Koleksi Baju Raya Aisy Asyraf Menjadi Pilihan Di Hari Raya 2023 ini.

by - 09:59


Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba ini. Memandangkan syawal tahun ini adik zya bakal mendirikan rumah tangga, makanya zya sekeluarga agak sibuk membuat persiapan untuk majlis dia nanti. Jadi zya dan suami mengambil keputusan untuk membeli dan menyiapkan kelengkapan perayaan seawal yang mungkin supaya tidak membeli pada saat-saat akhir nanti. Lagi satu bila kita membuat persiapan awal senang untuk mencari warna yang kita suka dengan saiz baju yang masih banyak. Tahun ini suami kata nak pakai baju dari Butik Aisy Asyraf kerana katanya berkenan dengan koleksi dan design mereka.


Maka hari Sabtu baru ini zya dan suami telah ke Butik Aisy Asyraf dan jom kita sama-sama tengok pelbagai koleksi baju raya untuk tahun 2023 ini.

Tapi sat sebelum tu jom kita ambik tahu dahulu sedikit info ini.....

MENGENAI BUTIK AISY ASYRAF
  • Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dan direka khas mengikut rekaan moden mengikut peredaran masa. 
  • Butik telah beroperasi dari 4 Julai 2015 lagi sehinggalah sekarang.
  • Jenama Aisy Asyraf diilhamkan bersempena dengan nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim pertama) dan digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. 
  • Butik Aisy Asyraf mempunyai 5 cawangan butik di Malaysia iaitu di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall, Bertam, dan Bukit Jambul, Penang.
  • Pada 14 Januari 2023, Aisy Asyraf melebarkan sayap ke luar negara dengan pembukaan butik di Pattani, Thailand.

Memandangkan zya tinggal di Kepala Batas dan cawangan butik yang berdekatan adalah Bertam dan zya difahamkan Butik Aisy Asyraf di Bertam ini dibuka oleh isteri kepada Imam Muda Aisy Asyraf kerana isterinya berasal dari sini manakal cawangan butik di Bukit Jambul milik Imam Muda Asyraf sendiri kerana beliau berasal dari sana juga dan mudah untuk beliau uruskan. Jadi Sabtu baru ini zya dan suami telah pergi ke Butik Aisy Asyraf Bertam yang terletak berdekatan dengan Sunshine Bertam dan betul-betul sebelah Restoran D'fiesha Steamboat. 


Pada tahun 2023 ini Butik Aisy Asyraf mengeluarkan koleksi terbaru mereka dengan bertemakan "Back To Basic" dengan gaya dan rekaan yang simple tetapi bergaya. Antara koleksi baju keluaran mereka ialah Kurta Zayne, Kurta Izzi, Kurta Afgan, Kurta Lawla, Kurta Nasz, Kurta Nasz Plussize, Kurta Hatta,Kurta Nahli, Kurta Nabella, Baju Melayu Tilka, Jubah dan pelbagai lagi. Bagi yang mencari baju raya sedondon dengan anak pun ada disini.Terdapat dalam pelbagai variasi rekaan yang berbagai dengan harga yang sangat berpatutan serta promosi yang banyak membuatkan rambang mata kepada sesiapa yang melihatnya. Butik Aisy Asyraf menyediakan koleksi pakaian untuk lelaki yang mengikut syariat bermula dari umur 2 tahun sehingga ke dewasa plussize (7XL) yang mana model dan duta bagi koleksi Aisy Asyraf tahun ini ialah Dato Awie, Angah Maharaja Lawak dan Fikry Ibrahim.


Koleksi Kurta Zayne dan Kurta Izzi Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Pelbagai Koleksi Kurta Afgan Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Koleksi Kurta Hatta, Kurta Jurjani dan Kurta Syirazi Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Koleksi Baju Kurta Lawla Kanak-kanak Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Koleksi Jubah Adni dan Kurta Nasz Plussize Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Pelbagai Koleksi Kurta Zia dan lain-lain Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Pelbagai Koleksi Baju Kurta Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Koleksi Kurta Nabella dan Kurta Nahli Di Butik Aisy Aisyraf Bertam, Penang.


Koleks Baju Melayu Tilka Dewasa dan Kanak-kanak Di Butik Aisy Asyraf Bertam.


Suami zya sempat mencuba beberapa koleksi pakaian mereka dan dia sendiri jadi rambang mata untuk memilih mana yang berkenan dihati kerana katanya kesemua baju disini selesa, kain yang sejuk, dan banyak pilihan warna dan mudah mencari saiz yang kita mahu. 


Kurta Afgan


Kurta Zayne


Kurta Nasz


Kurta Izzi


Tak habis pilih lagi ke tu bang.....

Koleksi baju di Butik Aisy Asyraf ini telah direka khas secara eksklusif dengan potongan yang istimewa supaya si pemakai nampak tampan bergaya dengan material kain yang sangat selesa serta tidak panas untuk dipakai sepanjang hari. Baju mereka sesuai dijadikan pakaian semasa di Hari Raya, ke majlis-majlis keraian atau di mana-mana sahaja, tidak kira tempat.




Baju kurta di sini terdapat dalam pelbagai variasi seperti yang baju berkolar dan tidak berkolar yang mana pelanggan boleh memilih ikut citarasa sendiri. Selain itu apa yang bestnya setiap koleksi baju kurta mereka telah diletakkan butang baju yang direka khas dan terdapat juga butang baju yang disembunyikan. Dari sini kita dapat lihat bahawa mereka sentiasa ada idea yang bernas dalam menghasilkan pelbagai reka bentuk busana yang pelbagai variasi dari pelbagai warna dan saiz. 


Bagi harga baju sangatlah berpatutan dan berbaloi kerana sekarang ini butik tengah mengadakan promosi, contohnya Kurta Syirazi dari RM129.00 tapi kini hanya RM69.00 sahaja. Kurta Hatta dari RM39.00 kini hanya RM119.00 sahaja dan banyak lagi promosi lain. Selain itu, di butik juga ada menjual songkok, kain pelikat, butang baju melayu dan juga perfume. 


Songkok dan kain pelikat


Perfume dan butang baju melayu

Apa tunggu lagi raya semakin hampir tiba dan tidak mahu bersesak di saat-saat akhir, inilah masanya. Segera ke cawangan yang berdekatan dengan hampa untuk dapatkan koleksi baju Aisy Asyraf yang tampak simple tetapi bergaya. 

Alamat Butik Aisy Asyraf Cawangan Bertam, Penang.

No 7-G, 12, Jalan Dagangan 3, 
Pusat Bandar Bertam Perdana, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Hubungi : 0174547539

Email: aisyasyrafpenang@gmail.com
Officila Website : aisyasyraf.com
Instagram: aisyasyrafbertam 














You May Also Like

0 Comments