Kuih Raya Dari Hati Semarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk dan MYDIN

by - 19:34


Cadbury Dairy Milk dan MYDIN mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan – Kuih Raya Dari Hati Semarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk dan MYDIN dengan membuat kuih untuk rumah kebajikan serta mencatat nama dalam The Malaysian Book of Records.

KUALA LUMPUR, 8 Mac 2023 - Di bulan yang mulia ini, umat Islam berpuasa untuk memperingati mereka yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama meningkatkan kesyukuran dalam diri. Sebagai pelengkap untuk Ramadan kali ini, Cadbury Dairy Milk menyatukan keluarga di Malaysia menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.


Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia dapat melakukan kebaikan dengan membuat kuih Tart Cadbury yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Acara Kuih Raya Dari Hati akan menghimpunkan rakyat Malaysia untuk membuat kuih Tart Cadbury dengan harapan mencipta sejarah sekaligus menerima gelaran “Kuih Tart Coklat Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records.


“Kempen Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam kalangan ahli keluarga. Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, harapan kami aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records. Tanpa MYDIN, segala hasrat ini adalah mustahil untuk dilaksanakan sendiri dan kami amat bersyukur atas sokongan penuh yang mereka berikan,” Narmeen Khan, Pengarah Urusan Mondelēz International Malaysia & Singapore.


“MYDIN amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk untuk menceriakan hari mereka yang memerlukan. Amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan di bulan Ramadan. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini dengan menyediakan tempat khas untuk Cadbury. Semoga kempen ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga serta senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut Hari Raya,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).

Acara Kuih Raya Dari Hati ini akan dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:

● MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
● MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)
● MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
● MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)


Sesi membuat kuih Tart Cadbury turut menampilkan chef selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain. Untuk menyertai acara ini, peserta hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk https://bit.ly/CadburyMydinRSVP dan layak untuk menerima baucar beli-belah MYDIN.


Selain itu, kempen Kuih Raya Dari Hati turut menyaksikan kerjasama antara Cadbury Dairy Milk dan dUCK bermula dari 1 Mac hingga 30 April. Dapatkan produk Cadbury Dairy Milk dan anda berpeluang menyambut kemeriahan Raya dengan barangan ekslusif Cadbury Dairy Milk x dUCK. Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan di seluruh negara, layari https://bit.ly/CDMRaya23.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.


You May Also Like

0 Comments