Penang Global Tourism Dan Klook Bekerjasama Memulihkan Industri Pelancongan Dan Memulakan Pendigitalan Perniagaan Tempatan

by - 21:31


Penang Global Tourism (PGT) dan Klook, platform tempahan pelancongan dan percutian terkemuka dunia, kini bekerjasama untuk melancarkan perkongsian selama empat bulan melalui kempen “Raise Your Heartbeat in Penang”. Disokong oleh YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan & Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE), PGT dan Klook akan memperkenalkan pelbagai inisiatif pemasaran bagi menggalakkan rakyat memilih Pulau Pinang sebagai salah satu pilihan destinasi pelancongan tempatan. Kedua-dua organisasi juga berkongsi matlamat yang sama untuk membantu perniagaan tempatan mendigitalkan tawaran mereka dan berkembang maju dalam dunia norma baharu, serta menyusun pengalaman-pengalaman eksklusif untuk orang ramai.


Chuan Sheng (C.S.) Soong, Naib Presiden, Pembangunan Korporat, Klook berkata, “Klook gembira untuk memulakan kerjasama pelancongan domestik pertamanya di Malaysia dengan PGT untuk memulakan pemulihan sektor pelancongan dan perniagaan tempatan. Kami sentiasa utamakan pemerkasaan pelanggan melalui aktiviti, lawatan dan pengalaman unik seperti menginap di hotel-hotel warisan. Dengan pelancaran kempen “Raise Your Heartbeat in Penang”, kami berharap untuk memulihkan rasa keseronokan mengembara apabila rakyat Malaysia kembali melancong ke destinasi tempatan.”


“Sekatan pergerakan telah mengekang pertumbuhan perniagaan tempatan sejak bermulanya penularan wabak COVID-19. Oleh itu, kami berusaha untuk berada di barisan hadapan bagi membantu perniagaan tempatan kekal relevan. Kami akan tingkatkan tahap perkhidmatan dan operasi mereka dengan bantuan penyelesaian peniaga dan kemampuan pemasaran digital inovatif dari Klook. Setakat ini, kami mempunyai lebih daripada 100 rakan peniaga di Pulau Pinang dan kami akan terus berusaha meningkatkan permintaan untuk menghidupkan semula industri pelancongan. Kami berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini dan menebus Baucar Pelancongan Penang untuk dimanfaatkan sepenuhnya semasa lawatan mereka ke Pulau Pinang,” kata Soong.


YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan & Ekonomi Kreatif (PETACE) Pulau Pinang, berkata, “Kerajaan Pulau Pinang telah melancarkan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang (PGTMP) yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi negeri pada masa hadapan. Saya berbesar hati melihat kerjasama antara PGT dan Klook untuk menjadi peneraju utama bagi menghidupkan kembali industri pelancongan dan membangunkan peniaga tempatan.”

“Sebagai sebahagian daripada kempen “Jom! Experience Penang” PGT yang dilancarkan pada 2020 untuk menarik minat pelancong tempatan, kami akan teruskan inisiatif berkenaan pada tahun ini melalui kerjasama dengan Klook. Dinamakan “Raise Your Heartbeat in Penang”, kerjasama ini bertujuan untuk mempelbagaikan tawaran Pulau Pinang dan mempamerkan kawasan-kawasan yang kurang dilawati. Kami telah menghubungkan perniagaan tempatan, terutamanya pemandu pelancong berlesen, dengan Klook supaya mereka boleh mendigitalkan perniagaan mereka dan sertai gelombang pemulihan pertama apabila orang ramai bersedia untuk kembali melancong,” tambah Yeoh.

Kempen “Raise Your Heartbeat in Penang” memberi fokus terhadap 4 perkara:
  1. Pendigitalan perniagaan pelancongan dan percutian Pulau Pinang: Dengan tujuan mempelbagaikan tawaran Pulau Pinang bagi mempamerkan kawasan yang terpencil dan kurang dilawati, PGT dan Klook akan mengenal pasti perniagaan tempatan untuk dimasukkan ke platform Klook. Antara kategori produk yang tersedia adalah Pengalaman, Pengangkutan, Staycation, Makanan dan Hiburan. Semuanya akan tersedia di platform Klook. Peniaga yang terlibat akan dapat menikmati penyelesaian peniaga yang menggunakan teknologi Klook sebagai alat untuk menjangkau pelanggan baharu dan meningkatkan keupayaan pemasaran digital mereka.
  2. Penyusunan siri lawatan dan aktiviti eksklusif dengan faedah tambahan: Klook akan bekerjasama dengan peniaga baru dan lama untuk membangunkan aktiviti eksklusif terkini. Beberapa aktiviti berkenaan akan disusun ke dalam pakej tertentu untuk menarik minat pelbagai kumpulan berbeza seperti golongan suka makan yang akan mencari hidangan terbaik di Pulau Pinang, golongan yang mencari keseronokan aktiviti luar, dan golongan yang ingin mencari aktiviti baru yang akan memberi nilai tambahan kepada perbelanjaan mereka.
  3. Pembangunan Kandungan: Untuk mengalakkan penjelajahan ke sekitar Pulau Pinang, Klook akan bekerjasama dengan rakan kongsi kandungan dan individu berpengaruh untuk serlahkan kisah-kisah menarik. Sama ada melalui penyediaan ulasan di saluran media sosial mahupun dengan menjalankan acara siaran langsung di Klook Live, mereka pasti dapat merungkai permata tersembunyi dan pelbagai promosi yang menambah nilai, serta meningkatkan kesedaran untuk perniagaan tempatan di sekitar Pulau Pinang. PGT dan Klook juga akan memilih kandungan dan mempromosikannya dalam saluran yang dimiliki mereka.
  4. Pemasaran Digital: PGT dan Klook akan melabur dalam inisiatif pemasaran digital seperti pemasaran enjin carian, iklan paparan dan pengiklanan media sosial. Ini adalah untuk meningkatkan capaian dan kebolehcarian pelbagai promosi dan tawaran di bawah perkongsian ini. Di samping itu, ia juga akan mewujudkan kesedaran untuk memilih Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi utama bagi pelancong tempatan.



Sempena dengan pelancaran kempen “Raise Your Heartbeat in Penang”, Klook akan melancarkan dua jenis e-baucar yang dinamakan Baucar Pelancongan Penang bagi menggalakkan rakyat manfaatkan sepenuhnya percutian mereka di Pulau Pinang:
Belanja sekurang-kurangnya RM150 untuk aktiviti di Pulau Pinang dan dapatkan diskaun RM50. Masukkan kod promosi PENANG50 sebelum membuat sebarang pembayaran di aplikasi mudah alih dan laman web Klook.
Belanja sekurang-kurangnya RM300 untuk aktiviti di Pulau Pinang dan dapatkan diskaun RM100. Masukkan kod promosi PENANG100 sebelum membuat sebarang pembayaran di aplikasi mudah alih dan laman web Klook.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan perkongsian ini serta terma dan syarat Baucar Pelancongan Penang, sila layari laman web kempen di: https://bit.ly/raiseyourheartbeatinpenang







You May Also Like

0 Comments