PRETTY VALET TELAH MELEBARKAN SAYAPNYA YANG PERTAMA DI PENANG
PRETTY VALET TELAH MELEBARKAN SAYAPNYA YANG PERTAMA DI PENANG | Hai semua pembaca kali ini zya nak kongsi dengan korang satu pusat kecantikan yang telah melebarkan sayapnya untuk membantu orang-orang Penang bagi kelihatan cantik dan berseri-seri. Pusat kecantikan ini yang diberi nama Pretty Valet Beauty Aeshetic ini telah bertapak di HQ nya yang terletak di Kajang Selangor dan Penang adalah cawangan pertama dan seterusnya adalah di Johor. Zya telah dijemput untuk majlis perasmian mereka baru-baru ini yang diadakan di Seberang Jaya betul-betul belakang Hotel Sunway.
Pihak Pretty Valet telah menjemput Dr Afif, iaitu Adun Seberang Jaya untuk merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini. Perasmian bermula pada pukul 3 petang dan dimulakan dengan bacaan doa serta sedikit ucapan dari pengasas Pretty Valet sendiri iaitu Muhammad Syafiq Farhan. Dalam ucapannya ada menyatakan bahawa Penang ini menjadi pilihan kerana terdapat ramai permintaan dan juga ingin membantu orang-orang di Penang menjadi cantik dan berkeyakinan tinggi dengan diri mereka. Pretty Valet ini mengetengahkan pakej rawatan individu yang ia bergantung kepada setiap kesulitan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelanggannya. Setelah itu, ucapan dari Dr. Afif, Adun Seberang jaya yang langsung merasmikan majlis pembukaan cawangan Pretty Valet yang pertama di Penang dengan acara pemotongan riben, kek serta tandatangan yang mengesahkan bahawa Pretty Valet telah sah dirasmikan.
Upacara pemotongan riben yang merupakan gimik kepada perasmian Pretty Valet oleh Dr. Afif, Adun Seberang Jaya bersama Pengasas dan juga staff Pretty Valet.
Dr. Afif menurunkan tandatangannya
Upacara pemotongan kek Pretty Valet yang ditempah khas untuk majlis perasmian ini.
Pada hari perasmian terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan serta diskaun untuk rawatan mereka. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah
- FREE Voucher Facial PV Silky RM1
- Diskaun rawatan kulit wajah sehingga 90%
- Promosi rawatan kulit wajah hydra/acne/whitening UNLIMITED
- Ada FREE EXCLUSIVE GOODIES untuk 30 terawal !
- Ada 100 FREE GIFTS
- PROMOSI KHAS untuk pelanggan yang PREGGY
- Ada Cabutan Bertuah bernilai RM1000
- Ada Makan2 dan banyak lagi !
- Booth MBH Haircare, MBH Cosmetics & Academy
Pretty Valet merupakan spa kecantikan yang bercirikan moden kontemporari yang menawarkan khidmat sesi rundingan wajah sebelum memulakan sesuatu perawatan kecantikan di sini. Sesi rundingan wajah ini diberikan secara percuma dan para pelanggan akan diberi keterangan tentang masalah sebenar kulit dan pakar rundung kecantikan akan membantu mencadangkan kepada anda rawatan serta produk apa yang sesuai digunakan. Pada hari perasmian ini juga ada dibuat sesi rundingan wajah kepada para pelanggan yang datang dan kulit wajah akan dianalisis menggunakan mesin yang didatangkan khas.
Gambar diatas menunjukkan salah seorang staff Pretty Valet membuat sesi rundingan wajah pada seorang pelanggan mengenai masalah kulitnya yang mana pelanggan ini mempunyai masalah kulit di bawah lingkaran mata dan pakar runding kecantikan ini juga turut mencadangkan produk yang sesuai digunakan baginya. Pretty Valet menyediakan 10 jenis rawatan kecantikan wajah dan semuanya dilakukan oleh pakar perawatan yang telah berpengalaman dan terlatih dengan baik sekali. Antara rawatan yang disediakan oleh Pretty Valet ialah :-
- Signature Treatment
- Whitening Treatment
- Acne Treatment
- Scar Treatment
- Dry Skin Treatment
- Pigmentation Treatment
- Anti-aging Treatment
- Detox Treatment
- Eyes Treatment
- Hair Removal Treatment
Selain itu Pretty Valet juga turut menjual beberapa jenis produk MBH Dermacare yang mana ia sangat bagus zya sendiri pun dah pernah mencuba sebelum ini. Ok sekarang jom kita tengok apa visi serta misi Pretty Valet dalam menubuhkan spa kecantikan ini:-
- To provide different range of treatment that suit customer's beauty concern.
- To provide beauty treatment at affordable price with good quality of service.
- To add value by providing the finest beauty care and healing environment in the spa industry so our guests leave with renewed balance and beauty.
Sekiranya korang inginkan maklumat atau ingin mendapatkan rawatan di sini korang boleh rujuk maklumat yang disediakan. Dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih bagi memudahkan urusan anda dengan pihak Pretty Valet. Demikian sahaja perkongsian zya kali ini dan lepas ini boleh la kita cuba beberapa rawatan di Pretty Valet ini memandangkan jarak dari rumah zya yang dekat sahaja. Terima kasih kepada semua pihak Pretty Valet yang telah menjemput dan memberi layanan yang sangat baik. Semoga Pretty Valet terus berjaya dan membuka banyak lagi cawangan di Seluruh Malaysia. Oh ya sebelum terlupa Pretty Valet juga telah mendapat liputan dari pihak media seperti Sinar Harian seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah. Sekian.
Pretty Valet di dalam Sinar Harian
Staff Pretty Valet bersama dengan pengasasnya iaitu Muhammad Syafiq Farhan
TQ Pretty Valet.
Website : http://prettyvalet.com/
Alamat: No. 6, Ground Floor, Jalan Todak 5,
Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
3 Comments