Kafe Akuarium Di Georgetown Menjadi Pilihanku | 34 Bishop Cafe

by - 08:06


Assalamuailaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog zyaakma.com. Aku nak story sikit la dengan korang semua mengenai satu tempat makan best di Penang ni. Aku bukan story kosong nah sebab aku dah pergi cuba sendiri baru-baru ni. Hari sabtu habis sahaja kerja pukul 1 tengahari terus aku gerak ker Georgetown untuk makan tengahari. Maklumlah baru habis buat kerja memang perut minta di isi la dan masa ni terasa nak makan western so sampai la aku di 34 Bishop Cafe ini. Memandangkan waktu aku p ni ada pesta dekat Padang Kota, so agak jem sikit dan parking agak limited. Jadinya untuk sampai ke sini terpaksa aku guna petua akak sorang ni. hahaha Kalau korang tak jumpa cafe ni orang boleh cuba guna petua ni ok. Kalau dari Padang Kota korang masuk ikut Bank Hong Leong teruskan perjalanan sehingga jumpa satu kolej swasta (alahai aku lupa pula nama kolej tu) dan korang amik lorong kedua lepas kolej tu. Sudah pasti korang akan jumpa cafe ini dengan mudah sekali ya. Kalau korang dah jumpa banner seperti gambar di bawah ni maknanya destinasi korang tu dah tepat la. 



Ok dah dapat parking, dah jumpa cafe kan apa lagi jom la terjah apa yang menarik di 34 Bishop Cafe ini. 34 Bishop Cafe ini telah dibuka pada Januari 2019 dan ia menghidangkan masakan tempatan, barat kerana Ketua Chef di sini telah berkemahiran dalam menghidangkan masakan cina, western dan fusion. Selain itu, cafe ini adalah menghidangkan menu yang pork free, so korang tak perlu ragu-ragu dan risau. Pemilik cafe ini mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal yang mempunyai sijil halal dan ini meyakinkan aku untuk makan di sini. Konsep cafe ini mahukan semua kaum dan bangsa boleh dapat merasai menu-menu yang disediakan oleh mereka. Kafe ini kelihatan kecik tetapi bila masuk di dalam dia korang pasti akan terpukau dengan setiap dekorasi dan susun atur dia. Sambil-sambil korang menunggu hidangan sampai, korang boleh menikmati lukisan mural di dinding dan terdapat juga akuarium yang mana terdapat koleksi ikan yang exotic. Nanti di penghujung entri ini aku kongsi dengan korang persekitaran cafe ni. Sekarang aku nak kongsi dahulu menu-menu yang aku dan rakan-rakan telah cuba disini dan menu-menu ini antara yang terkenal dan menjadi pilihan setiap pelanggan yang datang. 

Pembuka Selera


Garlic Toast


Mushroom Soup


Smoked Salmon Salad


Golden Crispy Chicken Finger


Buffalo Wings

Menu Utama


Signature Fried Rice with Grilled Sambal Chicken


Salted Egg Yolk Chicken Chop


Signature Braised Lamb Shank with Garlic Mash 


Piri-piri Chicken


French Duck Confit with Oriental Plum Sauce


Baked Salmon With Tomato Salsa


Surf & Turf


Grilled Honey Lemon Chicken with Pasta Marinara


Creamy Fettuccine with Chicken and Assorted Mushroom

Pencuci Mulut


Bananas Foster French Toast with Vanilla Ice Cream


Cheesecake of The Day


Brownie


Chocolate Sundae Special

Minuman 


Signature shakerato


Iced lemon tea


Iced Matchapresso


Iced Cafe Latte


Iced Premium Chocolate Latte


Passion Mint Mojito

Terliur tak tengok semua menu-menu yang cafe ni tawarkan? Haishhhh rasa macam nak p repeat lagi hujung minggu ni.hehehe Cafe ni memang best boleh hilangkan stress bila tengok persekitaran dan koleksi ikan-ikan yang ada di cafe ni. Jom aku kongsi gambar sekitar 34 Bishop Cafe ni yang sempat aku ambik baru-baru ni. 





possing tu benda wajib kalau tengok tempat lawa.hehehe


Menu pilihan hati aku kat sini piri-piri chicken. 

Sekian perkongsian mengenai 34 Bishop Cafe ini dan aku boleh kata korang wajib pergi cafe ni lagi-lagi yang jenis suka tempat-tempat cantik macam ni boleh la possing sakan kan. Terima kasih buat semua staff 34 Bishop yang sangat ramah melayan kami ketika menjamu selera di sana. Kalau korang berminat dan ingin ke sana korang boleh rujuk maklumat di bawah ini.

Alamat: 34, Bishop Street, 10200, Penang
Tel : 012-4743286 
Facebook : 34 Bishop
Instagram : @34.bishop



You May Also Like

1 Comments