ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN LIFESTYLE | SKINCARE
08:06
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, kali ini zya nak kongsi dengan korang satu produk kecantikan yang zya guna. Produk kecantikan ialah serum muka yang mana zya dah amalkan dalam beberapa minggu ni dan kesannya sangat best. Memandangkan umur yang dah semakin meningkat ni penjagaan wajah sangat penting untuk mengelakkan tanda-tanda penuaan tu jelas terpancar di wajah kita. Oleh itu, serum yang zya bakal kongsikan ini adalah satu produk yang tepat bagi korang yang tengah tercari-cari dan menghadapi masalah yang sama zya sebutkan tadi.
APAKAH PRODUK SERUM ITU?
Produk ini diberi nama Antioxidant Serum dan ianya adalah keluaran syarikat Sanny & Joleen Lifestyle. Syarikat ini mengeluarkan produk kecantikan yang mana kesemuanya menggunakan bahan yang natural dan semulajadi. Jadi disebabkan ini zya rasa tertarik untuk mencuba kerana produk yang dari semulajadi ini lebih bagus dari yang banyak bahan kimia.
Antioxidant serum ini kaya dengan Vitamin E yang mana ia sangat diperlukan untuk kulit wajah kita. Serum ini juga sangat cepat meresap ke kulit wajah kita dan ianya tidak berminyak sama sekali. Sebaliknya ia akan memberi kesan yang lembap serta melembutkan kulit wajah korang tu nanti.
APAKAH BAHAN YANG DIGUNAKAN?
- Tocotrienol dan tokoferol adalah ahli keluarga Vitamin E.
- Walau bagaimanapun, Tocotrienol terbukti 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan biasa Vitamin E (alpha-tokoferol).
- Tocotrienol adalah antioksidan yang kuat yang melindungi cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. Ia membantu mencegah penuaan kulit & meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dengan mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit & kesan pelicinan.
- Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan mengurangkan kandungan melanin. Ia juga berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.
- Penggunaan jangka panjang Serum Antioksidan menggalakkan kulit yang sihat.
Korang tidak perlu risau kerana produk ini tidak menggunakan bahan-bahan bahaya dan bagi korang yang ada masalah kulit sensitif juga boleh digunakan. Zya sendiri mempunyai kulit yang agak sensitif tetapi zya boleh memakainya serta serasi dengan kulit zya. Lagipun produk ini tidak mempunyai bahan-bahan seperti ini:-
- No sodium lauryl sulfate
- No sodium laureth sulfate
- No animal derivatives
- No mineral oil
- No alcohol
- No harsh detergent
- No artificial colours
- No EDTA
- No propylene glycol
- No synthetic fragrance
APAKAH KELEBIHAN PRODUK INI?
Produk ini adalah sangat bagus bagi mengatasi masalah-masalah seperti berikut:-
- Memudarkan Bintik-Bintik Gelap & Pigmentasi
- Mengurangkan Jerawat Tanda Jerawat
- Mengurangkan Parut
- Melembapkan Kulit Yang Dehidrasi
- Mengurangkan Kesan Sunburn sinaran matahari
- Mengurangkan Kesan Stretch Mark
- Menjadikan Kulit Lebih Anjal
- Melambatkan Proses Penuaan
- Melicin dan Mencerahkan Kulit
Kajian juga ada menunjukkan bahawa Tocotrienol ini mempunyai potensi antioksida 40 hingga 60 kali lebih tinggi daripada Vitamin E Tocopherol yang biasa kita jumpa di dalam produk kecantikan. Produk ini selamat digunakan kerana telah diuji oleh pakat dermatologi yang diiktiraf. Selain itu, ianya juga mempunyai sijil GMP,tidak mempunyai SLS dan paraben, serta berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Zya memang suka sangat dengan produk ini kerana sangat mudah untuk digunakan dengan hanya menitiskan beberapa titik di atas jari kita dan kemudian apply di wajah kita serta urut perlahan-lahan di serata muka dan gunakan secara konsisten untuk hasil yang terbaik dan sekiranya terdapat sebarang masalah ketika menggunakan produk ini korang boleh rujuk kembali kepada pihak syarikat kerana ada jaminan selama 365 hari.
Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan produk ini korang boleh rujuk link dibawah kerana mereka tidak mengenakan cas penghantaran sekiranya di beli secara atas talian atau korang boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan dengan dua saiz seperti botol kecil 10ml dan botol besae 30ml. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk link dibawah ini. Sekian.
Sanny & Joleen Antioxidant Serum
WEBSITE :
FACEBOOK PAGE :
INSTAGRAM :
0 Comments