PIWE MENJANJIKAN PERANCANGAN HARI BERSEJARAH DAN BAHAGIA ANDA LEBIH BERMAKNA.

by - 01:56

Perkahwinan adalah sebuah impian yang diimpikan oleh setiap pasangan yang bercinta dan bila bercakap pasal kahwin semua orang inginkan sebuah majlis meriah yang dapat diabdikan sebagai sebuah kenangan selamanya. Jadi untuk anda yang sedang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini boleh cuba ikuti apa yang ingin zya kongsikan dengan korang ini.

Pernahkah korang dengar atau ketahui mengenai Penang International Wedding Expo atau lebih dikenali sebagai PIWE ? PIWE ini adalah ekspo perkahwinan yang berskala besar pertama diadakan di utara tanah air ini. Mereka menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang bertaraf tempatan dan antarabangsa. Selain dari itu, pengantin kini boleh merasai pengalaman perkahwinan bertaraf dunia di sini iaitu di negeri Pulau Pinang yang masih megekalkan semangat warisan. Kenapa zya cakap dapat merasai semangat warisan? Ini adalah negeri Pulau Pinang yang masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama yang masih dijaga dengan baik serta bercirikan tema english. Bila korang mengadakan majlis di sini korang dapat merasai pengalaman seperti perkahwinan di peringkat antarabangsa. 




Register di sini www.piwe.com.my

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama yang masih cantik, juga menjadi syurga makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang patut korang cuba bila berkunjung di sini serta berdekatan dengan laut yang boleh dijadikan tempat pilihan untuk korang berbulan madu bersama insan yang tersayang. Ini juga terdapat dalam pakej yang disediakan oleh pihak PIWE dan korang boleh lihat daftar di sini dan memilih untuk majlis macam mana yang korang inginkan.

Setelah itu korang boleh pilih dekat laman web ini produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Penang International Wedding Expo.

Secara khususnya, PIWE ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk membawa yang terbaik dalam keperluan perkahwinan anda, tetapi PIWE juga berfungsi sebagai pentas yang mana ia adalah  mempamerkan budaya perkahwinan unik Pulau Pinang dan banyak produk & perkhidmatannya kepada dunia. Ini juga adalah selaras dengan Tourism Penang yang mahu mempromosikan Pulau Pinang di serata dunia dengan keunikan dan keistimewaan Pulau Pinang. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menambahkan lagi keyakinan kepada pelanggan, PIWE telah mengadakan roadshow di Beach Street, Penang baru-baru ini untuk mempamerkan tentang produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Zya juga tidak melepaskan peluang dengan menyertai roadshow ini dan melihat sendiri peragaan pakaian pengantin dengan lebih dekat. 

Pada roadshow ini model memperagakan pakaian pengantin dari pelbagai butik dan berarak sekitar Beach Street bermula dari Penang Peranakan Mansion. Memandakan zya jenis yang pantang tengok model cantik-cantik terus snap beberapa keping gambar untuk tatapan korang.  

photographer and editor by me

photographer and editor by me

 photographer and editor by me

 photographer and editor by me

 photographer and editor by me

photographer and editor by me

photographer and editor by me

Gambar-gambar dibawah pula adalah sekitar Padang Kota dan juga Chew Jetty yang dirakamkan oleh beberapa orang jurugambar pada hari roadshow tersebut. 


                                       Chew Jetty (kredit to Penang International Wedding Expo PIWE)

                                 Chew Jetty (kredit to Penang International Wedding Expo PIWE)

Pada korang yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi mengenai PIWE korang boleh menyertai dan mengunjungi Penang International Wedding Expo 2018 pada tarikh dan tempat yang tertera untuk mendapatkan lagi maklumat, promosi serta pakej perkahwinan dengan lebih dekat di sana. Korang jangan lepaskan peluang ini ajak pasangan anda untuk sama-sama melihat dengan lebih dekat produk dan perkhidmatan yang terbaik oleh pihak Penang International Wedding Expo 2018. 

Event: Penang International Wedding Expo 2018
Date: 16-18 March 2018
Venue: Setia SPICE Convention Centre

Cepat-cepat catitkan dalam kalendar anda agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. Abadikan hari bahagia anda sekali seumur hidup ini dengan yang indah serta perancangan yang teliti, teratur dan meriah. Sebarang maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah.

Website: www.piwe.com.my
Instagram: PIWE2018

possing satu kali sebelum balik.

sekian.



You May Also Like

3 Comments