MENERJAH ZALORA ADALAH PENGALAMAN PERTAMAKU

by - 02:54



Sedikit teruja bila pertama kali dapat menerjah laman web Zalora. Maklumlah sebelum ni tak pernah pun dok belek barangan dalam tu sebab zya jenis yang tak berapa suka beli barangan online dan zya jenis yang tak suka menunggu kecuali barang tu betul-betul dijual online saja baru gigih order dan tunggu.

Macam mana zya boleh terjebak beli dekat Zalora ni?

Ha ni zya nak cerita baru-baru ni zya dapat emel dari pihak Zalora untuk membuat collaboration bersama mereka. Makna kat sini kita tolong promote produk diaorang dan selepas siap publish terus kita dapat baucer bernilai RM100. Entry tu pun sebenarnya diaorang dah buatkan dan kita cuma copy dan publish kan saja. Lihat SINI untuk entry yang zya maksudkan tu.  Walaupun bagi setengah orang tolak untuk buat job nie sebab murah setakat RM100 jer pun, tapi bagi zya selagi rezeki tu datang jangan pernah kita menolak. Lagipun zya baru setahun jagung dalam dunia blogger setiap apa job dan event semua zya terima. Bagi zya di situ kita boleh menimba ilmu dan mengasah kemahiran kita untuk menulis. 

Ok dengan baucer ni kita boleh beli apa yang kita suka tetapi yang zya tahu barangan yang boleh dibeli itu yang ada tulis Zalora saja brand lain tak boleh. Hajat zya nak guna baucer ni untuk beli beg tangan untuk mak. Jadi balik cuti study week nie sempat zya suruh mak pilih sendiri beg mana yang dia nak. Mulanya mak n abah macam tak percaya katanya "sapa la nak bagi dekat hang kak oi sampai RM100". hehehe Terus zya cakap tak apa mak pilih saja nanti sampai barang tu. Pilih punya pilih akhirnya mak setuju dengan beg ni sebab besar senang nak letak barang banyak.



Jadi uruskan semua urusan pembelian dan tiba masa untuk menunggu barang sampai. Dalam 2 hari pihak Gdex call nak hantar beg terus zya yang excited barang yang order nak sampai. hehehe Dan tadaaaa.......



Akhirnya beg dah sampai ke rumah dan orang pertama yang buka bungkusan ni mestilah zya. hahaha Alhamdulillah mak suka dengan pilihan dia ni dan anggaplah seperti hadiah hari jadi dan hari ibu dari anakmu yang nakal ni. hehehe Ok besar juga dan memang besar pun kena la dengan citarasa ibu-ibu dan mak memang nak yang besar senang letak telekung katanya. Seronok tengok orang yang kita sayang lagi-lagi mak kita gembira dengan pemberian anaknya yang tidak seberapa ni. 



Jadi setakat ini sahaja entry zya dan insyaAllah lepas habis final exam ini zya akan selalu muncul dengan entry yang menarik buat rakan-rakan dan pembaca semua. Doakan untuk final exam zya yer dan Good Luck juga untuk rakan-rakan yang akan menduduki final exam. Assalamualaikum.










Sekian!!!!






You May Also Like

0 Comments