DOUBLE CLEANSING YANG MENJIMATKAN DARI ALTHEA | PORE PURIYFING SERUM CLEANSER.

by - 04:41

Hai semua dah masuk tahun 2019 semua benda nak kena jimat dan berjimatkan, maklumalah banyak benda dan komitmen yang perlu ditanggung tambahan pula nak menabung untuk duit kahwin sama. hahahaha menabung ja kahwinnya tu bila tak tahu la kan. Ok berbalik pada cerita sebenar zya nak kongsi dengan korang satu produk terbaru dari Althea. Amboi semakin kerap Althea mengeluarkan produk keluaran mereka sekarang. Apa pun tahniah zya ucapkan untuk Althea dan seperti yang korang pernah korang tahu yang zya sememangnya gemar mencari dan menggunakan laman web Althea sebagai tempat untuk zya mendapatkan pelbagai produk kecantikan seperti skincare, mekap dan sebagainya. 

Jadi kali ini zya nak kongsi dengan korang satu produk yang sangat menjimatkan kerana produk ini didatangkan 2 dalam 1 yang mana dengan hanya satu produk mempunyai 2 fungsi yang berbeza. Produk tersebut ialah Pore Purifying Serum Cleanser yang menggabungkan fungsi pembersih dan juga serum dalam satu masa. Pembersih juga boleh digunakan sebagai dua cara iaitu bertindak sebagai penanggal mekap yang mampu menanggalkan segala kekotoran dan minyak pada muka serta bertindak sebagai pencuci wajah. Kaedah double cleansing ini sangat bagus terutama sekali bagi korang yang selalu mekap dan  memerlukan cucian yang terbaik supaya kulit korang tidak rosak, bersih dan tidak akan menyebabkan pori tersebut yang akan membuatkan kulit mudah terdedah kepada kenaikan jerawat. Pencucian yang bersih itu penting dan kaedah double cleansing ini sangat disarankan. Selepas menggunakan produk ini korang akan terasa kelembapan pada muka korang kerana ianya juga terdapat kandungan serum yang meresap dan memberi kelembapan pada kulit korang. 

Apakah Kandungan Bahannya?


Ekstrak daun pudina 
Menyejukkan dan menenangkan kerengsaan pada kulit

Minyak benih Jojoba 
Memberi kelembapan pada kulit walaupun memiliki kulit yang kering

Ekstrak daun pokok teh 
Mempunyai sifat antibakteria yang mampu membersihkan kulit

Kandungan lain:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance.

Apakah Kelebihan Produk ini?

  1. Pembersih penyucian dengan formula serum 
  2. Mempunyai kadar pH 5.5-6.5 yang dapat megimbangi kulit serta memastikan kulit tetap sihat.
  3. Membersih kulit secara mendalam.
  4. Mempunyai Dual Moisture Cell System yang menggabungan air dan minyak di lapisan serta bertindak menghilangkan kesan mekap dan sisa kotoran tanpa mengering kulit.
  5. Membuang sel kulit mati serta menutup liang pori yang terbuka. 
  6. Memberi kelembapan dan melindungi kulit korang. 
Kelebihan lain: 
Membersihkan liang  pori 3 dalam 1 dengan Ekstrak Pudina.
  • Kesannya yang dingin dan merendahkan suhu kulit serta menenangkan kulit.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk mngekalkan kulit yang sihat dan melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat.
  • Menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan berkesan serta meminimumkan pembukaan liang pori.
Bagaimana Cara Penggunaannya?


Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser bagi menanggalkan mekap:

          
Langkah pertama:- Korang memerlukan kapas muka seperti dalam gambar.


Langkah kedua:- Lalu dituangkan beberapa titik pada kapas muka atau terus menggunakan tapak tangan.
Langkah ketiga:- Kemudian lakukan urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup


Langkah keempat:- Setelah yakin mekap sudah tiada di wajah korang boleh terus cuci wajah menggunakan air bersih.

Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser bagi mencuci muka:
  • Basahkan sedikit wajah korang dengan air bersih.
  • Lalu tuangkan sedikit Pore Purifying pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah korang.
  • Kemudian urut wajah korang perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.
  • Keringkan wajah korang dengan kain yang bersih. 
Produk Ini Sesuai Untuk Siapa?
  • Disyorkan untuk kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak 
  • Kulit sensitif yang memerlukan pembersihan yang ringan 
  • Mereka yang mahukan pembersihan yang cepat dan berkesan 
  • Mereka yang memerlukan pembersih pelembap untuk kecantikan rutin harian mereka
Produk ini mampu mengeluarkan kekotoran dengan minyak berasaskan tumbuhan yang ringan. Kandungan minyak benih Jojoba dalam produk ini yang mempunyai struktur yang serupa dengan kulit semulajadi, dan membolehkan penyingkiran mekap dengan berkesan serta membersihkan liang-liang pori yang terbuka. Baunya yang wangi dan segar itu membuatkan zya terasa suka dan jatuh hati untuk terus menggunakannya. Memandangkan ianya mudah zya bawa kemana-mana kerana di sini zya sudah dapat menjimatkan ruang apabila zya travel kemana-mana. Dengan harga yang mampu milik korang boleh mendapatkan pencuci serta serum dengan satu harga serta satu produk. Korang nampak sahaja ianya bewarna putih cair dan transparent tetapi ianya tidak cair dan bersifat agak pekat. 

Apabila korang beli di website Althea korang tidak perlu mengenai produk rosak atau pecah kerana mereka sangat menitikberatkan pembungkusan yang baik dan dibalut dengan teliti agar produk ini sampai ke tangan pelanggan mereka dengan selamat. Korang boleh rujuk video dibawah untuk video unboxing produk ini. Bagaimana ianya sampai di tangan zya dengan selamat dan tidak ada langsung kesan produk akan rosak dan pecah. Dengan harga RM33 untuk 150ml adalah sangat berbaloi untuk korang miliki.





Website : Althea Korea
Facebook : Althea Korea
Instagram : altheakorea





You May Also Like

2 Comments