LOKASI PERCUTIAN IDAMANKU | #MyTravelokaEscapade

by - 23:17

Bahagianya kalau dapat meluangkan masa pergi bercuti kan. Memandangkan tahun 2016 ini zya terlalu sibuk tak sempat nak pergi bercuti mana-mana pun. Setakat berulang-alik ke kampung dari Perlis dan Penang saja dan bukan kata nak bercuti nak makan pun boleh sampai terlupa ini dah kes sibuk teruk ini. Jadi zya bercadang tahun depan nak bercuti untuk tenangkan fikiran bila memikirkan tahun depan dah tahun akhir pengajian. Jadi inilah peluang zya untuk berjalan-jalan nanti sudah masuk alam pekerjaan dah payah untuk pergi bercuti. 

Lokasi mana menjadi idaman zya jika traveloka bagi pilihan ?


Jawapan zya semestinya Sabah kerana dah lama zya ingin melawat pulau-pulau di Sabah yang cantik tu. Pulau yang zya teringin sangat pergi tu ialah Pulau Mabul yang mana pemandangan dia sangat memukau. Tapi kalau dapat pergi pulau lain selain dari Pulau Mabul pun zya dah tak kisah janji dapat melancong ke Sabah.


Pulau Mabul 


Rindu si mek ct bertudung kuning yang menetap di Sabah.

Selain itu, zya boleh berjumpa dengan kawan serumah masa belajar di Shah Alam dulu yang tinggal di Sabah. Dah lama sangat tak berjumpa dengan dia memandangkan jarak kami yang sangat jauh untuk bertemu. Diharap jika diberi peluang oleh #MyTravelokaEscapade kepada zya dapatlah zya memenuhi percutian idaman dan impian zya ini melalui khidmat traveloka.

Tahukah anda dengan traveloka ini kita dapat mengetahui hotel, chalet, dan juga tiket penerbangan dengan harga yang murah. Kita boleh mencari dan membandingkan harga mana yang kita mahu mengikut kemampuan bajet yang kita ada. Jadi ini memudahkan kita untuk melancong ke destinasi idaman dengan kadar bajet yang kita ada. Menarik sangat zya sendiri pun dah teruja nak tunggu untuk pergi bercuti ni korang tunggu apa lagi jom ke www.traveloka.com.my dan teroka setiap inci yang ada dalam website ini.


Sekarang traveloka tengah buat contest dan kalau ada rezeki dapatlah zya pergi bercuti ke Sabah dan dapatlah zya berkongsi dengan korang semua. Doakan zya berpeluang memenangi percutian idaman zya ini okay.hehehe









You May Also Like

3 Comments