KEENAKAN NASI AYAM HAINAN YANG SUPER KAW HANYA DI SOUPER CHEF, QUEENSBAY MALL.

by - 00:21


Sebanyak-banyak menu yang ada ni tapi nasi ayam paling ramai orang suka baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Semuanya amat suka dan menggemari nasi ayam kerana prosesnya yang mudah dan cepat dihidangkan. Tambahan pula jika korang berada di luar dan mahukan makanan yang cepat dan tidak perlu bersesak atau beratur panjang untuk mendapatkannya. Jadi Souper Chef ada jawapannya jika korang berkunjung ke Queensbay Mall, Penang. Lokasi Souper Chef ini terletak di tingkat 3 Queensbay Mall yang mana ia sama level dengan panggung wayang. Apakata sebelum atau selepas menonton wayang korang singgah sini dulu dan cari banner yang tertulis seperti dalam gambar di bawah.



Korang jangan risau Souper Chef ni menjanjikan makanan yang halal dan korang tidak perlu lagi ragu. Boleh rujuk gambar di bawah mengenai sijil halal bagi mendapatkan bekalan ayam ini.




Beberapa hari yang lepas zya dan rakan-rakan telah mengunjungi Souper Chef yang mana mereka menyajikan Nasi Ayam Hainan Sambal Merah dengan pelbagai jenis menu seperti ayam rebus, ayam kicap, ayam BBQ bermadu dan juga ayam kampung.  Jadi korang boleh memilih nasi ayam korang dengan pelbagai jenis menu ayam tersebut mengikut citarasa korang.Selainitu, korang boleh memilih untuk sayur seperti ipoh taugeh ataupun sayur bok choy. Bagi zya dua-dua ni sedap sebab zya suka sayur. Selain nasi ayam hainan korang juga boleh memilih untuk menu Sliced Chicken Hor Fun yang mana ia adalah koey teow bersama dengan sup serta beberapa hirisan ayam dan difahamkan koey teow tersebut telah diperap bersama dengan minyak udang dan disebabkan itu macam ada rasa seperti udang.

Disebabkan perut lapar sangat masa makanan nie sampai benda pertama yang buat zya tertarik adalah bau wangi dari nasi tersebut yang terus masuk menyusuk hidung. Terus perut memainkan lagu keroncong hip hop wei sebab lapar terus. Jujur cakap bau nasi dia memang wangi dan rasa dia pula lain dari nasi ayam hainan yang pernah zya cuba sebelum ini. 

NASI AYAM



AYAM REBUS (POACHED CHICKEN) 



AYAM KICAP ( SOY SAUCE CHICKEN) 





AYAM BBQ BERMADU (HONEY GRILLED CHICKEN)



 AYAM KAMPUNG (FREE RANGE CHICKEN)



SUP


IPOH TAUGEH



BOK CHOY



SLICED CHICKEN HOR FUN



TELUR REBUS KICAP


Sambal tambahan (boleh diambil secara percuma)


Sekiranya korang berminat korang boleh rujuk dahulu menu dibawah ini dan nanti disana korang boleh terus membuat pesanan dan bagi mendapatkan harga untuk limited menu korang boleh terus ke facebook page 梁记河粉 Souper Chef dan like page mereka. Setelah like korang perlu tunjukkan bukti korang dah like pada mereka dan korang boleh mendapatkan harga untuk Special Seat Meal dengan harga RM6.90. Maklumat Special Seat Meal seperti dibawah ini.

Special Set Meal: Terms & Conditions apply

Nasi Ayam Hainan Sambal Merah – RM6.9
Like FB Page “梁记河粉 Souper Chef” and show at counter to be eligible to purchase.
Applicable for all subsequent visits.
RM0.50 for each extra Sambal Merah


Korang boleh rujuk senarai menu beserta harga sekali di bawah bagi memudahkan korang membuat pesanan nanti. Zya pergi mana-mana pun bila order nasi ayam hainan mesti pilih ayam kicap sebab zya lebih suka rasa macam itu dan dekat rumah buat nasi ayam mesti style ni juga tapi kalau korang nak rasa kelainan dari yang korang pernah rasa di Souper Chef ada empat pilihan jenis menu ayam. Pilihan adalah di tangan anda dna selamat menjamu selera.

Whole Chicken (Ayam Seekor):
Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM70
Soya Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) – RM60
Poached Chicken (Ayam Rebus) – RM52

Chicken (1/2 bird):
Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM35
Soy Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) – RM30
Poached Chicken (Ayam Rebus) – RM26

Chicken (Ala carte):
Soy Sauce Braised Chicken (Breast/Wing) – RM6.90 per plate
Soy Sauce Braised Chicken (Drumstick) – RM7.90 per plate
Poached Chicken (Breast/Wing) – RM5.90 per plate
Poached Chicken (Drumstick) – RM6.90 per plate
Honey Grilled Chicken (Ayam BBQ Bermadu) – RM7.90 per plate

Set Meal:
Sliced Chicken Hor Fun – RM6.90 per bowl

Add-ons:
Chicken Flavoured Rice – RM2.50 per bowl
Plain Hor Fun with Soup – RM4.50 per bowl
Blanched Ipoh Taugeh – RM3.90 per plate
Blanched Bok Choy – RM3.90 per plate
Soy Sauce Braised Hard Boiled Egg – RM1.20 each


Image may contain: food


Zya dan rakan-rakan dah cuba kesemua menu yang ada disini dan semuanya sedap dan berselera sangat makan.
Terima kasih Souper Chef kerana atas layanan yang diberikan sepanjang kami di sini. Untuk sebarang pertanyaan
korang boleh rujuk maklumat di bawah.

梁记河粉 Souper Chef
Address:
3F-08(23) Queens Hall, Queensbay Mall,
100 Persiaran Bayan Indah, Queens Bay,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Contact: +6012-428 8066
Business Hours: 10.30am-9.30pm daily

Note: All prices are subjected to prevailing 6% GST charge




















You May Also Like

3 Comments