IMPIANKU BERCUTI KE KRABI BAKAL MENJADI KENYATAAN.
Korang selalu tak ke Thailand? Kalau korang selalu pergi tak sah kalau tak ke Krabi. Krabi sekarang senang nak pergi sebab korang boleh pergi naik kereta atau bas ataupun nak naik flight pon boleh tapi korang kena tempah tiket Flights to Krabi. Senang nanti kalau last minit harga tiket bak datang tuuu. Hahaha.
So apa dia sebenarnya Krabi ni? Pemandangan yang mempesonakan dan udara yang menyegarkan dapat dinikmati sepuasnya di daerah ini. Bagi korang yang berjiwa adventure pula, aktiviti dan penerokaan yang boleh dilakukan di sini hampir tiada hadnya. Disebabkan betapa hebatnya penangan alam semula jadi dan kedamaian yang ditawarkan, wujudlah beratus-ratus hotel yang terdiri daripada pelbagai jenis penginapan yang berbeza iaitu daripada yang mewah hinggalah kepada yang murah, hampir kesemuanya memiliki keistimewaan tersendiri untuk merebut hati pengunjung yang ramai. Nak tahu di mana hotel murah yang hebat di Krabi ni? Hotel yang masih baru ini,
River Front Krabi Hotel menawarkan penginapan yang mempunyai dekorasi yang sempurna di pandangan mata. Kebersihannya juga sangat memuaskan hati. Kalau korang bercadang untuk bercuti sehingga puas di Krabi, korang boleh memilih River Front Krabi Hotel sebab ianya juga lengkap dengan kemudahan dobi dan mesin pengering, tak payahlah korang pening kepala macam mana nak buat kalau dah tak cukup baju. Fasiliti lain yang disediakan adalah kolam renang yang juga termasuklah kolam kanak-kanak. Lokasinya, walaupun tidaklah berada di tengah bandar Krabi, pihak hotel ada menyediakan tuk-tuk percuma untuk menuju ke sana dan banyak lagi lokasi lain. Tapi, sebenarnya korang boleh berjalan kaki di sepanjang sungai dalam hanya 10 minit sahaja untuk ke bandar.

Nak hotel yang hipster atau rasa macam country house sikit? Korang boleh booking hotel 3 bintang, Le Anda Boutique Hotel yang lengkap dengan taman dan ruang lepak. Korang juga boleh mengisi waktu lapang di hotel ini dengan bermain dart ataupun ping-pong. Bagi korang yang bercuti bersama keluarga, Le Anda Boutique Hotel adalah salah satu pilihan penginapan yang sesuai kerana keluasan biliknya dan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati. Dari segi kemudahannya pula, pihak hotel turut menyediakan khidmat penghantaran percuma ke kawasan bandar. Tapi nak lagi senang, korang boleh sewa motor untuk dibawa sendiri dalam harga yang sangat murah.
The Nice Krabi Hotel adalah sebuah hotel selesa yang terletak di tengah-tengah kota Krabi dan berhadapan dengan pasar segar Maharaj. Hotel ini menawarkan 21 buah bilik penginapan yang memang ‘nice’ sentuhannya, sangat moden dan didekorasi dengan pilihan warna yang sejuk dipandang. Keselesaan hotel dalam harga bajet ini juga agak melampaui batas, cukup bersih dan nyaman dari sebarang gangguan bunyi bising. Selain itu, korang juga boleh memilih penginapan yang berbalkoni untuk dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil menikmati minuman panas.
The Sasi House adalah sebuah penginapan yang penuh dengan keselesaan walaupun bermula dengan harga di bawah daripada RM90. Bilik-biliknya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Dihias dengan simple namun ini semua menambahkan lagi rasa santai korang sewaktu berehat-rehat di dalam bilik. Sambil menonton tv dalam bilik tu, korang boleh tapau sikit makanan yang disediakan secara PERCUMA di kaunter hotel yang tersedia sepanjang masa seperti air kopi, air coklat, biskut dan macam-macam jenis buah. Macam dekat rumah sendiri pula rasanyakan sebab boleh korek dapur setiap kali terasa nak mengunyah? Berkaitan dengan lokasi hotel ini, ianya terletak dekat dengan pasar malam dan gerai-gerai makanan. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat kedai 7-E kalau korang teringin nak minum air Slurpee selepas kehausan berjalan di sekitar Krabi.
Untuk pastikan korang dapat enjoy ni semua dengan at least korang jimat kat Flight korang, korang boleh pergi ke Traveloka. Kat sini korang boleh find out Qatar Airways Promotion so that korang boleh dapat promotion rate yang best. Bercuti dalam penjimatan pun best gak and korang kemungkinan dapat hasil puas yang sama. Kalau tak percaya korang try la pergi bercuti secara bajet nanti.
0 Comments