‘Nindia Starvendors Penang Foodstival 2023 sudah mari, baru ada surrrrr!!! Starvendors Pasti Mega’

by - 18:00


Starvendors Penang Foodstival 2023 kembali buat julung-julung kalinya di Pulau Pinang dan lokaso edisi ke-13 penganjuran dibawah Starvendors Event Sdn Bhd dan acara gilang gemilang ini akan diadakan di Juru, Autocity, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dimana acara ini mengumpulkan lebih 45 selebriti tanahair serta usahawan-usahawan dalam pelbagai sektor seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kembara, makanan , minuman dan lain-lain. 

Objektif utama acara ini dijalankan adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan keluarga yang mesti dikunjungi dan tambahan lagi, ianya bagi meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan. 


Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga. “Starvendor Penang Foodstival 2023 akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 10 November hingga 12 November selama tiga hari berturut-turut dan buat julung kalinya acara ini diadakan di Pulau Pinang dengan pelbagai acara menarik disajikan buat kehadiran pengunjung.


“Antaranya acara jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara Women To Women, permainan kanak-kanak dan keluarga, pertandingan karaoke Starvoice, pertandingan model wanita dan cilik termasuk persembahan istimewa kumpulan rock, XPDC. 


“Tidak ketinggalan satu acara kemuncak iaitu Himpunan Kemanusian Palestine yang diadakan pada 12 November 2023 bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang yang menampilkan Ustaz Wadi Anuar dan kumpulan nasyid Rabbani dan Ayden,” katanya. 


Ifa Raziah menambah, Starvendors Penang Foodstival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 45 artis terkenal tanahair yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri antaranya Mila Jirin, Noraniza Idris, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Reen Rahim, Nadia Brian, Ika Nabila, Cat Farish & Shikin Maembong, Cheta Pot Pet, Nur Ristena, dan ramai lagi. 


Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Juru, Autocity Bukit Mertajam telah menyediakan lokasi bagi acara ini dan tidak lupa penaja rasmi, Bizmilla Weeding Centre dan disokong Penang Global Tourism dan rakan strategik Hotel Iconic Penang.


Harapan Star Vendors Event Sdn Bhd adalah dapat menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke Pulau Pinang sekaligus berhasrat menjadikan Starvendor Penang Foodstival ini dalam kalendor pelancongan negeri Pulau Pinang. 

Tambahan lagi, Starvendors Event Sdn Bhd juga diiktiraf Malaysia Book Records sebagai Festival Raya Tanpa Henti dan Terpanjang No.1 di Malaysia. Jutaan perhargaan ini turut diberikan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Majlis Bandaraya Seberang Perai,, Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) dan kelab motosikal berkuasa tinggi (NVOG & Friends, Penang Marshall Community dan HOG Group Penang). 




Tidak ketinggalan satu lawatan mesra dan kebajikan daripada Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) dan Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang bersama 8 pesakit terdiri kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser untuk bertemu selebriti Ifa Raziah dan selebriti tanahair pada Sabtu (11 November 2023) pada jam 3.30 petang hingga 4 petang. Terima Kasih




You May Also Like

0 Comments