KEMUDARATAN MEROKOK DAN ALTERNATIF UNTUK MENGHINDARINYA.

by - 22:29


Kegiatan merokok pada masa kini sudah sebati dalam kalangan masyarakat kita dan aktiviti ini sudah menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Separuh nyawa mereka boleh dikatakan hilang sekiranya tidak merokok walaupun baru beberapa jam sahaja. Tabiat merokok ini juga dianggap sebagai satu lambang maskulin atau kehebatan bagi sesetengah orang. Pasti pelbagai persoalan lagi sedang bermain-main di minda korang kan bagi yang tidak pernah merokok ini.

Tahukah korang setiap bahan yang terkandung di dalam rokok itu berbahaya? Apakah sebenarnya kelemahan atau keburukan terhadap bahan-bahan ini. Ramai di antara kita yang masih tidak tahu bahawa merokok itu memudaratkan, tetapi tidak semua daripada kita juga tahu bahawa masalah terbesar merokok dan rokok adalah terbakar. Sebab pembakaran adalah masalah terbesar kerana dengan membakar rokok dan tembakau, kita akan mencipta dan mengeluarkan asap yang mana mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru. Oleh itu, membakar dan mengeluarkan asap adalah masalah yang paling besar dan sangat berbahaya.


Sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan kimia di dalam rokok. Bahan-bahan di dalam rokok adalah berbahaya dan boleh memudaratkan. Kandungan bahan-bahan ini adalah beracun dan ianya terhasil apabila proses pembakaran berlaku serta menyebabkan perubahan kimia terhadap sebatian semula jadi di dalam tembakau.

Bahan-bahan Kimia yang terkandung adalah :-
  • Nikotin,
  • Tar
  • Karbon Monoksida.

Nikotin

Nikotin merupakan bahan yang terkandung di dalam rokok. Di samping itu, kajian yang dijalankan juga menunjukkan nikotin adalah penggalak kepada pertumbuhan kanser. Sebenarnya Nikotin ini akan merangsang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa itu Dopamin? Dopamin adalah satu hormon yang akan menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja apabila mengambilnya. Dari hal inilah yang menyebabkan orang ramai suka mengambilnya dan ada sesetengah orang menjadikan rokok ini sebagai sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup


Tar

Tar pula adalah antara bahan kimia yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan boleh menyebabkan kanser apabila asap rokok memasuki paru-paru, tar terus membentuk kepada suatu lapisan melekit di dalam paru-paru dan boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema (iaitu penyakit kronik yang melibatkan kerosakan pada kantung udara paru-paru), atau masalah paru-paru yang lain.


Karbon Monoksida

Karbon monoksida adalah sejenis gas toksik, yang mana ia turut dihasilkan ketika rokok dibakar. Gas toksik yang dihasilkan ini mengambil tempat oksigen dalam darah kita dan terus memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih laju dalam membekalkan oksigen ke seluruh badan. Keracunan karbon monoksida ini turut boleh menyebabkan kepentingan, kekeliruan serta kesukaran untuk bernafas. Buat pengetahuan korang, kemudaratan yang dibawa oleh asap rokok itu bukan terhad kepada perokok, tetapi ia juga kepada orang di sekitar korang dan biasanya ahli keluarga terdekat.


Pembakaran rokok sememangnya berbahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini berikutan, asap yang terhasil daripada pembakaran rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun. Ramai perokok tidak dimaklumkan bahawa mereka mempunyai cara alternatif lain yang kurang berbahaya. Jadi beralihlah kepada produk alternatif seperti rokok elektronik (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heat-not-burn alternative), asap (heat-not-burn alternative). Antara Contohnya, peranti tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran.


Alternatif ini mampu memenuhi kepuasan di dalam kalangan penggunanya malah ia dipercayai lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan rokok. Ini adalah kerana produk-produk baharu ini tidak bergantung kepada prinsip pembakaran dan tidak menghasilkan asap. Berdasarkan prinsip dipanaskan dan bukan dibakar (heat-not-burn), peranti tembakau yang dipanaskan ini cuma memanaskan tembakau untuk membebaskan nikotin dalam bentuk wap. Ini adalah salah satu cara alternatif yang korang boleh gunakan untuk mengurangkan pembakaran rokok. Walaupun ianya tidak sepenuhnya bebas daripada risiko, tetapi produk alternatif ini dikatakan pilihan yang tetap daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok adalah untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok

Di samping itu, korang juga boleh mencuba penggunaan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan ketagihan kepada merokok. Antaranya adalah ubat-ubatan seperti nicorrette yang ada dijual di pasaran sekarang serta beberapa produk lain lagi yang korang boleh dapati bagi mengurangkan ketagihan melampau terhadap rokok ini.


Setiap pilihan hanyalah terletak pada diri korang dan hanya korang yang akan menentukan sendiri untuk berubah ataupun tidak. Kini jelas dan nyata merokok itu berbahaya dan perlu ditangani dengan segera. Dorongan dan motivasi perlu diberikan bagi mereka yang ingin dan sentiasa berusaha untuk berhenti ketagihan merokok ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai artikel ini korang boleh rujuk laman web ini bagi mendapatkan segala maklumat dengan lebih mendalam di (HAAHUB) https://haahub.com.my .






Sumber:

You May Also Like

0 Comments