MAKANAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA - Pengguna ShopeeFood berkongsi restoran terbaik di lokasi-lokasi di Malaysia

by - 19:50


KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2022 Dalam pelbagai cara, kepelbagaian budaya Malaysia telah mempengaruhi rasa dan ramuan kulinari kita yang unik. Menggabungkan rasa keenakan hidangan Cina, India, Melayu dan Borneo, selera kita sentiasa dihidangkan dengan kekayaan variasi yang mungkin tidak boleh didapati di tempat lain.

Inilah yang mengilhamkan ShopeeFood untuk membuat tinjauan di bandar-bandar kita untuk melihat hidangan terbaik yang diberikan lima bintang oleh pengguna ShopeeFood. Sepanjang tiga kempen besar baru-baru ini, seperti 9.9 Shopping Day, 10.10 Brand Sale dan 11.11 Big Sale, ShopeeFood mengumpulkan data tentang trend makanan untuk mengetahui apakah yang gemar dimakan oleh rakyat Malaysia. Melihat pada item yang paling kerap dipesan di aplikasi ShopeeFood, tinjauan itu membuktikan dua kegemaran yang jelas terserlah: hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng.


Tidak dinafikan nasi merupakan nadi kehidupan seharian di negara ini. Selain dengan sawah padi yang luas terbentang di seluruh negara, nasi adalah makanan ruji kita, yang turut diadun dalam makanan bayi, makanan ringan, pencuci mulut dan hampir setiap hidangan. Sama ada semangkuk nasi kukus ala Cina, nasi daun pisang India yang terkenal, dan tidak lupa Nasi Lemak Malaysia yang tercinta, nasi terus ‘hidup’ dalam DNA Malaysia dan rakyatnya.

Walaupun Roti Canai tetap memegang takhta dalam tinjauan lima makanan teratas ShopeeFood, hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng yang pelbagai jenis banyak dipaparkan dalam trend makanan kami. Tidak hairanlah, hidangan ayam terutamanya ayam goreng turut mendapat tempat teratas dalam makanan lima bintang terbaik di aplikasi ShopeeFood, digemari tak kira oleh yang tua dan muda. Bagi sesetengah orang, ayam goreng adalah hidangan yang dinikmati semasa ‘makan besar’ bersama keluarga setiap hujung minggu, dibuat lauk makan tengah hari padahari bekerja, atau dijamah buat makan malam.


Menurut kaji selidik pada 2021, rakyat Malaysia adalah pengguna ketiga tertinggi di dunia untuk daging ayam, dengan hampir 50kilogram ayam dimakan setiap tahun, oleh setiap orang.. Walaupun ia tidak mencecah 82.3-kilogram beras yang dimakan rakyat Malaysia setiap tahun, jika kita melihat pada populasi kita yang hanya lebih 32 juta orang, kedudukan ketiga teratas ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia gemarkan ayam! Tambahan lagi, kita langsung tidak pilih kasih! Sama ada Ayam Goreng Berempah atau ayam goreng ala Korea ‘viral’, rakyat Malaysia menggemari ayam mereka dalam pelbagai gaya. Malah hari ini, kita mempunyai beratus-ratus hidangan ayam yang berbeza hanya di hujung jari – sama ada di kedai makan atau online di ShopeeFood, pilihannya tidak berkesudahan.

Apa yang Dilihat di Trend Pesanan ShopeeFood

Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia beralih kepada platform penghantaran untuk mendapatkan makanan mereka dengan selamat dan mudah. Memandangkan kemudahan dan pelbagai pilihan makanan ada tersedia di hujung jari mereka, rakyat Malaysia semakin memilih kaedah penghantaran makanan atas talian atau online. Terdapat lebih 2,000 hidangan untuk dipilih, terpulang pada mood dan citarasa anda untuk hari-hari tertentu.

“Orang ramai menjadi semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital. Rakyat Malaysia telah menerima pakai penghantaran makanan kerana ia memberikan kemudahan, nilai dan kepelbagaian. Di ShopeeFood kami juga komited untuk membantu lebih ramai peniaga sama ada syarikat besar atau ‘hero’ tempatan untuk mendapat manfaat daripada rangkaian ekosistem Shopee yang luas, di samping mengamalkan cara baharu untuk berniaga dan mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia. “Kami sangat teruja dengan tinjauan ini kerana ia menunjukkan apa yang kita paling gemari sebagai rakyat Malaysia, apabila bercakap tentang makanan. Semasa tempoh promosi kemuncak kami seperti 9.9, 10.10 dan 11.11, hidangan berasaskan nasi telah meningkat lebih kurang 3x ganda dari segi tempahan berbanding hari biasa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati nasi sebagai makanan ruji, tetapi juga berpusu-pusu memanfaatkan tempoh promosi untuk merebut nilai terbaik untuk tempahan mereka,” tambahnya.

ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat manfaat daripada pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, pada nilai terbaik. Membentuk sebahagian daripada ekosistem sedia ada Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ditambah dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun, ShopeeFood turut menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.

Pengguna ShopeeFood Nilaikan Restoran Lima Bintang Kegemaran Mereka

ShopeeFood meninjau pilihan penggunanya untuk mengetahui hidangan nasi dan ayam goreng terbaik di Kuala, Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu. Walaupun Nasi Lemak, Bubur Ayam, Nasi Kukus dan ayam goreng tetap menjadi kegemaran sepanjang zaman - kami turut mendapati bahawa pengguna juga menggemari kepelbagaian hidangan daripada Timur Tengah, Korea, Antarabangsa dan Jepun. Berikut adalah senarai lima restoran terbaik dari seluruh Malaysia yang dipilih oleh pengguna ShopeeFood, sebagai tempat terbaik jika anda teringin untuk menikmati hidangan nasi dan pelbagai jenis ayam goreng.

Kota Kinabalu, Sabah

Sama ada masakan Timur Tengah, Jepun dan tempatan – penduduk Sabah memang sukakan kepelbagaian dan pilihan kegemaran mereka akan membuatkan anda rambang mata!

(Untuk hidangan nasi)
Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
Kopi Ping Cafe @ Gaya Streets
Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
Recipes House Damai Plaza
Miyabi Express (Funky Farm)

(Untuk hidangan ayam goreng)


Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sama ada Nasi Campur atau masakan Cina, pengguna kami sudah tahu di mana untuk mendapatkan makanan yang enak. Untuk hidangan nasi dan ayam goreng bertaraf lima bintang terbaik, klik sahaja pada pautan di bawah dan pengguna ShopeeFood akan tunjukkan jalannya!

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)


Pulau Pinang


Nun di utara, di Pulau Pinang yang merupakan syurga makanan, selain hidangan Pulau Pinang yang unik, pengguna juga menggemari makanan Timur Tengah seperti Mandi Chicken dan burger ayam goreng yang empuk.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)


Johor

Orang Johor menggemari ayam goreng tradisional mereka yang dhidang bersama nasi. Selain itu, rakyat Johor memilih sup 'hotpot' untuk dihidangkan bersama nasi mereka, ayam goreng dengan herba dan rempah ratus, serta kombo kari dan nasi yang membangkitkan selera.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)

(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)

Ipoh, Perak

Terkenal dengan budaya Hakka, tokong bersejarah di dalam gua dan bandar lama kolonial, Ipoh sememangnya terkenal dengan makanannya. Selain hidangan warisannya yang pelbagai, nasi lemak, ayam goreng ‘chicken chop’ dan ayam goreng Korea juga berjaya merebut tempat dalam senarai kegemaran orang Ipoh.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)


(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)

Selangor


Dan akhirnya, Asam Pedas bersama nasi mempunyai tempat yang istimewa di hati orang Selangor, tidak lupa juga ayam goreng Ayamas kegemaran sepanjang zaman, serta ayam goreng Korea.

(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi)
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng)

Dah Lapar? Nikmati Promosi Jualan 12.12 Promo Istimewa Untuk Anda!

Kini, jualan akhir tahun 12.12 sudah pun tiba! Dapatkan tawaran eksklusif dari pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda dengan tawaran hebat ini:
  • Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan min RM0
  • Tawaran Super Deals sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih seperti Thong Kee Cafe, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen - Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi.
  • Shocking Sale RM12 bermula dari 6hb - 12hb Disember 2022
Mengenai ShopeeFood

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka. Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.





You May Also Like

0 Comments