SAHUT CABARAN BLOGGER MEEYA TECHIK

by - 02:55

ASSALAMUALAIKUM!!!!
Hye uollsss hari nie zya nak sahut cabaran dari blogger Meeya techik. Actually Meeya ada tag zya dekat entry SINI. Jadi jom kita terjah soalan apa yang di tanya tu sekaligus korang boleh juga mengenali siapa miss zyaroses nie sebenarnya.hahaha (perasan ada peminat).


nampak tak, nampak tak.... 



 Antara soalan yang diajukan oleh blogger Meeya adalah

  Introduce your self.
Nama saya Rosmazyatul Akma bt Muhd Rosli. Anak sulung kepada 2 beradik berumur 24 tahun dan masih single. Belum jumpa jodoh lagi walaupun dah merantau banyak negeri.hihihi  Bergelar student di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam bidang Bachelor Of Business (hons) Engineering Entrepreneurship dan sebelum nie diploma UNISEL Shah Alam dalam bidang Diploma In Administrative Management. (wah poyo jer menjawab macam budak tadika pulak).hahaha
Part time / Full time blogger ?
Zya mula terjebak dengan dunia blog nie sejak tahun 2011. Semuanya terpengaruh tengok blog kakak fida yang cantik dan terus minta dia ajarkan. Tapi tak berapa aktif sangat sampai la zya buat akaun baru ni pada bulan 8 hari tu. Tetapi mampu jadi part time blogger saja sebabnya masih banyak komitmen dengan study.  Kadang tu berangan juga nak jadi full time blogger macam Ben Ashaari tu. (nampak tak angan-angan tinggi tu) hehehe
Apa link blog ? Dan kenapa pilih link blog tu ?
Link blog http://misszyaroses.blogspot.my/ dan kenapa zya pilih nama nie sebabnya nama nie hasil gabungan oleh sahabat baik zya masa sekolah dulu. Jadi zya gunakan nama nie sampai sekarang. Lagipun gabungan nie nama zya juga cuma nampak unik sikit bila digabung macam tu.hehehe

  Suka suasana kampung atau bandar ?
 Mestilah suka suasana kampung sebab nyaman, tenang dan tidak terlalu terdedah dengan pencemaran udara, bunyi dan bau. Ewah kemain jawapan tu.hihihi

Kalau diberi peluang untuk travel , tempat mana yang anda akan pilih ?
 Bila ditanya bab nak travel ke mana nie memang banyak sangat nak travel. Tapi tempat yang paling zya nak sangat pergi adalah Jepun sebab zya teringin sangat nak bergambar di Gunung Fujiyama tu.

  Kalau marah , apa tindakan anda ?
Zya bukan jenis orang yang mudah marah. Kalau pun zya marah kawan-kawan mesti ketawa katanya tak nampak macam marah pun.Haishhh macam nak bagi nampak marah. Ajarkan sikit biar orang takut dengan kita.hahaha
 
  Suka / Tidak online shopping ?
Eh suda semestinya suka online shopping sebab sangat mudah. Semuanya bermula di hujung jari saja. Tahu-tahu esok lusa barang dah sampai ke tangan. Tapi kena juga berhati-hati bila online shopping takut ada yang menipu. Jadi selidik dulu sebelum membeli-belah tu ok. 
  Binatang apa paling anda takut ?
Zya nie Hello Kitty Lover dan hello kitty ni dikaitkan dengan kucing. Tapi kucing tu la yang zya takut. Bukan takut sangat tapi seram bila terkena bulu dia dan takut kena gigit. Kalau macam teddy bear atau barangan hello kitty berbulu juga tapi dia tak bergerak-gerak.hahaha ada juga manusia pelik macam nie kan.(eh terkata diri sendiri pula)

  Asal mana ? Haa maroh maroh :P
Ha sudah semestinya anak jati Penang. Orang kampung Pak Lah Badawi (bekas PM kita)
Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya , ucapan apa yang anda akan ucap ?
Ucapan untuk blogger Meeya Techik semoga terus berjaya di dunia dan akhirat. Selalu dimurahkan rezeki serta menjadi blogger yang sentiasa kreatif dalam setiap penulisannya. Terima Kasih sebab sudi tag zya untuk segmen nie.


Demikianlah 10 soalan yang telah terjawab dan teringin juga zya nak tag 10 orang rakan blogger. Mari kita tengok siapa yang kena...hehehe


10 Blogger Terpilih:-

 Sila jawab 10 soalan daripada zya.
1. Perkenalkan siapakah anda?
2. Siapa idola anda dan mengapa?
3. Ceritakan detik-detik pertama anda berjumpa dengan pasangan anda?
4. Tempat yang paling jauh anda pernah pergi?
5. Kenapa anda menceburi dunia blog?
6. Pandangan anda mengenai blog saya?
7. Apakah yang anda belum capai dalam kehidupan?
8. Smartphone apa yang anda guna sekarang? Nyatakan sebabnya sekali.
9. Apakah masakan mak yang anda suka?
10. Apakah prinsip hidup anda?
  
 



 SEKIAN!!!!







You May Also Like

3 Comments