Aku dan Restoran Halal di Paris

by - 05:39


Bila tengok orang pergi travel sana-sini ni terus terasa macam nak pergi travel juga dan tempat yang paling aku dok idamkan ialah Kota Paris. Dari kecik dah teringin nak ke sini dan harap impian ni terlaksa bagi tahun 2020 ni.  Paris yang sangat terkenal dengan kota cinta ini sudah tentu menerima ramai pelancong dari seluruh dunia untuk berbulan madu bersama pasangan atau membawa keluarga untuk meluangkan masa bersama. Keindahan panorama yang berlatarbelakangkan Eiffel Tower ini sudah pasti menjadi kewajipan setiap pelancong yang datang bercuti ke kota terkenal ini. Terdapat juga tempat-tempat bersejarah dan muzium-muzium tekenal yang sering menjadi tumpuan pelancong sehingga ke hari ni. 

Kalau korang dah ada niat nak melancong ke Paris, apa yang korang boleh lakukan? Bagi permulaan ini  selalunya korang kena survey dari awal tiket fligh, sebab lagi awal, lagi murah. So korang kena tetapkan dulu tarikh bila korang nak pergi. Zaman sekarang ni banyak dah platform yang korang boleh guna untuk survey tiket flight dan salah satu yang aku boleh cadangkan ialah korang gunakan platform Traveloka. Sebabnya Traveloka sekarang dah mula buat penawaran harga penerbangan untuk kebanyakan destinasi yang terkenal di seluruh dunia dan salah satunya ialah Paris. Selain itu, untuk ke Paris pulak, terdapat banyak syarikat airline yang korang boleh bandingkan. seperti Qatar, Emirates. Kalau korang nak murah sikit dari tu korang boleh cuba tengok Singapore Airlines online promo ke, kot la mana tau memang korang dapat tiket murah nak ke Paris. Tercapai jugak hajat korang. Anniversary tahun depan dah boleh gerak dah. Haa. Plus makanan yang disediakan dalam flight pun boleh tahan jugak sedapnya. Tak ada la korang mood swing dalam flight. Kalau nak short vacay dalam negara pun korang boleh cuba bandingkan flight tiket bagi syarikat airline yang ada di dalam platform Traveloka. Contohnya untuk cheap Kuala Lumpur to Penang flights ke. Yang ni korang tak perlu tunggu lama kerana dapat sahaja tiket murah hujung bulan dah boleh gerak. Korang boleh pergi pekena char kuey teow dengan nasi kandar. Uih. Lazat wei menelg terus air liur. Haha

Okay lah. Kalau korang dah make up your mind to visit Paris in the future, sudah tentu makanan bakal menjadi keutamaan korang sebab kita ni muslim kena la cari yang halal. Takkan nak main makan je apa yang ada kan? Baru la tak was-was dan dapatla bercuti dengan aman. Bak kata pepatah melayu, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut? Senang hatiii. So saya share beberapa restoran halal yang korang boleh terjah masa kat Paris nanti. Jom start

The Jumeyrah


Korang dah sampai di Paris nanti pasti nak merasa masakan ala Perancis? Ini adalah salah satu restoran yang korang boleh kunjungi. Menu-menu yang ada kat sini semuanya halal dan dimasak dengan gaya perancis. Restoran ini terletak di 101 Rue Saint Maur 75011 Paris. So kalau korang datang berpasangan, nak romatik sweet sweet gitu, korang kena dinner kat sini. Set up restoran ni memang untuk orang bercinta. Haa

Le Petit Gourmet


Restoran ni jugak ada menyajikan hidangan-hidangan seperti ala Perancis. Sama je dengan restoran yang tadi cuma restoran ni dessert dia lagi sedap dari yang atas tu. Selain itu, untuk menu Perancis yang disediakan, ia menggunakan bahan-bahan seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan pelbagai salad yang segar bagi menyegarkan lagi hidangan korang tu. Suasana dalam restoran ini akan buat korang rasa tenang untuk makan dan menikmati hidangan Perancis korang tu.

Restaurant Nur Malaysia Paris


Haa. Korang tengok nama dia. Ke mana saja pergi tapi korang memang tak boleh lari dengan tekak asli Malaysia tu, meh ler datang ke restoran ni. Kita bawak Malaysia masuk Paris. Korang boleh dapatkan menu-menu kebiasaan yang korang makan kat Malaysia, tetapi bersuasanakan kota Paris. Pergh. Nikmat dia lain macam oi. Antara menu yang ada di kedai ni ialah Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Beriani, Nasi Ayam, Bubur, Roti Canai pun ada wei. Nikmat tuhan mana lagi yang kita dustakan. Cewahhh. Hahaha

Asian Touch

Restoran Asian Touch ni pula menghidangkan makanan-makanan dari Asia. So bukan la semua original dari Malaysia. Cuma rempah-ratus yang digunakan tu kebanyakkannya dari Asia dan cara masakan pun dari Asia. Apa pun, rasanya pasti takkan lari jauh. So kalau korang nak datang makan kat restoran ni pun tak ada masalah. Menu yang ada kat restoran ni nasi berlaukkan ayam, ada sushi, ada popia goreng dan banyak lagi makanan-makanan dari Asia. So lari la sikit dari masakan ala Perancis.

Épicerie libanaise "Les Délices d'Orient"


Seterusnya, restoran ni special sikit bagi aku. Tapi ni bukan restoran tau sebab ini adalah kedai yang menjual bahan-bahan masakan seperti daging, ayam, maksudnya bahan mentah untuk korang kalau korang nak memasak. Sebab ada je yang melancong dan boleh memasak kat tempat penginapan. So kalau korang nak cari bahan mentah, korang boleh ke kedai ni. Terletak di tengah-tengah kota Paris dan terdapat ramai orang islam yang membeli barang di sini. Jadi korang yang jenis suka masak sendiri boleh la cari kedai ini untuk membeli bahan mentah.

Jadi ini adalah beberapa tempat yang sempat aku cari dan aku kongsi di sini dengan korang untuk beberapa restoran dan kedai halal yang korang boleh datang menyantap makanan bagi mengenyangkan perut korang tu. Macam aku cakap tadi, perut kalau tak kenyang, tak puas, memang mood pun boleh lari woo. Apa pun ikut pada tekak korang la nak makan apa. Bagi aku bukanlah namanya melancong kalau tak rasa masakan dari negara dorang kan. Tapi apakan daya, tekak melayu tak boleh lari lama-lama sangat. Mesti akan rindu nak rasa masakan melayu. Haha. Okay lah gais. Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat bercuti semua.


You May Also Like

0 Comments