6 WEBSITE YANG WAJIB KITA LAWATI.

by - 00:35





Assalamualaikum hai semua hari ini zya berkelapangan untuk berkongsi satu entri yang sangat berguna untuk semua. Zya nak kongsi beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. Zaman sekarang sudah terlalu banyak website yang berkembang bagaikan cendawan selepas hujan. Pada tahun 2014 sahaja sudah mencatatkan lebih kurang 1 billion website dan blog yang telah digunakan. Pasti and semua terkejut bukan? Ini kerana 1 billion bersamaan denga 1000 juta dan dalam sejuta terdapat sebanyak seribu kali. Telalu banyak website sehinggakan kita tidak tahu yang manakah wajib berguna untuk kita ataupun bukan. Jadi di sini zya kongsikan website yang telah memberi manfaat kepada ramai orang.

Related image

Jawatan kosong 

Laman web nie sesuai bagi korang yang sedang atau ingin mencari peluang pekerjaan. Website ini juga snagat berguna untuk zya kerana memandangkan zya sekarang sudah berada di tahun akhir pengajian jadi sudah tiba masa untuk mengintai dan mencari peluang-peluang pekerjaan. Government.my ini menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.

Jawatan kosong kerajaan 

Laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.

Kerja Kosong

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.

Saps Ibu Bapa 

Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.

APDM 

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.


Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Sekian sedikit maklumat yang sempat zya kongsi dengan korang dan diharapkan perkongsian zya kali ini dapat membantu korang dalam mencari beberapa maklumat yang berguna. Selain itu, ianya dapat memberi pengetahuan kepada korang ataupun rakan-rakan yang bertanya akan beberapa website yang boleh menjadi rujukan apabila diperlukan, 







Sekian.

You May Also Like

1 Comments