SEMESTER 3 YANG PALING SURVIVAL
Semester 3 yang paling survival. Itulah entry zya untuk kali ini. Terlalu sibuk sampai blog ni sedikit terabai tak berhupdate dan sebagainya. Alhamdulillah maka dengan ini berakhirlah semester 3 zya. Alah baru semester 3 tu pun nak kecoh. Ok memang sengaja zya nak kecoh sebab nie pengalaman pertama zya sepanjang zya menjadi student tak pernah lagi la zya rasa betapa penat dan letihnya sampai boleh demam. Dulu zya study diploma, tapi tak ada penat sampai macam nie sekali. Tak pernah lagi rasa pengalaman tidur 2 jam dah kena bangun study siapkan assignment, video dan presentation semua. Tapi bila degree tak ada langsung istilah rehat. Setiap hari ada sahaja kerja yang zya kena siapkan.
Kelihatan kerdil ku di situ.
Semester nie banyak sangat pengalaman baru yang pahit dan manis. Zya berhadapan dengan situasi manusia yang pelbagai ragam, baik dari segi pelajar-pelajar dan juga para pensyarah. Tapi alhamdulillah dengan setiap pengalaman ini yang akan buat kita untuk belajar mengenali pelbagai jenis gelagat manusia. Jadi tiada istilah katak di bawah tempurung yang hanya berada di bawah lekuknya sahaja. Hidup kita mesti sentiasa mempunyai kawan kerana kawan adalah sumber semangat dan memberi nasihat apabila kita berjauhan dengan keluarga. Wah berfalsafah pula kita kan.hihihi
Actually, sengaja zya kongsi sedikit kisah nie sebab sebagai pengajaran untuk semua dan kebetulan sekarang zya tengah cuti study week. Baru hari ini dapat bersitirehat dengan tenang dan aman jadi rindu nak buat entry kat pages nie. Kalau sebelum nie sibuk sangat sampai otak tak sempat nak pikir benda lain. Lepas satu persatu assignment dan presentation yang nak kena hadap.
Tapi, hakikat yang sebenarnya adalah menjadi student satu kenangan yang indah dan bila dah mula kerja dan mempunyai kehidupan serta kerjaya kita pasti akan sentiasa terkenang dan rindu akan suasana student life. Betul tak?? betul tak??? siapa yang pernah alami Campus life akan mengerti betapa seronoknya zaman study nie.
Actually lambat lagi zya nak grade sebenarnya, tapi entry tu macam dah tamat belajar saja.hahahhaha InsyaAllah jika diizinkan-Nya lagi setahun setengah zya grade. Doakan zya yer untuk final exam nie dan zya juga doakan anda semua berjaya dengan kerjaya dan kehidupan anda semua. Aminnnn...
SEKIAN!!!!!
1 Comments