Siapa penggemar bbq korang wajib singgah di Amari Spice Penang kerana terdapat BBQ Bounty Buffet Dinner yang baharu di Amaya Food Galerry ini setiap hari Jumaat dan Sabtu dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Amaya Food Gallery ini adalah salah satu tempat makan malam bufet pilihan di Bayan Lepas.
Amaya Food Gallery ini terletak di Amari SPICE Pulau Pinang dan baru-baru ini mereka telah menerima pensijilan HALAL untuk dapurnya termasuk dapur Amaya Food Gallery dan pasukan kulinarinya yang telah menyediakan pilihan bufet yang banyak untuk korang menghabiskan keseronokan santai pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.
Amari SPICE Penang menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan keanggunan jalinan pengcahayaan semula jadi dari dinding kaca serta digabung dengan cahaya dari lampu-lampu telah membangkitkan suasana selesa, serta mewujudkan persekitaran yang indah untuk santapan yang menyeronokkan.
Korang perlu singgah kerana di sinilah syurga makanan buat korang. BBQ Bounty Buffet Dinner ini menyajikan pelbagai pilihan makanan termasuk seafood on ice, pit BBQ “live’ di open kitchen mereka serta pelbagai pilihan daging dan makanan laut segar mengikut citarasa korang. Di samping itu juga, terdapat pilihan hidangan antarabangsa east-meets-west, masakan tempatan yang popular, serta masakan berasaskan thailand pun ada di sini. Bagi yang gemar dengan dessert di sini juga terdapat pelbagai dessert yang menarik dan sedap dan pasti akan membuat korang rambang mata di sini. Jom kita lihat menu-menu yang terdapat bagi BBQ Bounty Buffet Dinner ini.
BARBEQUE STATION

Roasted rib eye
Boneless lamb leg
Ayam percik
Pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran yang di panggang dan di grill
Grilled Vegetable
Grilled Corn on the Cob
Roasted Pumpkin
Grilled Eggplant
Garlic Mashed Potato
Macaroni and Cheese
Pelbagai pilihan sos seperti
Mushroom Sauce, Black Pepper Sauce, BBQ Sauce, Tomato Ketchup, Chili Sauce, Mayonnaise, Cheese, Sauce Wasabi Dressing
SEAFOOD IN ICE
JAPANESE SELECTION
Bagi yang membawa mak, ayah, tok, tokwan pasti tekak mereka mahukan nasi serta lauk pauk kan? Jadi jangan risau di sini juga turut menyajikan pembuka selera seperti nasi putih, nasi goreng berserta dengan lauk-pauk seperti yang berikut.
NASI
Nasi Goreng
Koey Teow Goreng
Chinese Kitchen
Chicken with bbq sauce
Udang Goreng Oatmeal
Siakap Masam Manis
Sayur Campur
KAWAH DISH
Seafood Masak Lemak Cili Api
Seafood Masak Sambal
Daging Tetel Asam Pedas
THAI CUISINE
Thai Otak-otak Seafood
Thai Garlic & Pepper Fried Crab
Thai Bangkok Steamed Seafood
Thai Squid with Dried Curry Paste
INTERNATIONAL HOT SPREAD
Seafood Jambalaya
Mutton Masala
Braised Aglio Olio
Fish and Chip with Tartar Sauce
SOUPS WITH BREADS
Seafood Chowder
Tom Yum Seafood Soup
Freshly Baked Mix Breads
LIVE NOODLES COUNTER WITH CONDIMENT
Seafood Moi Sup & Steamed Seafood Hot Bowl
ANEKA JENIS SALAD, BUAH-BUAHAN DAN KERABU
PENCUCI MULUT
Bahagian dessert ini adalah syurga bagi seketul zya akma sebabnya aku ni sejenis yang fanatik dengan dessert. Semua jenis dessert aku suka untuk cuba ya. Pergi mana-mana pun bahagian dessert yang selalu aku akan cari dan yang bawa kana-kanak tu sini pasti jadi tarikan utama mereka. hehehe ok jom kita tengok dessert apa yang menarik dekat sini.
BBQ Bounty Buffet Dinner ini berharga RM 148 nett (dewasa)
dan
RM 98 nett (setiap Kanak-kanak berumur
6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas).
Bagi ahli ONYX Rewards menerima diskaun 10%, terpakai pada harga dewasa berbayar penuh. Selain itu, buffet lain yang terdapat di Amaya Food Gallery ialah:
Bufet Makan Tengahari “Melting Pot”.
Setiap Isnin hingga Jumaat, 12 tengahari hingga 2.30 petang Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 98 nett seorang dewasa dan RM 68 nett setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas
Korang boleh nikmati bufet makan tengah hari pada hari bekerja dengan pelbagai hidangan Hidangan Melayu, Thai & Pulau Pinang. Cuba Chef Syor; Nasi Ayam Thai & Mee Thai Sup Bot.
Makan Malam Bufet Panggang & Grill
Setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang hingga 10.30 malam Sehingga 30 September 2023 dengan harga RM 108 bersih seorang dan RM 78 bersih setiap Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun / Warga Emas 65 tahun ke atas
SeDulang SeKawan.
Bagi anda dan rakan sekerja atau rakan lain, yang ingin mencuba makan tengah hari makanan tempatan bolehlah mencuba SeDulang SeKawan.
Setiap Isnin hingga Jumaat, 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang, sehingga 30 September 2023 dengan kadar RM 78 nett setiap sedulang untuk 2 orang/dewasa. Sesuatu yang ringkas tetapi lazat, nikmati dengan cepat.Set Makan Tengahari SeDulang SeKawan; sesuai untuk 2 atau 4 orang.
Nikmati menu sambutan kemerdekaan tahun ni di Amari SPICE Penang dengan menikmati menu kegemaran tempatan di Amara Food Galery. Terdapat promosi bulan kemerdekaan “Merdeka Special” pada 30 & 31 Ogos 2023.
Merdeka’s Eve Roast & Grill Buffet Dinner
Tarikh : 30 Ogos 2023
Masa : 6.30 pm - 10.30 pm
Harga : RM128 nett (Dewasa) | RM98 nett (Kanak2 & Warga Emas)
Merdeka Day’s Melting Pot Buffet Lunch
Tarikh: 31 Ogos 2023
Masa: 12.00 pm - 3.00 pm
Harga: RM108 nett (Dewasa) | RM78 nett ( Kanak2 & Warga Emas).
Jadi jom cepat rasai dan alami sendiri kesemua hidangan yang ada di Amara Food Galeri ini sebelum penhujung September 2023. Untuk tempahan boleh contact 012-9561030 @ emel fnb.penang@amari.com