Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu Dutch Lady PureFarm.

by - 09:45

Hai semua adakah anda mengambil sarapan pagi setiap pagi? Tahukah hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Tetapi ramai yang sering mengabaikan sarapan pagi kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi dengan mengambil sarapan yang betul setiap pagi akan memberi kita kekal sihat dan segar sepanjang hari.


Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, maka susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan zya. Susu yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia yang diambil pada waktu sarapan akan menyemarakkan pagi kita bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.  Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan. Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda. 

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia. 


Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian". "Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya. Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3". "Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya. 

Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti: 

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik; 
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif; 
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja; 
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6; 
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6. 


Jadi mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Zya juga turut sokong peraduan seperti ini kerana zya adalah sejenis yang tidak suka dan kadang itu tidak sempat kerana terkejar masa dan apabila wujud peraduan seperti ini memberi semangat kepada zya untuk menyertainya sambil itu kita boleh jaga pemakanan dan mengambil sarapan pagi dengan baik. Zya dan berjaya join Dutch Lady Breakfast Challenge selama 5 hari dan antara menu zya setiap hari adalah seperti berikut.

DAY 1 
Nasi Lemak sambal ikan bilis dan telur rebus + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 2 
Bihun Goreng + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 3
Corn flakes + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 4
Roti wholemeal + Tuna Ayam + Susu Dutch Lady Purefarm


DAY 5 
Nasi lemak sotong + Susu Dutch Lady Purefarm


Selesai mengenai sarapan pagi zya bersama dengan Dutch lady sekarang zya nak buat perkongsian sedikit mengenai Susu Dutch Lady ini. Mungkin ada antara yang sememangnya dah tahu dan ada yang memang penggemar susu Dutch Lady. Jadi zya kongsi ingin buat perkongsian sedikit agar bermanfaat untuk semua.

MENGENAI DUTCH LADY MILK

Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal Friesland Campina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda. Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold. Melalui kerjasama unik antara Friesland Campina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa, Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara berumur sehingga 12 tahun. 

Royal Friesland Campina Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di 




Terima Kasih Dutch Lady 

You May Also Like

4 Comments