Tunggu apa lagi cepat dapatkan segera produk ini di watsons, farmasi terpilih atau website segera. Alami sendiri keberkesanan produk ini dan korang pasti berpuas hati dengan hasilnya. Aku sebagai pengguna produk ini yang telah mengamalkan sendiri terasa amat berpuas hati dengan hasilnya. Badan berasa ringan dan perut tidak berasa lapar sepanjang masa, kerana ia mampu mengawal selera makan kita.

Jenama kitsui ini mengutamakan kawalan kualiti dan mematuhi segala piawaian industri seperti ISO, HACCP dan GMP untuk memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti tertinggi di pasaran sekarang.





Produk Kitsui ini menggunakan bahan semulajadi seperti berasaskan tumbuhan, yang menjadikannya selamat untuk dimakan dan sesuai untuk individu yang mempunyai had pemakanan atau keutamaan diet seperti vegetarian dan vegan. Jenama ini telah disahkan Halal bagi memastikan pengguna Islam boleh menggunakan produk Kitsui dengan yakin tanpa ada ragu-ragu. Terdapat banyak testimoni yang positif daripada pelanggan yang berpuas hati terhadapa produk ini dan ianya telah membuktikan bahawa keberkesanan produk Kitsui dalam mencapai hasil yang diinginkan seperti peningkatan tenaga, penghadaman yang lebih baik dan kesihatan keseluruhan yang lebih baik.


 




Produk Kitsui ini telah menerima pelbagai anugerah untuk produk berkualiti mereka, termasuk Brand Laureate, Anugerah Asia Halal, Watson Top Brand dan brand Superhealth. Anugerah ini menjadi bukti kepada komitmen Kitsui untuk menyediakan makanan tambahan kesihatan yang selamat, berkesan dan berkualiti tinggi kepada pengguna. Pengiktirafan anugerah ini juga membuktikan kepercayaan dan sokongan yang Kitsui perolehi daripada pelanggan dan juga industri. Kitsui komited dan berdedikasi terhadap kualiti dan kecemerlangan dan menjadikan mereka jenama yang bereputasi tinggi dan dihormati dalam industri suplemen kesihatan.








Kitsui Website : https://kitsui.com.my/

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Kitsui Official Lazada Mall : https://www.lazada.com.my/shop/kitsui-beauty-store

Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Siapa penggemar bbq korang wajib singgah di Amari Spice Penang kerana terdapat BBQ Bounty Buffet Dinner yang baharu di Amaya Food Galerry ini setiap hari Jumaat dan Sabtu dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Amaya Food Gallery ini adalah salah satu tempat makan malam bufet pilihan di Bayan Lepas. 

Amaya Food Gallery ini terletak di Amari SPICE Pulau Pinang dan baru-baru ini mereka telah menerima pensijilan HALAL untuk dapurnya termasuk dapur Amaya Food Gallery dan pasukan kulinarinya yang telah menyediakan pilihan bufet yang banyak untuk korang menghabiskan keseronokan santai pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.




Amari SPICE Penang menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan keanggunan jalinan pengcahayaan semula jadi dari dinding kaca serta digabung dengan cahaya dari lampu-lampu telah membangkitkan suasana selesa, serta mewujudkan persekitaran yang indah untuk santapan yang menyeronokkan.


Korang perlu singgah kerana di sinilah syurga makanan buat korang. BBQ Bounty Buffet Dinner ini menyajikan pelbagai pilihan makanan termasuk seafood on ice, pit BBQ “live’ di open kitchen mereka serta pelbagai pilihan daging dan makanan laut segar mengikut citarasa korang. Di samping itu juga, terdapat pilihan hidangan antarabangsa east-meets-west, masakan tempatan yang popular, serta masakan berasaskan thailand pun ada di sini. Bagi yang gemar dengan dessert di sini juga terdapat pelbagai dessert yang menarik dan sedap dan pasti akan membuat korang rambang mata di sini. Jom kita lihat menu-menu yang terdapat bagi BBQ Bounty Buffet Dinner ini. 

BARBEQUE STATION

      

Roasted rib eye


Boneless lamb leg


Ayam percik


Pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran yang di panggang dan di grill 



Grilled Vegetable


Grilled Corn on the Cob


Roasted Pumpkin


Grilled Eggplant
 

Garlic Mashed  Potato 


Macaroni and Cheese


Pelbagai pilihan sos seperti 

Mushroom Sauce, Black Pepper Sauce, BBQ Sauce, Tomato Ketchup, Chili Sauce, Mayonnaise, Cheese, Sauce Wasabi Dressing




SEAFOOD IN ICE







JAPANESE SELECTION 





Bagi yang membawa mak, ayah, tok, tokwan pasti tekak mereka mahukan nasi serta lauk pauk kan? Jadi jangan risau di sini juga turut menyajikan pembuka selera seperti nasi putih, nasi goreng berserta dengan lauk-pauk seperti yang berikut.

NASI 


Nasi Goreng 


Koey Teow Goreng 


Chinese Kitchen 

Chicken with bbq sauce 


Udang Goreng Oatmeal


Siakap Masam Manis 


Sayur Campur 


KAWAH DISH

Seafood Masak Lemak Cili Api


Seafood Masak Sambal 


Daging Tetel Asam Pedas


THAI CUISINE

Thai Otak-otak Seafood


Thai Garlic & Pepper Fried Crab


Thai Bangkok Steamed Seafood


Thai Squid with Dried Curry Paste


INTERNATIONAL HOT SPREAD

Seafood Jambalaya 


Mutton Masala

Braised Aglio Olio

Fish and Chip with Tartar Sauce

SOUPS WITH BREADS

Seafood Chowder

Tom Yum Seafood Soup

Freshly Baked Mix Breads


LIVE NOODLES COUNTER WITH CONDIMENT

Seafood Moi Sup & Steamed Seafood Hot Bowl


ANEKA JENIS SALAD, BUAH-BUAHAN DAN KERABU





PENCUCI MULUT

Bahagian dessert ini adalah syurga bagi seketul zya akma sebabnya aku ni sejenis yang fanatik dengan dessert. Semua jenis dessert aku suka untuk cuba ya. Pergi mana-mana pun bahagian dessert yang selalu aku akan cari dan yang bawa kana-kanak tu sini pasti jadi tarikan utama mereka. hehehe ok jom kita tengok dessert apa yang menarik dekat sini. 


















BBQ Bounty Buffet Dinner ini berharga RM 148 nett (dewasa) 
dan 
RM 98 nett (setiap Kanak-kanak berumur 
6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas).



Bagi ahli ONYX Rewards menerima diskaun 10%, terpakai pada harga dewasa berbayar penuh. Selain itu, buffet lain yang terdapat di Amaya Food Gallery ialah:

Bufet Makan Tengahari “Melting Pot”.

Setiap Isnin hingga Jumaat, 12 tengahari hingga 2.30 petang Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 98 nett seorang dewasa dan RM 68 nett setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas

Korang boleh nikmati bufet makan tengah hari pada hari bekerja dengan pelbagai hidangan Hidangan Melayu, Thai & Pulau Pinang. Cuba Chef Syor; Nasi Ayam Thai & Mee Thai Sup Bot.

Makan Malam Bufet Panggang & Grill

Setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang hingga 10.30 malam Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 108 bersih seorang dan RM 78 bersih setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas

SeDulang SeKawan.

Bagi anda dan rakan sekerja atau rakan lain, yang ingin mencuba makan tengah hari makanan tempatan bolehlah mencuba SeDulang SeKawan.

Setiap Isnin hingga Jumaat, 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang, sehingga 30 September 2023 dengan kadar RM 78 nett setiap sedulang untuk 2 orang/dewasa. Sesuatu yang ringkas tetapi lazat, nikmati dengan cepat.Set Makan Tengahari SeDulang SeKawan; sesuai untuk 2 atau 4 orang.


Nikmati menu sambutan kemerdekaan tahun ni di Amari SPICE Penang dengan menikmati menu kegemaran tempatan di Amara Food Galery. Terdapat promosi bulan kemerdekaan “Merdeka Special” pada 30 & 31 Ogos 2023.

Merdeka’s Eve Roast & Grill Buffet Dinner 
Tarikh : 30 Ogos 2023 
Masa : 6.30 pm - 10.30 pm
Harga : RM128 nett (Dewasa) | RM98 nett (Kanak2 & Warga Emas) 

Merdeka Day’s Melting Pot Buffet Lunch 
Tarikh: 31 Ogos 2023 
Masa: 12.00 pm - 3.00 pm
Harga: RM108 nett (Dewasa) | RM78 nett ( Kanak2 & Warga Emas). 

Jadi jom cepat rasai dan alami sendiri kesemua hidangan yang ada di Amara Food Galeri ini sebelum penhujung September 2023. Untuk tempahan boleh contact 012-9561030  @ emel fnb.penang@amari.com



 


















Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

Quote

HIDUPLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN

About me

Photo Profile
Zya Akma

Hi! I am Zya Akma — Writer & a photographer. Join me as I share great stories, amazing photos, and awesome tips for people who love to travel,beauty, and food. !.

Read More

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • Google+
  • pinterest
  • youtube
Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA

  • Nor Azilah
    Antara SBP dan MRSM, mana satu pilihan Anak
  • Dunia Zumal
    Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya
  • Marshaliza
    Succulent Fair Kembali Lagi Terjah Ipoh Parade
  • Zya Akma
    ‘Nindia Starvendors Penang Foodstival 2023 sudah mari, baru ada surrrrr!!! Starvendors Pasti Mega’
  • Farah
    KITSUI BELLOSS FIBER MINUMAN CAMPURAN BOTANI UNTUK KESIHATAN
  • Fathin
    Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live
  • Nurfuzie.com
    Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak
  • sitiyangmenaip
    Salam Dari Tanah Suci
  • Faiz Zakaria/ Pha is
    ChatGPT: Membantu Mencipta Pengalaman Interaktif
  • ARZMOHA
    BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA
  • Fatimah Timm
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
  • Husna Zahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • zarul farhana
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • Nurul Yui
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
  • Salmiah Md ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
  • Siti Sharini
    Panduan Takaful
Show 5 Show All

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

MEMBER OF BUTTERFLY PROJECT

Popular Posts

  • 10 IJAZAH YANG PALING MUDAH DAPAT PEKERJAAN DI MALAYSIA
  • APA ITU INFOGRAFIK?
  • Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih
  • LIRIK LAGU GERUA VERSI MELAYU | DILWALE

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates