Search Bakal Menggegarkan Warga Pulau Pinang dengan Kemunculan Rockin' Arena Penang Live N Louder Disember 2022 Ini.

by - 18:39


Pada 26 Oktober 2022 telah diadakan sidang media bagi konsert search yang bakal menggegarkan warga utara terutamanya warga Penang. Lagenda Rock Tanahair, Search kini kembali mengegarkan Setia Spice Arena Pulau Pinang dalam satu konsert istimewa Rockin’ Arena Penang Live N Louder yang bakal berlangsung pada 24 Disember 2022. Kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop dibumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu memberi inspirasi dan tarikan buat Search Rock Station dan Suria Travel dengan kerjasama Northwind Intellec Sdn Bhd untuk menganjurkan konsert berskala besar di Pulau Pinang. 


Lebih membanggakan Rockin’ Arena Penang ‘Live N Louder’ turut dibantu Home of Champions, 57 Studio, Persatuan Anak Seni Pulau Pinang, Suria Rock Stations (SRS), CODA, Mercikkk.Com, Firefly dan Setia Spice selaku rakan kerjasama. Sekalung perhargaan buat Pejabat Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACE) mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sokongan yang diberikan untuk penganjuran konsert ini. 


Pada sidang media tersebut, Datuk Ismail Hj Jusoh selaku orang kuat Rockin’ Arena Penang memberitahu konsert bertaraf antarabangsa ini dibawa sebagai satu medium jaringan dan tarikan buat Pulau Pinang sebagai ‘Destinasi Live Concert’ di Asia. “Saya amat berbangga kerana dapat membawa Search ke Pulau Pinang dan pastinya kehadiran Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus menarik kehadiran peminat musik rock tanahair khususnya di Wilayah Utara. 


“Kita mensasarkan lebih 10,000 penonton akan hadir dan sesuatu yang istimewa akan diberikan buat peminat setia Search yang setia menyokong dari dulu hingga kini,” katanya ketika sidang media di Setia Spice Arena di sini hari ini. Ismail berkata, perhargaan ini diberikan kepada Firefly selaku Penerbangan Rasmi apabila turut mempromosikan Konsert Rockin’ Arena Penang dengan menawarkan pakej istimewa termasuk tiket penerbangan dan tiket konsert. 


Search juga dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu dalam tempoh 2 jam 30 minit pada konsert ini nanti dan pastinya kejayaan Konsert Rockin On RoofTop di Kuala Lumpur akan berulang di Pulau Pinang pula sebelum meneruskan siri konsert di Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari 2022. Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai dan perkhabaran baik buat peminat Search di Bandung, Indonesia pada Febuari tahun depan. 


Harga tiket biasa untuk konsert ini ialah RM148 dan RM198. Untuk tiket premium RM268 dan RM398 barangan merchandise Search seperti T-Shirt akan diberikan. Untuk tiket VIP BOX bernilai RM798, pakej merchandise, meet and greet dan post event bersama Search disediakan. Tiket telah mula dijual pada minggu ini. Untuk pembelian dalam talian boleh beli di www. fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh didapati: 

Kuala Lumpur 
• Search Rock Station di Kompleks Campbell 
Pulau Pinang 
• Suria Travel di Kompleks Bukit Jambul 
• The Pokok Cafe di Georgetown 
• Northwind Intellec di Setia Spice Arena di Bayan Lepas 
• Ruas Record Store di Georgetown 
• D’Loovi’s di Georgetown 
• Asiawash Autospa di Bayan Lepas 

Kedah 
• Mamu Lepak House di Kulim Kedah 
• Monrods Restaurant di kulim Kedah 

Ipoh 
• Eventually Resources  INTERNATIONAL Rock


SEARCH ROCKIN'ARENA PENANG : LIVE AND LOUDER
9.00 malam
Sabtu
24hb Disember 2022
Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh hubungi agen-agen tiket yang sah , rujukan nama dan telefon dibawah.

Harga tiket :
- RM398 | RM268 
Tiket termasuk Official Search Merchandise ( Tshirt & Tote Bag )

- RM198 | RM148 
Tiket sahaja

Info penting :
  • Untuk semua tiket yang dibeli secara atas talian, pembeli hendaklah membawa slip bukti pembayaran yang diterima melalui email untuk menebus fizikal tiket atau merchandise
  • Semua tiket fizikal atau merchandise boleh di tebus mulai 17hb Disember 2022 bertempat di kaunter khas di Spice Arena dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kaunter penebusan tiket akan dibuka sehingga 24hb Disember 2022.
  • Untuk pembelian tiket melalui agen-agen sah, perlu dapatkan resit pembelian secara rasmi. Sila bawa tiket dan resit pembelian untuk menebus merchandise ( jika ada ) dikaunter penebusan.
  • Sebarang info, kami akan maklumkan melalui official FB Pages Search Band.

LIVE AND LOUDER ‼️

#searchband
#rockinarena
#concert
#ticket


You May Also Like

0 Comments